Selasa, 31 Disember 2013

5 MASALAH


Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Saya telah menanyakan kepada 700 orang alim mengenai lima masalah. Semua mereka memberi jawapan yang sama. 

1. Siapakah orang yang sempurna akal? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak menyintai dunia (mengambil dunia sekadar yang diperlukan). 

2. Siapakah orang yang cerdik? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak tertipu oleh dunia. 

3. Siapakah orang yang kaya? 
Mereka menjawab: Orang yang reda menerima bahagiannya daripada Allah. 

4. Siapakah orang yang mengerti agama? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak meminta berlebih-lebihan 

5. Siapakah orang yang bakhil? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah dalam hartanya.”

KEBAHAGIAAN HAKIKI

Ternyata kebahagiaan sejati tidak terletak pada harta. 

Firman Allah bermaksud: “...ingatlah hanya dengan zikrullah (mengingati Allah), hati menjadi tenteram” (Surah ar-Ra’ad: 28).

Qana’ah, reda dan syukur adalah tiga gandingan sifat terpuji yang saling berhubungan. Individu Muslim perlu memilikinya kerana ia adalah kunci ketenangan jiwa yang menjadi unsur utama menggapai kebahagiaan hidup. 
Menurut bahasa, qana’ah bererti berasa cukup. Dari segi istilah pula bermakna berasa cukup atau puas dengan apa yang dimiliki. Jelasnya, qana'ah bermaksud mencukupi dan reda atas segala rezeki dan kurniaan Allah SWT.

Allah SWT memandang mulia orang yang reda dengan kecukupan yang dikurniakan-Nya. 

Walaupun ia memiliki sedikit harta, tidak menyebabkannya hidup mengemis. Kaya dan miskin adalah pemberian dan ketentuan Allah sekali gus sebagai ujian. 

Mukmin sebenar apabila dikurniakan kekayaan dia bersyukur, jika ditakdirkan hidup miskin pula dia bersabar di samping berusaha memperbaiki taraf kehidupannya.

Kekayaan terkadang mengheret manusia menolak kebenaran seperti kemiskinan boleh menjerumuskan manusia ke dalam kehinaan.

KETENANGAN JIWA vs JIWA KACAU




Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bukanlah yang dinamakan kaya itu lantaran banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenarnya adalah kaya jiwa.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Apa yang disabdakan Nabi SAW itu memang benar. Kekayaan atau limpahan harta tidak semestinya dapat membeli kebahagiaan atau ketenangan jiwa. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, namun jika kamu mengingkari nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7).

Buktinya ramai manusia yang berharta, menghuni di kediaman mewah dan tersergam indah, namun mereka tidak menemukan rasa bahagia. Sebaliknya, ramai yang tidak berharta, kehidupannya serba sederhana dan kurang tetapi jiwanya tenteram.

Haruskah Ucapan Merry Christmas?

Ini pandangan ulama' kontemporari mngenai ucapan perayaan krismas

1~Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”.

★Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

2~Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’.

★Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali.

★Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

3~Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan.

★Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Justeru, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Wallahua'lam

Penulis: Ustaz Shauki Othman

Rabu, 18 Disember 2013

ISU NAMA YANG MAKRUH

Tidak boleh memberi nama Syamsyuddin?

Assalamua'laikum, Saya terbaca artikel di http://www.majalahislami.com/2010/05/nama-syamsuddin-bolehkah/ dan http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527.

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yg disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsyuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya?

Bukankah nama itu sebagai suatu doa? Sekian, terima kasih atas pencerahannya.Jazaakumullahukhaer.

JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam..

Benarlah apa yang dituliskan didalam kedua-dua artikel diatas. Salah satu nama yang di MAKRUH pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam.

Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini di Makruhkan oleh ulama’2 salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh didalam Fathul Baari :-

لا ينبغي التسمية باسم قبيح المعنى ، ولا باسم يقتضي التزكية له ، ولا باسم معناه السب ، ولو كانت الأسماء إنما هي أعلام للأشخاص ، ولا يقصد بها حقيقة الصفة ، لكنَّ وجهَ الكراهة أن يسمع سامع بالاسم ، فيظن أنه صفة للمسمى ، فلذلك كان صلى الله عليه وسلم يُحوِّل الاسم إلى ما إذا دُعيَ به صاحبه كان صدقاً“

Tidak boleh menamakan dengan nama yang buruk, atau nama yang memuji seseorang, atau nama yang mempunyai maksud menghina, walaupun nama tersebut hanyalah sebagai tanda kepada seseorang, dan tidak bermaksud sifat sebenarnya. Sebab mengapa nama tersebut makruh atau tidak disukai adalah kerana apabila seseorang mendengar nama tersebut, dia ingat bahawa ia menjelaskan nama seseorang. Maka Nabi saw menukar nama kepada sesuatu, jika seseorang itu dipanggil dengan nama tersebut, maka adalah [gambaran] sebenarnya”

Larangan al-Din sebagai penambahan didalam nama seseorang oleh ulama’ salaf disebabkan:-

1. Nama ini diberi kepada seseorang lebih dari apa yang dia layak. Maknanya, tidak mungkin seseorang itu boleh digelar dia adalah “Matahari Agama” atau Shamsuddin. Nama-nama ini menurut ulama’ ialah terlalu optimistik.

2. Pujian (nama tersebut) atau Tazkiyah adalah terlalu tinggi untuk makhluk yang bernama manusia.

Ulama’ seperti Imam al-Nawawi tidak menyukai nama gelarannya (laqob) Muhyiddin atau “Menghidupkan Agama”, termasuklah Ibn Taimiyyah yang tidak menyukai laqobnya Taqiy al-din.

WA.Sekian, wassalam

Tidak Dapat Menunaikan Nazar Kerana Haid??

Assalamualaikum,apakah hukum bagi seseorang yg bernazar utk berpuasa selama bebrapa hari sewaktu masih di luar negara sebelum ia pulang ke malaysia, tetapi tidak sempat utk menunaikan nazar demikian disebabkan beliau didatangi haid..tujuan beliau bernazar demikian adalah kerana ingin menguji diri berpuasa di musim panas di mana siangnya adalah panjang..namun, beliau tidak sempat utk menunaikan kerana datangnya haid dan beliau pula akan pulang ke malaysia.

JAWAPAN:

Wa'alaikumussalam Alhamdulillah.
Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Puasa nazar yang nyatakan tadi adalah puasa nazar muallaq (disangutkan).

Maknanya, nazar tersebut mempunyai kondisi - "Saya bernazar akan berpuasa selama ..... hari selama saya berada diluar negara". Maka apabila seseorang itu telah keluar pada negara tersebut, nazarnya telah terbatal, dan dia dikenakan kifarat (Kafaarat Yameen ).

 Firman Allah swt :-"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. "

[Surah al-Maa'idah : 89]

Sekian, wassalam

Apa Kamu Nak Kata Pada Mayat Ini

Apa Kita Katakan Ke Atas Mayat Ini?

Salam,Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Ada dalil ke atau perkara ni menyalahi syarak atau dibolehkan??? Mohon perjelasan

Jawapan:
Wa’alaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu.

Namun demikian, tidak kira apa niat seseorang itu, Allah yang sahaja dapat menentukannya. Kita berhukum diatas perkara yang zahir.

Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadith sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-

مر بجنازة فأثني عليها خيرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت قال عمر فدى لك أبي وأمي مر بجنازة فأثني عليها خير فقلت وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شر فقلت وجبت وجبت وجبت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض“

Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamu adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."

[Hadith Riwayat Imam Muslim No.1578].

Begitu juga didalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap do’a agar Allah swt .

ما من مسلم يموت فيشهد له أربعة من أهل أبيات جيرانه الأدنين أنهم لا يعلمون إلا خيرا , إلا قال الله ، عز وجل : قد قبلت قولكم ، أو قال : شهادتكم , وغفرت له ما لا تعلمون“

Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu”

[Hadith Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.]

Malah, Fatwa dari al-Lajnah al-Daaemah [9/154-155] menyebut:

وأما مجرد الثناء عليه عند ذكره ، أو مرور جنازته ، أو للتعريف به بذكر أعماله الجليلة ونحو ذلك مما يشبه رثاء بعض الصحابة لقتلى أحد وغيرهم ، فجائز ؛ لما ثبت عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ( مروا بجنازة فأثنوا عليها خيرا . فقال صلى الله عليه وسلم : وجبت ، ثم مروا بأخرى فأثنوا عليها شرا فقال : وجبت . فقال عمر رضي الله عنه : ما وجبت ؟ قال : هذا أثنيتم عليه خيرا فوجبت له الجنة ، وهذا أثنيتم عليه شرا فوجبت له النار ، أنتم شهداء الله في الأرض ) – متفق عليه“

Pujian baginya apabila disebut, atau apabila jenazah lalu dihadapannya, atau dengan cara memberitahu orang lain akan kebaikkan yang dia lakukan atau seumpamanya, merupakan mirip cara yang dilakukan oleh beberapa sahabat yang memuji-muji mereka yang syahid di perang Uhud dan lain-lain, dan ia dibenarkan, sebagaimana hadith Riwayat Anas bin Malik ra yang berkata : Jenazah melewati mereka dan mereka berkata baik mengenainya, dan Nabi :saw bersabda : wajib (pasti). Kemudian lalu lagi jenazah dan mereka berkata buruk mengenainya, dan baginda berkata : wajib (pasti). Umar ra berkata : Apa yang pasti? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."

[Hadith Muttafaq ‘Alaih]

Fatwa ini jelas membenarkan puji-pujian selepas pengkebumian atau ketika jenazah melaluinya dilakukan. Amalan yang dilakukan secara “formal” dikalangan masyarakat Melayu kita ini tidak menyalahi sunnah, malah jika amalan ini dihapuskan, berkemungkinan besar sunnah ini akan ditinggalkan selama-lamanya. Tidak mengapalah cara dilakukan itu kelihatan seperti memaksa, akan tetapi cuba kita fikir-fikirkan, apabila tiada lagi amalan tradisi ini, apakah amalan yang terbaik untuk menggantikannya? Sudahkah kita mempunyai alternatif lain?

WA. Sekian, wassalam

Rabu, 27 November 2013

PESTA BUKU LANGKAWI

21 Nov hingga 1 Dis 2013 bertempat di Kompleks Hj Ismail Group

Selasa, 12 November 2013

Insaflah...

MANUSIA MASIH DALAM KEADAAN SEDANG TIDUR DIBUAI MIMPI, DAN MEREKA HANYA AKAN TERJAGA APABILA DIJEMPUT OLEH MALAIKAT MAUT UNTUK MENGHADAP ALLAH S.W.T.

JADUAL MAJLIS ILMU NOV 2013

JADUAL KULIAH NOV

1/11-Masjid sg buaya
2/11-rehat
3/11-rehat
4/11-rehat
5/11-crmh maal hijrah smv teknik sbg perai penang
6/11-masjid serendah
7/11-surau al ikhlas
8/11-surah annadwah ehsanibu
9/11-subuh:surau kembojasari/maghrib: surau al firdaus tmn garing utama rawang
10/11-subuh:al ikhlas/maghrib:surau asrama produa jln tulip
11/11-surau kembojasari
12/11-surau assyuro kiambangsari
13/11-ceramah hijrah surau al muttaqin bkt sentosa
14/11- surau al ikhlas
15/11-masjid kg sg buaya
16/11-rehat
17/11-rehat
18/11-Surau al ikhwan
19/11-Surau al Hidayah
20/11-Surau Nuruliman cemperaisari
21/11-Nusaputra security guard (3.30ptg)/Maghrib: al ikhlas
22/11-Tazkirah&Khutbah Jumaat di al-Ikhlas
23/11-Ceramah Hijrah Masjid Hulu Bernam
24/11-Rehat
25/11-Rehat
26/11-kosong
27/11-kosong
28/11-Crmh Mlm Cinta Rasul di Masjid Hj Mad Desa Bkt Minyak Penang
29/11-Tazkirah&Khutbah Jumaat di Masjid Hj Mad Desa Bkt Minyak/Maghrib:Masjid Tok Lebai Hashim Alma B.Minyak
30/11-kosong

Untaian Hikmah

"Satu dirham disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus dirham diwasiatkan ketika akan mati."

(Ibnu Mas'ud  Radhiallahu 'anhu)

Perbanyakkan Istighfar

Memperbanyak istighfar, taubat dipermudahkan rezeki

Allah SWT dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam usaha mencari penghidupan kerana rezeki diatur serta dijelaskan. Allah SWT akan memudahkan jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah.
Selain berdoa kepada Allah SWT, umat Islam juga dianjurkan sentiasa bertaubat supaya segala urusan mereka dipermudahkan dan setiap permintaan dimakbulkan seperti berlaku kepada Nabi Nuh yang diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12).

Jumaat, 27 September 2013

Jualan Nasi Beriani Kambing/Ayam/Lembu


Jualan Nasi Beriani Kambing/Ayam (mnambah dana surau)


Tempat: Surau Jumaat al Ikhlas Jln Melatisari Bdr Sg Buaya Rawang Selangor



Assalamualaikum,

Semua makanan akan dibungkus menggunakan bekas plastic (tapaware).

Boleh mkn di surau atau bawa blik ke rumah/pjbt/kilang.

Detail sprt di bawah :

a) Nasi Beryani + Kambing Kari Pekat + Jelatah Timun + Air Mineral = RM10.00 / PER PACK. 

b) Nasi Beryani + Rendang Minang Daging Lembu + Jelatah Timun + Air Mineral = RM 10.00 / PER PACK.. 

Bermula jam 12.00 tngahari, Jualan atas meja di kanan dan kiri pintu masuk utama surau..... ( DUIT MASUK TERUS KAT TABUNG ATAS MEJA MAKANAN DI LETAKAN)

20% drpd hasil jualan akan masuk ke dalam Tabung Dana Surau utk program mengimarahkan Surau.

Sambil makan sambil derma kerana Allah.

Sekiranya sambutan menggalakkan……….InsyaAllah akan diadakan pada setiap Jumaat.

Mohon disebarkan kepada rakan2 di sekitar sg buaya, Perodua, Tan Chong dan rakan2 yang anda kenali.

Jazakumullahukhairan


(utk tempahan majlis keramaian hubungi en.syafiq 019-3009952)

Selasa, 24 September 2013

KULIAH MAGHRIB




Assalamualaikum

Kuliah Maghrib

Tarikh: 
24 Sept 2013

Hari: 
Selasa

Kitab: 
Hadis 40 Imam an-Nawawi 

Tajuk: 
Hadis ke 18 - Bertaqwalh Kpd Allah Dimana Shj Kamu Berada 

Perbincangan :

 1. Mengapa perlu Taqwa  
2. Muraqabatullah 
3. Tafsir ayat 1000 dinar&cerita benar rezeki yg tak disangka2 
4. Mengenali 'Auf Bin Malik al-Asyja'ie dan 
5. Kisah taqwa&zuhudnya Abu Darda'

Tempat: 
Surau al-Hidayah Melursari Bdr Sg Buaya Rawang 

Jom gi ngaji

Ahad, 22 September 2013

BUAH-BUAH TAUBAT

1- Taubat itu jalan menuju keuntungan. 

Allah berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS. an-Nur 24:31). 

Ibnul Qoyyim berkata: “Janganlah mengharapkan keuntungan kecuali orang-orang yang bertaubat”.

2- Malaikat berdo’a untuk orang-orang yang bertaubat. 

Allah berfirman: “(Malaikat-malaikat) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala’” (QS. al-Mukmin 40:7).

3- Mendapat kemudahan hidup dan rezeki yang luas. 

Allah berfirman: “dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan” (QS. Hud 11:3). 

Dan firman Allah: “Dan (dia berkata): ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa’” (QS. Hud 11:52). 

Dan Allah berfirman: “maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepada-mu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.’”

4- Penghapus kesalahan dan pengampun dosa. 

Dalam hadis qudsi, Rasulullah bersabda: “Wahai anak adam, sesungguhnya engkau telah berdo’a pada-Ku dan mengharap pada-Ku, Aku telah ampunkan dosa-dosamu dan Aku tak menghiraukan. Wahai anak adam, andaikan dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta ampunan pada-Ku, Aku akan mengampunimu, dan Aku tidak menghiraukan. Wahai anak Adam, andaikan kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebesar Bumi, kemudian engkau tidak pernah mensyirikkan pada-Ku dengan suatu apapun, Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar bumi pula.” Dan Rasulullah bersabda: “Orang yang bertaubat daripada kesalahan bagaikan orang yang tidak punya dosa.” Dalam hadis yang lain: “Taubat itu menghapuskan dosa-dosa yang lalu.”

5- Hati menjadi bersih dan bersinar. 

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mu’min jika melakukan perbuatan dosa, maka akan terjadi titik hitam di dalam kalbunya, jika dia bertaubat dan minta ampun pada Allah, kembali cemerlang hatinya, jika dosanya bertambah, bertambah pula titik hitam tersebut, hingga menutupi hatinya. Itulah “ar-ron” yang disebut oleh Alloh dalam firman-Nya: ‘Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’” (HR. Tirmidzi).

6- Dicintai Allah. 

Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”

Kepentingan Taubat

1- Ramai yang tidak tahu akan hakikat taubat, syarat, dan adab-adabnya. Oleh kerana itu ramai yang bertaubat hanya dengan lisan saja, sedangkan hati mereka kosong. Para ulama mengatakan: Taubatnya para pembohong adalah taubat dengan hujung lidah mereka, mereka mengatakan:“Saya mohon ampun dan bertaubat pada Alloh”. Tetapi mereka tidak berhenti melakukan maksiat.


2- Allah memerintahkan untuk bertaubat. Allah mengulang perintah tersebut 87 kali. Allah juga memerintahkan Rasulullah untuk bertaubat. Allah berfirman: 

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS.an-Nur 24:31). 

Dalam ayat yang lain Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. at-Tahrim 66: 8 ). 

Rasulullah bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah dalam sehari 100 kali” (HR. Muslim).

3- Siapa yang tidak bertaubat kepada Allah bererti dzalim terhadap dirinya. Allah berfirman:

“Barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (QS.al-Hujurat 49:11).

4- Taubat adalah ibadah yang paling utama. Allah berfirman: 

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (QS. al-Baqarah 2: 222). 

Dalam sebuah hadist dikatakan: “Demi Allah, Allah lebih bergembira dari pada seorang mu’min ………” dst.

TAUBAT & SYARAT2 NYA

Allah berfirman: 

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 

(QS. At-Taubah [9]: 118 )

1. Meninggalkan dosa tersebut. Ibnul-Qayyim berkata: ”Taubat mustahil terjadi, sementara dosa tetap dilakukan”.

2. Menyesal atas perbuatannya. Rasulullah bersabda: ”Menyesal adalah taubat”.

3. Berazam untuk tidak mengulangi lagi. Ibnu Mas’ud berkata: ”Taubat yang benar adalah: Taubat dari kesalahan yang tidak akan diulangi kembali, bagaikan mustahilnya air susu kembali pada kantung susunya lagi.”

4. Mengembalikan kezaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan. Imam Nawawi berkata: ”Di antara syarat taubat adalah mengembalikan kezaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan”.

5. Ikhlas. Ibnu hajar berkata: “Taubat tidak sah kecuali dengan ikhlas”. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. At Tahrim [66]: 8 ). Yang dimaksud taubat yang murni adalah taubat yang ikhlas.

6. Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
a. Sebelum saat sakaratul maut.
b. Sebelum Matahari terbit dari barat.

Allah berfirman: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) dia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” (QS. An-Nisaa [4]: 18).

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakaratul-maut” (HR. Tirmidzi).

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan di siang hari. Dan Allah membentangkan Tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan pada malam hari” (HR. Muslim).

Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, Allah akan menerima taubatnya” (HR. Muslim).

Jalan Menuju Taubat

1. Mengetahui hakikat taubat. Hakikat taubat adalah: Menyesal, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sahal bin Abdillah berkata: “Tanda-tanda orang yang bertaubat adalah: Dosanya telah menyibukkan dia dari makan dan minumnya. Seperti kisah tiga sahabat yang tertinggal perang”.

2. Merasakan akibat dosa yang dilakukan. Ulama salaf berkata: “Sungguh ketika saya maksiat pada Allah, saya boleh melihat akibat dari maksiat saya itu pada kuda dan istri saya.”

3. Menghindar dari persekitaran yang jelek. Seperti dalam kisah seorang yang membunuh 100 orang. Gurunya berkata: “Pergilah ke negeri sana … sesungguhnya disana ada orang-orang yang menyembah Allah dengan baik, maka sembahlah Allah disana bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu adalah negeri yang jelek.”

4. Membaca Al-Qur’an dan menghayatinya.

5. Berdo’a. Allah berfirman mengkisahkan Nabi Ibrahim: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Al Maraghi berkata: “Yang dimaksud ”terimalah taubat kami” adalah: Bantulah kami untuk bertaubat agar kami bisa bertaubat dan kembali kepada-Mu.”

6. Mengetahui keagungan Allah yang Maha Pencipta. Para ulama salaf berkata: “Janganlah engkau melihat akan kecilnya maksiat, tapi lihatlah keagungan yang engkau derhakai.”

7. Mengingati mati dan kejadiannya yang tiba-tiba.

8. Mempelajari ayat-ayat dan hadis-hadis yang memberi amaran kepada orang-orang yang berdosa.

9. Membaca sejarah orang-orang yang bertaubat.

Dosa Besar

Iaitu dosa yang disertai ancaman hukuman di dunia, atau ancaman hukuman di akhirat. 

Abu Tholib Al-Makki berkata: 
Dosa besar itu ada 17 jenis.

4 jenis di hati, iaitu: 
1. Syirik
2. Terus menerus berbuat maksiat
3. Putus asa
4. Merasa aman dari seksa Allah.

4 jenis pada lisan, iaitu: 
1. Kesaksian palsu. 
2. Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik. 
3. Sumpah palsu. 
4. mengamalkan sihir.

3 jenis di perut:
1. Minum arak. 
2. memakan harta anak yatim. 
3. memakan riba.

2 jenis di kemaluan:
1. zina. 
2. Homoseksual.

2 macam di tangan: 
1. membunuh. 
2. mencuri.

1 di kaki, iaitu:
1.lari dalam peperangan

1 di seluruh badan, iaitu:
1. derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil yang menjadi besar

1. Dilakukan terus menerus. 

Rasulullah bersabda: "Tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. 

Allah juga berfirman: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS. Ali Imran [3]: 135)

2. Menganggap remeh akan dosa. 

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mu’min dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat dihidungnya, maka dia usir begitu saja.” (HR. Bukhori Muslim)


3. Bergembira dengan dosanya. 

Allah berfirman: “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (QS. Al Baqarah [2]: 206)

4. Merasa aman dari azab Allah. 

Allah berfirman: “Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (QS. Al Mujadilah [58]: 7)

5. Terang-terangan dalam berbuat maksiat. 

Rasulullah bersabda: “Semua ummatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah: Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia buka tutup Allah tersebut.” (HR. Bukhori Muslim)

6. Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi teladan. 

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelek, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya setelah dia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.” (HR. Muslim)

KEPENTINGAN USRAH

Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . 

Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

a ] erat hubungan 
b ] mantap tindakan dan 
c ] kukuh benteng pertahanannya .

Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap .

Berasaskan realiti inilah ,USRAH menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi

a ] medan penyatuan fikrah ,
b ] tali penghubung ukhuwwah dan
c ] kilang menghasilkan rijaal [ tokoh pejuang ] .

SLMT BERJUANG

Jumaat, 13 September 2013

Pentingnya Kepimpinan Ulama'

Ulama' merupakan nikmat Allah kepada penduduk di bumi. 

Mereka adalah cahaya kegelapan, pemberi petunjuk, dan hujah Allah di muka bumi. 

Kerana para ulama'lah pemikiran sesat dapat disingkirkan dan kerana ulama'lah segala keraguan yang ada dalam hati dan jiwa manusia dapt dibetulkan. 

Para ulama' adalah musuh syaitan, pembersih iman dan penyelamat umat. 

Perumpamaan mereka di muka bumi seperti bintang dan bulan di langit, dengannya mereka menerangi gelapnya kehidupan baik di daratan maupun di lautan. 

Jika bintang bersinar dan kegelapan tersingkap, maka manusiapun dapat melihat kebenaran dgn sejelas-jelasnya.. 

GENG USTAZ MENCINTAI ULAMA'

Jom Baca Surah al Kahfi

Assalamualaikum shbt2

Jom baca surah al kahfi pd mlm jumaat dan hari jumaat

Diantara bonus/ kelebihan mmbaca surah ini ialah;

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)

 Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia

2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda :

Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)

4) Terjaga dari fitnah Dajjal

Daripada Ali bin Abi Thalib:

Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah al kahfi bersama surah Ad-Dukhan,  Surah al-Mulk, Surah Yasin dan surah as Sajdah pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara ketika sakaratulmaut, huru hara ketika di alam barzakh dan huru hara di Padang Mahsyar. 

Rabu, 11 September 2013

Tanda orang yang riya’

Ali bin Abi Thalib r.a berkata: 

Tanda orang yang riya’ itu ada empat:

1. Malas jika bersendirian.
2. Tangkas jika di hadapan orang.
3. Menambah amalnya bila dipuji.
4. Mengurangi amalan jika dicela.

Selasa, 10 September 2013

Ujian Dunia untuk Pahala Akhirat

Setiap manusia dilahirkan untuk diuji keikhlasan dan kekuatan iman mereka. Jangan sesekali kita mengatakan orang lain itu kehidupannya lebih baik berbanding dengan kehidupan kita. Ada orang yang hidupnya susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi Allah kurniakan kasih sayang sesama ahli keluarga mereka. Ada orang hidupnya mewah, tetapi pasti ada yang dikurangkan oleh Allah sebagai ujian baginya. Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya ujian untuk meletakkan dimana kedudukan kita diakhirat kelak.


Pernah suatu ketika, saat berputus asa itu sampai sehinggakan takdir disalahkan. Betapa berdosanya kita menyalahkan takdir dan kehendak yang Maha Esa. Tetapi seandainya kita bersabar dan ikhlas menerima ujian itu, sudah pasti ganjaran pahala itu memenuhi buku amal kita. Oleh itu, beringatlah sentiasa bahawa memang setiap manusia dilahirkan untuk diuji dan sentiasalah berfikiran positif, katakan pada diri “Ujian ini adalah sebagai pahala yang ingin Allah berikan pada aku”.Oleh itu, bersyukurlah kerana Allah masih ingin menguji kamu dan menginginkan kamu sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada-Nya.


La tahzan inallaha ma’ana,


Salimul Aqidah, Sahihul ‘Ibadah, Matinul Khuluq wa Qadirun A’la Kasbi. (Akidah yang sejahtera, Ibadah yang betul, Akhlak yang mantap dan Mampu berdikari).

Insyaallah, Sinar itu pasti akan tiba jua…

Khamis, 15 Ogos 2013

AMANAT AL-QARADHAWY

Kata Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawy, hafizhahullah:

"Sisi, Beblawi, Adly Mansour, Baradei terlibat dalam aksi kejahatan ini. Mereka akan dimintai pertanggungjawabannya oleh Allah dan rakyat Mesir. Sungguh apa yang terjadi hari ini tidak pernah terjadi sebelumnya bahkan hingga pada dinasti Mamalik sekalipun, tak pernah ada pembantaian sebesar ini atas rakyat Mesir."

Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata :

"Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)".

"Wahai saudara kita di Mesir, darah kamu darah kami, tiada siapa yang merelakan pembunuhanmu dan pembakaranmu kecuali musuh-musuh Islam dan musuh-musuh manusia. Semoga Allah menerima kesyahidan mereka, dan tetapkan pautan hati dikalangan keluarga-keluarga mereka"

Kita memerlukan asatizah yang lantang bersuara dan mampu menggerakkan massa, memahami setiap peristiwa dan mengulas dengan tepat, bukan di saat ummat Islam dibunuh masih sibuk berbincang soal hukum dan lain-lain sedangkan jelas terbentang di depan mata kita muslim menumpahkan darah muslim tanpa hak. Mereka berada dalam denyut nadi ummah ini. Kata-kata mereka hidup dan memberi nafas perjuangan. Barakallah ya Syekh Qaradhawi , Syekh A`rifi !

Sila Semak Lokasi Anda!!

Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi : Masjid Bandar Baru Uda, JB.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri 09
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi : Masjid Zahir Alor Setar
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 1.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir
pakat2 hadir di lokasi terdekat dgn anda!

3 wartawan dibunuh dalam keganasan di Mesir

KAHERAH: Tiga wartawan, termasuk seorang jurukamera untuk stesen penyiaran British, Sky News dan pemberita akhbar berpangkalan di Dubai, terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam keganasan terbaru di Mesir, semalam.

Badan pemerhati media antarabangsa mendesak pihak berkuasa Mesir menyiasat serangan terhadap wartawan dan mahu pihak yang bertanggungjawab didakwa.

Mereka turut mengutuk keganasan yang tercetus selepas polis yang dibantu kereta perisai tentera, helikopter dan jentolak dalam menggempur penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Morsi sehingga banyak nyawa terkorban. 

Sky News berkata, Mick Deane, 61, ditembak dan cedera ketika membuat liputan keganasan yang tercetus di kem penyokong Morsi di Kaherah. Dia dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum meninggil dunia selepas itu.

Akhbar Gulf News, yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, wartawannya, Habiba Ahmed Abd Elaziz, 26, ditembak di berdekatan Masjid Rabaah al-Adawiya di Kaherah ketika pihak keselamatan mengempur masuk ke kem penyokong Morsi. Akhbar itu melaporkan, Habiba ketika itu sedang dalam cuti tahunan dan bukannya membuat liputan untuk XPRESS. 

Wartawan Mesir, Ahmed Abdel Gawad, yang menulis untuk akhbar Al Akhbar, terbunuh ketika membuat liputan di Rabaah al-Adawiya. 

Wartawan untuk Kesatuan Sekerja Egyptian Press Syndicate itu disahkan maut walaupun tiada maklumat bagaimana beliau terbunuh. - AP

Polis Mesir bakar penyokong mursi sedang tidur termasuk kanak-kanak

Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.

Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.

Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.

Masjid Rabiah Al Dawiyah dibakar oleh Polis Mesir.

Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.

Ikhwanonline memetik kenyataan hospital Rab’ah melaporkan bahwa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2200 syahid dan puluhan ribu luka luka.

Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.

Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.

Sifat Celaka Polis Mesir Pro Presiden Rampasan Kuasa


Wanita dipukul berkali-kali di kepala dan tubuh dengan cota logam. 

Seakan tak puas dengan pukulan berkenaan, seorang tentara menginjak kepalanya berulang kali. 

Perempuan itu dengan lemah mencoba untuk melindungi kepalanya dari pukulan tanpa henti itu dengan tangannya. Namun, dia kemudian tak sadarkan diri dalam serangan yang memalukan itu, dan dia dibiarkan tergeletak tak bergerak dengan aib aurat terdedah.

Perempuan yang tak disebutkan namanya itu, tidak mahu tampil karena merasa malu dengan perlakuan yang dialaminya.

Rakaman video dan fotonya ketika dipukuli, ditendang, dan akhirnya tersungkur di tanah di Tahrir Square, Kairo, itu telah menjadi berita utama di seluruh dunia.

- Maaf saya tak mahu letak video berkenaan kerana terlalu aib!!

MUNAJAT

Jom qunut nazilah. Terkini Para Syuhada mesir Allahumma aamin...


Lihatlah dunia !


Inilah bukti kejahatan As-Sisi La'natullah yang membunuh ratusan rakyat Mesir yang hanya 'berbekalkan' buku, doa, baju, makanan dan suara demokrasi sebagai perisai mereka. Ratusan dibunuh, ribuan cedera, bantuan perubatan disekat. Allahurabbi..

Doa anda diperlukan. Maghrib dan Isya anjurkanlah munajat disetiap surau/masjid. 

Qunut Nazilah teman.


Senjata peserta perhimpunan yang dijumpai di Medan An Nahdhah.


Senjata peserta perhimpunan yang dijumpai di Medan An Nahdhah.

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
‪#‎mesirkini‬

Selasa, 23 Julai 2013

Indahnya Sakaratul Maut Hujjatul Islam...

Adik Imam al-Ghazali, Ahmad menceritakan saat menjelang ajal abangnya: 

“Pada waktu subuh hari Isnin, abangku Abu Hamid mengambil wuduk lalu bersolat. Kemudian beliau berkata: “Bawakan kain kapanku,” lalu diambil dan dicium serta diletakkan di mata sambil berkata lagi: “Aku patuh dan taat untuk masuk kepada malaikat.” 

Kemudian al-Ghazali mengunjurkan kakinya dan menghadap ke kiblat dan wafat sebelum matahari terbit.

”Imam al-Ghazali wafat pada pagi Isnin, 14 Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111M di Tus dengan kitab hadis atas dadanya.

Jenazah beliau dikebumikan di makam al-Tabaran, bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal, Firdausi.

Diceritakan bahawa Syeikh Abul Hasan al-Syadzili bermimpi bahawa dia melihat Nabi s.a.w. menunjukkan Imam al-Ghazali kepada Nabi Musa dan Isa, sambil bertanya kepada kedua mereka, “Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?” Jawab keduanya tidak ada.

WASIAT IBNU HAITHAM

Selagi Usia Masih Ada... (Ibnu Haitham)

"Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:

Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya sama ada aku masih hidup atau selepas aku mati.

Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.

Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua."

(Ibnu Haitham)

WASIAT SAID AN-NURSI

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."

(Badiuzzaman Said An-Nursi)

3 GOLONGAN

Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi tiga orang dan lebih mengasihi tiga orang dan sesungguhnya Allah murka kepada tiga orang dan lebih memurkai tiga orang.

Kasih Allah:

* Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi orang tua yang taat kepada perintah-Nya tetapi Allah lebih mengasihi remaja yang mentaati perintah-Nya.

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang fakir yang rendah diri ( tawadu') tetapi Allah lebih mengasihi orang kaya yang bersikap rendah diri ( tawadu')

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang kaya yang pemurah tetapi Allah lebih mengasihi orang miskin yang pemurah.

Kemurkaan Allah:

* Allah membenci pemuda yang membuat maksiat tetapi Allah lebih membenci orang tua yang melakukan maksiat.

* Allah membenci orang kaya yang takabbur( sombong ) tetapi Allah lebih membenci kepada orang miskin yang sombong (takabbur).

* Allah membenci orang fakir yang kedekut tetapi Allah lebih membenci orang kaya yang kedekut