Sabtu, 1 Februari 2014

Benarkah Nabi Yusof a.s Telah Berkahwin Dengan Zulaikha



Submitted by FatwaMalaysia on 6 January 2014 - 9:13am

ISU:Saya ingin kepastian benarkah Nabi Yusof a.s telah berkahwin dengan Zulaikha,sepertimana yang selalu disebut dalam doa majlis walimatul'urus.

PENJELASAN:

Di dalam al-Quran sememangnya tidak disebut tentang perkahwinan antara Nabi Yusuf dan Zulaikha.

Yang disebut dalam al-Qur’an ialah peristiwa Zulaikha yang cuba menggoda Nabi Yusuf sehingga akhirnya menyebabkan Nabi Yusuf dipenjara sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Yusuf, ayat 25 hingga 34.

Perbincangan al-Qur’an berkaitan kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha (atau dalam riwayat lain namanya Ra’il) berakhir dengan pengakuan Zulaikha bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kecurangan terhadapnya (Surah Yusuf, ayat 51).

Terdapat juga beberapa riwayat yang menyebutkan tentang perkahwinan antara Yusuf dan Zulaikha.

Walau bagaimanapun tiada sumber yang sahih berkaitan kisah perkahwinan tersebut kerana kekhuatiran berpunca dari sumber-sumber Isra’iliyyat.

Wallahu A'lam

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/benarkah-nabi-yusof-telah-berkahwin-dengan-zulaikha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan