Ahad, 22 September 2013

Kepentingan Taubat

1- Ramai yang tidak tahu akan hakikat taubat, syarat, dan adab-adabnya. Oleh kerana itu ramai yang bertaubat hanya dengan lisan saja, sedangkan hati mereka kosong. Para ulama mengatakan: Taubatnya para pembohong adalah taubat dengan hujung lidah mereka, mereka mengatakan:“Saya mohon ampun dan bertaubat pada Alloh”. Tetapi mereka tidak berhenti melakukan maksiat.


2- Allah memerintahkan untuk bertaubat. Allah mengulang perintah tersebut 87 kali. Allah juga memerintahkan Rasulullah untuk bertaubat. Allah berfirman: 

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS.an-Nur 24:31). 

Dalam ayat yang lain Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya” (QS. at-Tahrim 66: 8 ). 

Rasulullah bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah dalam sehari 100 kali” (HR. Muslim).

3- Siapa yang tidak bertaubat kepada Allah bererti dzalim terhadap dirinya. Allah berfirman:

“Barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (QS.al-Hujurat 49:11).

4- Taubat adalah ibadah yang paling utama. Allah berfirman: 

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (QS. al-Baqarah 2: 222). 

Dalam sebuah hadist dikatakan: “Demi Allah, Allah lebih bergembira dari pada seorang mu’min ………” dst.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan