Rabu, 18 Disember 2013

ISU NAMA YANG MAKRUH

Tidak boleh memberi nama Syamsyuddin?

Assalamua'laikum, Saya terbaca artikel di http://www.majalahislami.com/2010/05/nama-syamsuddin-bolehkah/ dan http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527.

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yg disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsyuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya?

Bukankah nama itu sebagai suatu doa? Sekian, terima kasih atas pencerahannya.Jazaakumullahukhaer.

JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam..

Benarlah apa yang dituliskan didalam kedua-dua artikel diatas. Salah satu nama yang di MAKRUH pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam.

Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini di Makruhkan oleh ulama’2 salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh didalam Fathul Baari :-

لا ينبغي التسمية باسم قبيح المعنى ، ولا باسم يقتضي التزكية له ، ولا باسم معناه السب ، ولو كانت الأسماء إنما هي أعلام للأشخاص ، ولا يقصد بها حقيقة الصفة ، لكنَّ وجهَ الكراهة أن يسمع سامع بالاسم ، فيظن أنه صفة للمسمى ، فلذلك كان صلى الله عليه وسلم يُحوِّل الاسم إلى ما إذا دُعيَ به صاحبه كان صدقاً“

Tidak boleh menamakan dengan nama yang buruk, atau nama yang memuji seseorang, atau nama yang mempunyai maksud menghina, walaupun nama tersebut hanyalah sebagai tanda kepada seseorang, dan tidak bermaksud sifat sebenarnya. Sebab mengapa nama tersebut makruh atau tidak disukai adalah kerana apabila seseorang mendengar nama tersebut, dia ingat bahawa ia menjelaskan nama seseorang. Maka Nabi saw menukar nama kepada sesuatu, jika seseorang itu dipanggil dengan nama tersebut, maka adalah [gambaran] sebenarnya”

Larangan al-Din sebagai penambahan didalam nama seseorang oleh ulama’ salaf disebabkan:-

1. Nama ini diberi kepada seseorang lebih dari apa yang dia layak. Maknanya, tidak mungkin seseorang itu boleh digelar dia adalah “Matahari Agama” atau Shamsuddin. Nama-nama ini menurut ulama’ ialah terlalu optimistik.

2. Pujian (nama tersebut) atau Tazkiyah adalah terlalu tinggi untuk makhluk yang bernama manusia.

Ulama’ seperti Imam al-Nawawi tidak menyukai nama gelarannya (laqob) Muhyiddin atau “Menghidupkan Agama”, termasuklah Ibn Taimiyyah yang tidak menyukai laqobnya Taqiy al-din.

WA.Sekian, wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan