Selasa, 29 November 2011

Status Rezeki Mengambil Gambar Tidak Tutup Aurat


Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar tentang kamera yang serba canggih sama ada di tv, surat khabar, radio, Facebook, blog dan macam-macam lagi media yang ada. Ya, itulah kamera DSLR yang semakin menjadi sebutan dan kegunaan orang ramai. Memandangkan ia adalah satu alat yang canggih, jadi harganya sudah pasti canggih juga. Tak main la harga bawah RM 1000. Beribu-ribu juga modal nak dikeluarkan jika ingin memiliki alat sebegitu. Itu belum dicampur lagi dengan alatan tambahan untuk hasil fotografi yang baik.

Oleh kerana modal yang besar, maka timbullah keinginan untuk membuat bisnes menggunakan pelaburan ini. Beli kamera beribu-ribu, jadi dengan menjadi jurugambar adalah membuka peluang untuk mendapat pulangan yang lumayan. Ambil tempahan untuk tangkap gambar majlis, gambar iklan, gambar pengantin, gambar couple, gambar model, gambar pemandangan dan macam-macam gambar lagi adalah menjadi kebiasaan jurugambar ini.

Disebabkan hal ini, maka timbullah satu persoalan iaitu mencari rezeki dengan mengambil gambar orang yang membuka aurat dan kita fokuskan kepada pengantin sebab biasa orang kahwin ni memang cari jurugambar untuk ambil gambar mereka. Apakah hukumnya? Saya terjumpa satu sesi soal jawab dan kini saya kongsikan bersama anda:

Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang
Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matan arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.

Isnin, 28 November 2011

Puasa Muharram...

Apakah dalilnya bahawa bulan Muharram bulan terbaik untuk puasa sunat?
Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.
[1]

Apa hikmah kelebihan puasa di bulan Muharram itu?

Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura. Namun menurut Imam al-Qurthubi; ‘Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai dhiya’ (ضياء) yang bermaksud cahaya’.
[2]

Nota kaki;[1] Al-Wajiz, Syeikh Mustafa al-‘Adawi, hlm. 206.[2] Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


Posted by Mohd Zaidi Bin Mat Zaid

Aku Masih Dara


Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”

Gadis B : menjeling….. “Wei, aku percayalah…”

Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..

Gadis B : “Bodoh la kau ni..”

Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .

Gadis B : “Please lah, sekarang
bukan zaman orang simpan dara lah….”

Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..

Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”

Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih,
bukan kekasih yang belum tentu jadi suami

Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”

Gadis A : “Aku lebih risaukan
Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”

Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”

Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”

Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”

Gadis A : “Hipokrit itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”

Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”

Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga? Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang.
Dijaga elok – elok sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”

Gadis B : grr… =.=”

-------------------------------------------------
Kesimpulan:“Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas. Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan.

Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “kebohongan”.

Sumber:
http://akuislam.com/blog/renungan/aku-masih-dara/#ixzz1evUJqUh0

Khamis, 24 November 2011

AL-JAHIZ (164-255H / 780 – 868M) – Bapa Ilmu

Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar al-Jahiz (besar) kerana matanya yang besar. Lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq. Diriwayatkan bahawa beliau berasal dari Afrika, berbangsa Negro dan bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Beliau menyara hidup dengan menjual roti dan ikan di pasar Basrah. Namun, semangatnya yang suka membaca menyebabkan beliau menyewa kertas di toko buku dan membacanya di waktu malam sehingga berjaya mengukir nama seantero dunia kerana keilmuannya. Beliau mencapai darjat keilmuannya bukan sekadar menghadiri kuliah, tetapi juga dengan bergaul dengan ilmuan di Mirdad, Basra.

Beliau teristimewa kerana berkeperibadian tinggi dan berfikiran luas sebagaimana ilmunya. Dalam aspek penulisan, beliau sangat cenderung untuk memuaskan hati pembaca sambil diselangi humor bagi menyampaikan pengajarannya. Kerana itulah beliau dianggap sebagai penulis semasa, bersistem, mempunyai pemikiran yang bebas, teliti membuat pemerhatian dan bijak menyelesaikan pemasalahan. Beliau mampu terjun dalam pelbagai bidang dan mampu pula bercorak pemikirannya dalam aneka topik. Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku dalam berbagai-bagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.

al-Jahiz dan Zoologi
Beliau telah menulis sebuah buku bertajuk “Kitab al-Haiwan” yang terdiri daripada tujuh jilid. Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga. Mengikut pendapatnya tidak semua binatang mengapung adalah ikan. Beliau telah mendatangkan contoh seperti anjing laut, kura-kura, katak, ketam dan buaya.

Buku tersebut juga menyentuh topik mengenai kesan-kesan pengasian ke atas haiwan dan manusia, cara pembentukan telur di dalam perut anak ayam, sebab kenapa burung membuat sarang, hakikat tidur binatang dan pelbagai topik lagi. Satu lagi karya beliau ialah “Al-Qaul fi al-Baghal” yang membicarakan tentang asal keldai, sifat dan kehidupannya.

al-Jahiz dan Antropologi

Beliau juga telah mengarang buku “Al-Bukhala”, “Al-Masail" dan "Al-Nisa" yang mana buku ini telah menyentuh perbezaan biologi dan kemasyarakatan antara wanita dan lelaki.

al-Jahiz dan Botani
Beliau telah menulis buku “Al-Zar’u wa al Nakhl" dan "Al-Ma’adin". Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ia juga menyentuh masalah tanah dan serangga.

al-Jahiz dan Ekonomi/Perdagangan

Beliau telah menghasilkan karya yang bertajuk “al-Tabsir fi al-Tijarah fi Wasfi ma Yastazrofu fi al-Buldan min al-Amti’ah al-Roqiqah wa al-A’laqu al-Nafsiah wa al-Jawahir Saminah". Buku ini menyentuh rawatan terhadap ekonomi, perdagangan, harga barang dan bentuk penyelewengannya.

al-Jahiz dan Adab

Hasil beliau terlalu banyak dalam bidang ini dan antaranya buku “Al-Bayan wa Tabyin" dan "Al-Taj".

al-Jahiz dan Geografi
Banyak karya-karya beliau telah hilang di bidang ini seperti kitab “al-Amshor wa Ajaibu al-Buldan" yang dikenal pasti oleh al-Muqaddasi dengan nama "al-Mudun al-Asru al-Kubra".

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada tahun 255 hijrah dengan meninggalkan pusaka karyanya yang begitu bernilai. Kisah kematian beliau mencerminkan kehidupan yang cintakan ilmu. Beliau yang lumpuh tubuh badannya meninggal dunia kerana tertindih oleh buku-buku yang selalu tersimpan disekelilingnya. Kata-kata beliau tentang ilmu di bawah ini mungkin menjadi pedoman kepada kita :

“Ilmu adalah sesuatu yang tidak memberikan sebahagian daripada dirinya kepada kamu sehinggalah kamu sendiri memberikan keseluruhan diri kamu kepadanya, barulah kamu mendapat peluang, tetapi kamu tidak mendapat kepastian bahawa ia (ilmu) akan memberikan sebahagian tersebut kepada kamu…” al-Nazm

MUHASABAH ALAM KUBUR

“Hari ini, dengan wang anda mampu membeli apa sahaja yang bernilai di dunia, tetapi dengan wang anda tidak dapat membeli syurga Allah yang tinggi nilainya”

“Hari ini anda makan dan minum sesuka hati di dunia, tetapi suatu hari nanti anda pula akan dimakan oleh ulat, ular dan binatang dalam kubur setelah meninggal dunia”

“Hari ini anda sayang kepada anak, isteri, ibu bapa dan keluarga setiap ketika, tetapi suatu hari nanti anda akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya”

“Hari ini anda mampu memakai pakaian yang cantik dan mahal harganya, tetapi suatu hari nanti anda hanya mampu memakai sehelai kain putih sahaja”

…Adakah anda bersedia pada hari ini... untuk hari itu?!!

Khamis, 17 November 2011

~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~


~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~
Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca dan penziarah blog. Kesetiaan Yang Sempurna. Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberikan kepada kita semua untuk menghirup udara oksigen, merasai nikmat-nikmat yang diberikanNya dan juga masih dapat meneruskan medan dakwah dalam blog ni...

Alhamdulillah di panjatkan, kerana hari ini semestinya ada dalam kalangan an...ak-anak@kaum kerabat kita yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Maka, Allah SWT juga telah mengizinkan pelajar2 di sekolah saya untuk mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR hari ini.

Alhamdulillah , marilah kita menilai pesoalan dan perbincangan ini... "Siapakah yang memberikan aku kejayaan ini?".

Maka tulisan ini membawakan kepada anda satu tajuk ~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~

Tulisan ini cuba mahu membawa jiwa-jiwa kita supaya menghayati satu tabiat seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Di mana jika beliau mendapat pujian ataupun ucapan kejayaan daripada manusia lain, seraya beliau terus menadah tangan kepada Allah SWT...

" Ya Allah, sentiasalah jadikan diriku lebih baik daripada apa yang mereka sangka."

Seperti kita sedia maklum, apabila kita mendapat kejayaan yang baik mahupun cemerlang, sudah tentu pujian akan bertalu-talu datang menghampiri diri kita. Betul bukan?? Dengan segala bisikan syaitan inilah, yang akan membuat diri kita tersa sedikit bangga diri, sombong dan sebagainya sehinggakan kita lupa kepada Yang Maha Memberi kita kejayaan tersebut.

Seolah-olah kita merasakan bahawa, kejayaan yang kita tempa itu merupakan hasil usaha titik peluh dan susah-payah kita tanpa menghubungkaitkan kejayaan kita itu dengan Allah SWT.

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Munafiquun ayat 8.
" ............. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Ayat di atas ini, menegaskan bahawa kejayaan itu milik Allah SWT dan RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman yakni kejayaan Islam itu sendiri.

Tidak jeliklah kiranya ada dalam kalangan kita sendiri yang mengatakan bahawa

~ KEJAYAANKU ADALAH KEJAYAAN ISLAM ~

Sememangnya kita ini tidak lari daripada kejayaan dan kegagalan. Semua ini merupakan satu ujian daripada Allah SWT untuk menguji hamba-hambaNya.

" Sekadar manakah tahap keimanan kita kepada Allah SWT dan bagaimanakah kita membuktikan keimanan kita kepadaNya. "

Apabila berjaya, sememangnya bahaya bagi kita. Kenapa?? Kerana Allah SWT mahu benar-benar menguji kita... Adakah dengan kejayaan yang kita kecapi itu, menambahkan lagi kesyukuran kita kepada Allah... Ataupun hubungan kita dengan Maha Pemberi itu semakin jauh...

Dan apabila kita menemui kegagalan, seperti biasa kita dengar... Gagal itu tak bererti kita gagal selama-lamanya.

Tulisan ini ingin sejukkan hati anda yang membaca post ini bahawa mungkinkah Allah SWT menangguhkan kejayaan kita pada suatu masa di mana kita benar-benar sentiasa mengingati Allah SWT. Juga Allah SWT mahu menguji kita, adakah kita mempersalahkan Dia atas kegagalan kita. Buka mata buka hati...

" Jika kita mengingati Allah SWT, maka Allah SWT akan sentiasa mengingati kita. Ketahuilah bahawa Allah SWT bersama-sama kita "

Kejayaan pada Peperiksaan ini belum menentukan kejayaan kita dan anak2 pada hari muka. Dan yang paling penting...

Adakah kita telah bersedia untuk kejayaan kita di 'alam kehidupan' kita yang kedua. Ataupun kita mahu gagal di sana nanti.

Maka, kejayaan yang kita kecapi itu tak semuanya akan kekal. Hasrat yang terpendam dalam hati itu perlulah kita menghubungkaitkan dengan Allah SWT. Dan kegagalan itu merupakan titik tolak kepada kejayaan kita. Asalkan kita terus istiqamah dalam beramal. Kerana Allah SWT tidak akan bertanyakan kepada NATIJAH ( Hasil ) tetapi Allah SWT akan bertanyakan kepada kita setakat manakah kita berusaha...

Akhir kata, sambutlah SALAM SYABAS DAN SALAM TAHNIAH dari saya. Moga-moga kita sama-sama menjaga Hubungan Dengan Allah SWT dan bersyukur diatas kejayaan yang dikurniakanNya. Salam mahabbah... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

" Kejayaan Kita, Kejayaan Islam "
~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~

Artikel asal: (khalifah-muda.blogspot.com) dengan sedikit pengubahsuaian

GAMBAR LELAKI PALING HENSEM DIDUNIA.



Manusia paling sempurna dan hensem adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana akhlak Nabi S.A.W adalah akhlak Al-Quran.

Rabu, 16 November 2011

DOA SEORANG ADIK

Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk
mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah mengabulkan semua doanya itu.

Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka.

Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa.

Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya
kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T.

Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu.

Hingga suatu saat si Adik
meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya:

“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.”

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Moral daripada kisah ini ialah mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah.
http://www.izoblog.com/doa-seorang-adik/

Benarkah al-Quran mempunyai 6666 ayat?

Kes 1
Saya pernah tanya kepada pelajar saya (sekadar untuk menguji), berapakah bilangan ayat al-Quran?
Lalu jawabnya, “6,666 ayat.”
“Siapa yang bagitau?” Tanya saya lagi.
Dia menjawab, “Ustaz ditempat saya belajar yang bagitau.”

Kes 2
Saya dengar seorang ustaz merangkap imam di salah sebuah masjid semasa menyampaikan tazkirah dia ada menyebut yang al-Quran ini mempunyai 6,666 ayat. Bukan sekali tapi banyak kali juga. Sesudah dia memberi tazkirah saya menyapanya. Kebetulan saya dengan ustaz tersebut saling kenal mengenali. Saya tanya cara baik, “Ustaz betulkah al-Quran yang kita baca ini mempunyai 6,666 ayat?”

Mungkin ustaz tersebut terkejut dengan
pertanyaan saya, lalu dijawabnya, “Bukan begitu sebenarnya banyak pendapat…ulama’ khilaf dalam soal bilangan ayat al-Quran nie. 6,666 ayat ini pun khilaf juga!”

Bersungguh ustaz itu menafi…jadi saya pun terdiam jerlah. Mungkin dapat saya tegur pada lain masa. Masa itu tidak sesuai sangat untuk saya syarah lebih panjang lebar bab ini. :)

Benarkah terdapat khilaf 6,666 ayat?

Kes 3
Bulan depan anak dara Mak Ngah yang baru balik dari Mesir nak kahwin dengan putera di raja. “Berapa hantarannya?” sapa jiran kepada Mak Ngah. “Aik! Enam puluh enam ribu enam ratus enam puluh enamlah, ayat Qurankan enam enam enam semuanya” jawab Mak Ngah dengan penuh yakin.

Jadi pada tanggal 6/6/06 tarikh keramat telah dipilih untuk majlis perkahwinan diraja yang cukup bermakna ini. Siangnya upacara akad nikah di masjid simpang Enam dan kenduri makan nasi hujan panas oleh Katering Enam bersaudara. Malamnya majlis khatam al-Quran oleh dua mempelai untuk habiskan bacaan 6666 ayat al-Quran bagi mendapat keberkatan dari Allah swt untuk mereka berdua, ujar Mak Ngah kepada jiran tetangga.

Betul ke Mak Ngah?

Kes 4
Semasa saya belajar dulu, saya pernah bertanya kepada Syeikh tempat saya bertalaqi al-Quran dengannya. Saya tanya, “Benarkah al-Quran mempunyai 6,666 ayat?” Apa jawabnya, “Semuanya itu karut. Tidak ada pendapat pun yang menyatakan al-Quran mempunyai 6,666 ayat.”

Persoalannya…Benarkah al-Quran mempunyai 6,666 ayat?

Mungkin dikalangan kita sering terdengar sesetengah
orang Melayu Islam menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur’an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar. Kadang-kadang orang yang menyebutnya itu bukan sebarangan orang, ustaz-ustaz, penceramah dan tuk imam.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am ayat 112 yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan (dari kalangan) manusia dan (dari kalangan) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”

Berkaitan dengan jumlah ayat-ayat al-Quran, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat al-Quran ialah 6,200 ayat lebih. Untuk itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenarnya yang dikatakan lebih 6,200 itu.

Berikut ialah Matan yang dipetik daripada Kitab Fawasil Syarah Naazimatul Al-Zuhri fi ‘Ulum Al-Fawasil karangan al-Imam Al-Syatibi R.A


Perbahasan UlamaSahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang akan saya kupaskan kemudian. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra’su al-ayah), dan permulaan ayat. Mafhum Matan di atas ialah keterangan-keterang berkenaan sanad-sanad Imam-imam Fawasil yang telah saya ringkaskan seperti jadual di bawah:

Jumlah Ayat
Sanad
Nama Imam
Imam
6217
(Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh
Nafi’
Al-Madani Al-Awwal
1 - Ahli Kufah – Ahli Madinah – Nafi’ – (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh
6214
2- Ahli Basrah – Warsh – Nafi’ – (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh
6214
Sulaiman bin Jammaz – (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh
Ismail bin Ja’far
Al-Madani At-Thani
6210
Abdullah bin Kathber al-Qari – Mujahid bin Jaber – Ibnu Abbas – Ubai bin Ka’ab – Rasulullah S.A.W
Al-Imam Al-Madani
Al-Makki
6227
Abdullah bin ‘Amir al-Yuhsobi – Abu Ad-Darda’ – Uthman bin ‘Affan
Ad-Dimashqi
Yahya Az-Zamaari
As-Syaami
6226
Abdullah bin ‘Amir al-Yuhsobi – Abu Ad-Darda’ – Uthman bin ‘Affan
Sodoqah – Yahya Az-Zamaari (tidak kira Basmalah sebagai ayat)
6232
Khalid bin Ma’daan As-Salmy Al-Himsi Al-Hardhomi
Al-Himsi
Abu Haiwah Syuraih bin Yazid Al-Himsi
Al-Hardhomi
6236 (Bilangan yang masyhur)
Ali bin Abi Tholib
Hamzah & Sufian
Al-Kuufi
6217
(Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh
Ahli Kuufah
Ahli Madina
Nafi’
6204
Ayyub bin Al-Mutawakil
Atho’ bin Yasaar & ‘Asim Al-Jahdari
Al-Basri


SUMBER PENGAMBILAN ILMU INI:Matan daripada kitab.

Maka apa yang dapat saya faham mengikut pengarang kitab tersebut (al-Imam Al-Syatibi R.A), saya dapat rumuskan, sumber pengambilan ilmu fawasil ini ialah:

1- Berdasarkan nas-nas yang sahih daripada Rasulullah S.W.T melalui riwayat-riwayat para sahabat R.A
2- Rasulullah sendiri yang mengira (menentukan akhir ayat) dan mengajarkannya kepada sahabat

Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran?
Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.

Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambil kira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang dengan agama Islam seperti sabda Baginda Rasulullah S.A.W :


“Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian kurun yang berikutnya “.( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-2534)

Di sini bermaksud, bahawasanya merekalah orang yang bersungguh dalam menjelaskan bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-hurufnya. Mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Rasulullah S.A.W atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Rasulullah S.A.W supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.

Sebenarnya perbahasan tentang ilmu ini amatlah panjang. Apa yang penting semua riwayat di atas sampai sanadnya hingga Rasulullah S.A.W

Tips mudah

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah kalkulator dan sebuah kitab al-Qur’an. Mula mengira dari surah al-Fatihah hingga ke surah an-Naas. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur’an yang sebenar.

Wallahu a’lam bissowab.
Rujukan: Al-Quran, Syarah Naazimatul Al-Zuhri fi ‘Ulum Al-Fawasil oleh Imam Syatibi.
http://www.izoblog.com/benarkah-al-quran-mempunyai-6666-ayat/

SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?Apakah ada nas mengenainya?
JAWAPAN:

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).

Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.

Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

http://ulamak.pas.org.my

JOM BERDOA DAN BERMUNAJAT

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."

(Surah Ali-'Imran ayat 3)

DUNIA TETAP STABIL SELAGI ADA YANG MENGINGATI ALLAH


Salam ceria dan salam sejahtera. Hayatilah&Insafilah diri dengan tazkirah pendek dibawah ini yg btajuk: DUNIA TETAP STABIL SELAGI ADA YANG MENGINGATI ALLAH

Rasulullah s.a.w. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Bahkan langit, bumi dan semua ma...khluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuji Allah s.w.t.:

Isra [44] : Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah swt, dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Dalam sebuah hadith disebut “binatang yang tidak memuji Allah swt, akan menjadi mangsa buruan atau tangkapan, dan pokok yang tidak memuji Allah swt, akan menjadi kering atau mati.

Dunia ini stabil kerana adanya hubungan di antara manusia dengan Allah s.w.t. Keadaan bumi yang dijadikan bulat menyebabkan pada setiap masa ada sahaja manusia yang bersembahyang atau mengingati Allah. Apabila berlaku waktu malam di sesuatu kawasan dimana manusia sedang nyenyak tidur, di kawasan lain pula berlaku waktu siang dimana ada manusia yang berhubung dengan Allah melalui ibadat dan zikir.

Dalam sebuah hadith disebut, apabila Allah hendak menamatkan perkhidmatan dunia (bumi) ini, orang Islam dimatikan melalui angin.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

Dan pada satu riwayat yang lain:
“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu

~Nasbun Nurain~

Selasa, 15 November 2011

PESAN NABI S.A.W KEPADA ABU DZAR R.A

Daripada Abi Zar Al-Ghiffari r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepadaku tujuh perkara:

1) Memerintahkan agar aku mengasihi orang-orang miskin dan merendahkan diri terhadap mereka.
2) Memerintahkan agar aku melihat orang yang dibawahku (kurang dariku) dan tidak melihat orang yang berada di atasku (lebih dariku).
3) Memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim walaupun aku dibenci.
4) Memerintahkan agar aku tidak meminta kepada seseorang sesuatu apa pun.
5) Memerintahkan agar aku berkata benar walaupun ianya pahit.
6) Memerintahkan agar aku tidak takut kerana Allah walaupun dicela oleh orang yang mencela.
7) Memerintahkan agar aku memperbanyakkan menyebut: “La haula wala Quwwata Illa billah” kerana ianya sebahagian dari khazanah di bawah Arasy.

(H.R. Ahmad, hadith hasan)

PILIHLAH JALANMU

Dua situasi berbeza, NAMUN keduanya dengan MISI yang SAMA, iaitu mengimarahkan tempat.

Situasi 1 (gambar atas):
-Dipayungi malaikat, dan malaikat berdoa, disebut dlm satu hadith: Rasulullah s.a.w bersabda: "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah rahmatMu kepadanya." (H.R. Bukhari)
-Niat nak pergi mengimarahkan rumah ALLAH dah dapat pahala, kalu pergi, lagi ganda.
-Tidak dikenakan bayaran utk pergi.

----------------------------------------------

Situasi 2 (gambar bawah):
-Kemaksiatan, kemungkaran, mengundang bala daripada sang pencipta.
-Dikenakan bayaran
-Berteriak dgn ramai orang

PILIHLAH JALANMU wahai sidang hadirin sekalian...
syahirul.com

SUNNAH PERJUANGAN

Bila kita berdakwah, menyatakan kebenaran islam, menegur orang berbuat maksiat, mengajak orang berbuat amal, akan ada satu golongan yang menentang dan tak mahu menerima, bahkan mereka akan mengata/mengutuk/mencerca macam-macam kepada kita. Oleh itu sabarlah, golongan yang menentang itu tiada bezanya dengan golongan-golongan sesat yang menentang perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w dahulu.

Cukuplah hanya Allah sebagai penolong kami

Dulu lain kini lain...bukan dulu kini dan selamanya...




Klik untuk besarkan

1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

12/11/11 -KULIAH MAGHRIB DI SURAU AL-IKHLAS

Kitab An-Nashaih Ad-Diniyah wa Al-Washaya Al-Imaniyah (Nasihat Agama & Wasiat Iman) karangan Syeikh Habib Abdullah Al-Haddad
 
 
 
 
 

‎13/11/2011 - ISI PERBINCANGAN KULIAH MAGHRIB DI SURAU NURUL IMAN CEMPERAISARI

KITAB PETANDA-PETANDA KEMENANGAN ISLAM KARANGAN PROF.DR. YUSOF AL-QARDHAWI

Janji Allah Mengenai Kemenangan, Keselamatan dan Pembelaan Untuk Orang-orang Yang Beriman :

Di antara khabar gembira daripada Al-Qur'an ialah janji Allah secara umum, kepada orang-orang beriman dengan kemenangan, keselamatan, pembelaan, kekuasaan d...an kebersamaan dengan Allah. Bacalah firman Allah : ( bermaksud ) " Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Rum : 47 )

Firman Allah : ( bermaksud ) " Kemudian Kami selamatkan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman ". ( Surah Yunus : 103 )

Firman Allah : ( bermaksud ):" Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Haj : 38 )

Firman Allah : ( bermaksud ):" Allah adalah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan ( kufur ) kepada cahaya ( iman ) ". (Surah Al-Baqarah : 257 )

Firman Allah : ( bermaksud ):"Dan golongan ( angkatan perang ) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun lebih ramai dan ( yang demikian itu adalah kerana ) sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Anfal : 19 )

Kesedaran terhadap janji ketuhanan ini terbukti sewaktu berlakunya mihnah dan kesempitan terhadap orang-orang beriman sewaktu mereka ditimpa kesempitan harta, kesakitan tubuh badan dan kegoncangan jiwa. Pada saat ini, kemenangan sudah amat hampir dengan orang-orang yang beriman. Ini jelas sebagaimana firman Allah: ( bermaksud )

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu ( ujian ) seperti yang berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh ), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata: Bilakah ( datangnya ) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah )". ( Surah Al-Baqarah : 214 )

Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya dan kalangan kaumnya bertanya: " Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?". Mereka merasakan lambatnya datang pertolongan lantaran sifat manusia yang tergesa-gesa. Lantas di sini Allah menenangkan mereka dengan ayat pemutus yang menutup ayat yang mulia tadi: ( bermaksud ): " Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah ) ". (Surah Al-Baqarah : 214 )

Tetapi ia tidak akan dipercepatkan kerana sifat tergesa-gesa seseorang daripada kita kerana setiap sesuatu di sisi Allah ada ketetapan dan ketentuannya yang tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan.

Allah berfirman pada pengakhiran surah Yusuf: ( bermaksud )

" Sehingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan sesiapa yang Kami kehendaki. Dan ( ingatlah bahawa ) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapa pun daripada menimpa kaum yang berdosa ". ( Surah Yusuf : 110 )

Cuba lihat kepada ungkapan dan dilalah ayat berikut Istaiyasa al-Rusul " Rasul-rasul berputus asa", lantaran lamanya mereka menunggu kemenangan yang tidak datang pada waktu yang mereka harapkan. Dhamir ( ganti nama) di dalam firman Allah : Zannu " Mereka menyangka ", dikembalikan kepada kaum yang diutuskan kepada mereka para Rasul yang telah disebutkan di dalam ayat sebelum ini. Mereka menyangka bahawa Allah telah memungkiri janji-Nya kepada Rasul manakala Rasul pula telah tidak dipercayai janjinya.

Di sini, berlakulah kejutan setelah rasa putus asa dari pihak Rasul dan sangkaan buruk daripada pihak kaumnya yang musyrik: ( bermaksud ).

" Datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan sesiapa yang Kami kehendaki". ( Surah Yusuf : 110 )

Ia datang pada saat manusia amat memerlukannya dan ia amat diharapkan kedatangannya: ( bermaksud ) " Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapa pun daripada menimpa kaum yang berdosa". ( Surah Yusuf : 110 )

Inilah Sunnah Allah terhadap orang-orang yang berdosa. Mereka akan dikejar oleh kemurkaan Allah yang akan mengajar mereka adab sopan, mengenalkan mereka dengan kemampuan mereka sendiri dan untuk mengurangkan sikap melampau mereka.

Dari sini kukuhlah di dalam pemikiran dan hati umat Islam bahawa setiap kali masalah bertambah berat dan bertambah sulit, maka ia memberitahukan mereka bahawa saat kemenangan semakin hampir kerana kegelapan malam semakin hitam pekat adalah satu kegelapan yang akan mendahului fajar.

#alhamdulillah..semoga bermanfaat sbg bekalan hidup slps mati#
KITAB PETANDA2 KEMENANGAN ISLAM KARANGAN PROF.DR. YUSOF AL-QARDHAWI

Janji Allah Mengenai Kemenangan, Keselamatan dan Pembelaan Untuk Orang-orang Yang Beriman :

Di antara khabar gembira daripada Al-Qur'an ialah janji Allah secara umum, kepada orang-orang beriman dengan kemenangan, keselamatan, pembelaan, kekuasaan d...an kebersamaan dengan Allah. Bacalah firman Allah : ( bermaksud ) " Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Rum : 47 )

Firman Allah : ( bermaksud ) " Kemudian Kami selamatkan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman ". ( Surah Yunus : 103 )

Firman Allah : ( bermaksud ):" Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Haj : 38 )

Firman Allah : ( bermaksud ):" Allah adalah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan ( kufur ) kepada cahaya ( iman ) ". (Surah Al-Baqarah : 257 )

Firman Allah : ( bermaksud ):"Dan golongan ( angkatan perang ) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun lebih ramai dan ( yang demikian itu adalah kerana ) sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman ". ( Surah Al-Anfal : 19 )

Kesedaran terhadap janji ketuhanan ini terbukti sewaktu berlakunya mihnah dan kesempitan terhadap orang-orang beriman sewaktu mereka ditimpa kesempitan harta, kesakitan tubuh badan dan kegoncangan jiwa. Pada saat ini, kemenangan sudah amat hampir dengan orang-orang yang beriman. Ini jelas sebagaimana firman Allah: ( bermaksud )

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu ( ujian ) seperti yang berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh ), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata: Bilakah ( datangnya ) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah )". ( Surah Al-Baqarah : 214 )

Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya dan kalangan kaumnya bertanya: " Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?". Mereka merasakan lambatnya datang pertolongan lantaran sifat manusia yang tergesa-gesa. Lantas di sini Allah menenangkan mereka dengan ayat pemutus yang menutup ayat yang mulia tadi: ( bermaksud ): " Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah ) ". (Surah Al-Baqarah : 214 )

Tetapi ia tidak akan dipercepatkan kerana sifat tergesa-gesa seseorang daripada kita kerana setiap sesuatu di sisi Allah ada ketetapan dan ketentuannya yang tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan.

Allah berfirman pada pengakhiran surah Yusuf: ( bermaksud )

" Sehingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan sesiapa yang Kami kehendaki. Dan ( ingatlah bahawa ) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapa pun daripada menimpa kaum yang berdosa ". ( Surah Yusuf : 110 )

Cuba lihat kepada ungkapan dan dilalah ayat berikut Istaiyasa al-Rusul " Rasul-rasul berputus asa", lantaran lamanya mereka menunggu kemenangan yang tidak datang pada waktu yang mereka harapkan. Dhamir ( ganti nama) di dalam firman Allah : Zannu " Mereka menyangka ", dikembalikan kepada kaum yang diutuskan kepada mereka para Rasul yang telah disebutkan di dalam ayat sebelum ini. Mereka menyangka bahawa Allah telah memungkiri janji-Nya kepada Rasul manakala Rasul pula telah tidak dipercayai janjinya.

Di sini, berlakulah kejutan setelah rasa putus asa dari pihak Rasul dan sangkaan buruk daripada pihak kaumnya yang musyrik: ( bermaksud ).

" Datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan sesiapa yang Kami kehendaki". ( Surah Yusuf : 110 )

Ia datang pada saat manusia amat memerlukannya dan ia amat diharapkan kedatangannya: ( bermaksud ) " Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapa pun daripada menimpa kaum yang berdosa". ( Surah Yusuf : 110 )

Inilah Sunnah Allah terhadap orang-orang yang berdosa. Mereka akan dikejar oleh kemurkaan Allah yang akan mengajar mereka adab sopan, mengenalkan mereka dengan kemampuan mereka sendiri dan untuk mengurangkan sikap melampau mereka.

Dari sini kukuhlah di dalam pemikiran dan hati umat Islam bahawa setiap kali masalah bertambah berat dan bertambah sulit, maka ia memberitahukan mereka bahawa saat kemenangan semakin hampir kerana kegelapan malam semakin hitam pekat adalah satu kegelapan yang akan mendahului fajar.

#alhamdulillah..semoga bermanfaat sbg bekalan hidup slps mati#

Isi Perbincangan Kuliah Maghrib di Surau al-Ikhwan (14/11/2011)

PERBEZAAN KITA DENGAN PARA SAHABAT

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ

(رواه البخارى فى صحيحه)

Maksudnya: Janganlah kamu mencaci para sahabatku! Sekiranya seorang dari kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, tidak akan sama ganjaran yang dilakukan oleh mereka walau secupak mahupun setengah cupak.

Asbabul Wurud (Sebab dikeluarkan hadis ini):

Hadis ini melarang para sahabat yang terkemudian daripada mencaci para sahabat yang terdahulu memeluk Islam. Ianya menceritakan kisah salah faham yang berlaku di antara ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf dengan Khalid al-Walid radhiallahu ‘anhuma. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf merupakan sahabat Muhajirin yang awal serta termasuk di kalangan 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga. Khalid al-Walid pula merupakan sahabat yang memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyyah, sebelum pembebasan kota suci Mekah.

Menerusi hadis ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang para sahabat yang terkemudian daripada mencaci serta merendahkan para sahabat yang terdahulu daripada mereka. Ini disebabkan golongan yang terkemudian memeluk Islam tidak dapat mengatasi golongan yang terdahulu dari segi amal perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu sekalipun Khalid al-Walid mensedekahkan emas sebesar gunung Uhud, beliau masih belum mampu menandingi perbelanjaan yang dikeluarkan oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf dan orang-orang yang seumpamanya dari kalangan orang-orang Islam yang lebih dahulu memeluk Islam.

Inilah kedudukan para sahabat di antara yang awal dan yang terkemudian. Maka bagaimana pula dengan golongan yang datang selepas daripada mereka (bukan di kalangan para sahabat)? Pasti ukuran dan timbangannya amat jauh daripada dapat mengatasi para sahabat tersebut, sama ada yang awal mahupun yang akhir. Anehnya golongan yang datang selepas mereka sanggup pula merendahkan kedudukan, mencela dan mencaci para sahabat ini radhiallahu 'anhum sejak zaman berzaman.

Taraf Hadis:

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 3470 (Kitab al-Manaqib). Berkenaan kisah yang menyebabkan datangnya hadis ini (Asbab al-Wurud) sebagaimana yang dikemukakan oleh pengarang, rujuk Shahih Muslim – hadis no: 2541 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab larangan mencela para sahabat).

Perbincangan:

Sahabat r.a. merupakan golongan yang diredhai oleh Allah semasa mereka berada di dunia lagi. Rapat dan hampirnya mereka dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka sangat faham tentang agama; merekalah sahabat, merekalah ulamak. Banyak perkara yang amat membezakan kita dengan para sahabat. Berikut merupakan secebis sahaja yang dapat dinukilkan di ruang yang terbatas ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT…

1. Para sahabat pengsan-pengsan ketika mengambil wudhuk kerana terlalu takut dan gentar untuk menghadap Yang Maha Berkuasa. Tapi ada di antara kita buat dek je kan? Bukan saja tak pernah pengsan ketika nak menghadap Ilahi, yang tinggal solat&langsung tak peduli waktu solat pun bersepah-sepah.

2. Solat Saidina Ali r.a. begitu khusyuk sehingga sahabat lain boleh mencabut anak panah yang tertusuk pada belakangnya , begitu juga solat Abbad B. Bisyr -dipanah 3x sehingga tembus badannya tetapi masih meneruskan solat kerana enak&lazat melantunkan ayat2 al-Quran. Tapi kita…? Siap boleh ingat kunci tang mana masa solat…Ingat Bini, Marah nyamuk, Ingat laptop dah tutup ke belum? Soalan SPM siang tadi… Ingat nak main Farm Ville, Joker…

3. Para sahabat berpolitik untuk terapkan 100% hukum-hakam Islam. Tapi ada di antara kita menolak politik dengan alasan politik itu kotor, dan hanya suka iktikaf, zikir, dan membaca al-Quran tanpa menghiraukan pengabaian penerapan hukum-hakam Islam.

4. Para sahabat sibuk berdakwah sana-sini untuk mengembangkan Islam. Tapi ada di antara kita cukup sibuk nak jadi artis. Kononnya ada bakat, dimuatnaik dalam YouTube, facebook, dan sebagainya untuk menggapai populariti sebagai artis. Tak kiralah yang bertudung, lelaki, mahupun perempuan. Ramai sungguh yang suka benar nak jadi artis. Kan?

5. Para sahabat mencari redha Allah dengan meneladani kehidupan Rasulullah SAW (pakaian, cara bjln, cincin, serban,tidur,gelak,ibadah,baca quran, cara makan, perang, memerintah, kehidupan). Tapi, ramai pula di antara kita meniru dan meneladani artis, ahli sukan, tokoh politik dalam kehidupan sehari-harian. Artis/ahli sukan tu pakai itu-ini, buat itu-ini kita nak tiru walau melanggar hukum syarak. Boleh jamin syurga ke?

6. Saidina Umar r.a. sendiri pergi berjalan bersama-sama pembantunya untuk melihat urusan rakyatnya, walaupun pada waktu itu tiada teknologi canggih. Beliau sendiri yang pergi mengambil makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Tapi pemimpin kita hari ini, walaupun teknolgi canggih sudah wujud seperti internet, kereta, telefon, dan sebagainya, urusan ummat tetap tidak terpelihara. Rakyat terus dibiarkan miskin tanpa pembelaan. Mungkin tunggu wartawan bawa kamera kot?

7. Saidina Abu Bakar r.a. menolak jawatan sebagai khalifah ketika ummat memilihnya sebagai pengganti Rasulullah SAW kerana takut memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi ramai pula pemimpin kita hari ini dok sibuk suruh undi depa, tapi bila dah naik takhta, janji ke mana, hukum syarak ke mana…

8. Para sahabat menangis mengenangkan kesalahan-kesalahan mereka. Tapi ada di antara kita menangis kerana pelajar Akademi Fantasia dll tersingkir.

9. Saidina Abu Bakar r.a. merupakan sahabat yang amat lembut. Tetapi beliau sangat bertegas dengan memerangi golongan yang menjadi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Tapi ada tak kita @ pemimpin-pemimpin kita melaungkan seruan jihad (mengikut keupayaan) apabila al-Quran dibakar, Allah dihina, dan Rasulullah SAW dihina, hukum Quran diperlekeh?

10. Para sahabat menggunakan kuasa politik untuk menerapkan 100% hukum syarak. Tapi pemimpin hari ini menggunakan kuasa politik mereka untuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. “Duit Rakyat Didahulukan, Perut Menteri dan Kroni Diutamakan”. Tapi yang sedihnya kita masih menyokong dan mengundi mereka..Katakan "TAK NAK" pada penipuan dan kezaliman.

Kata Imam Syafie: “setiap kali bertambah ilmu aku , makin aku sedar betapa jahil diriku ini”.

#Ingat! sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yg lebih baik. Walaupun sikit-sikit . Allah sentiasa tahu . Allah sayang kita. Selangkah kita dekatkan diri , seribu langkah Allah dekatkan diri dgn kita . InsyaAllah

Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia.”(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi katanya Hadis ini Hasan lagi Soheh- Rujuk Kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi)

ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????

Isnin, 14 November 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Kepada Para Pelajar SPM, diucapkan selamat menjalani peperiksaan SPM .. Semoga Berjaya Di dunia dan Akhirat..Ameen

Suami Yang Tidak Tampan..



Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.
Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..

Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”

Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”
Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”

Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”
Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”

– “Tuhfatul ‘Arus” karya Mahmud Mahdi Al Istambuli hlm 278-279

http://akuislam.com

Menjadi Wanita Yang Cantik

Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.

Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya.

Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi dari kecantikan jiwanya yang penuh kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.

Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak dijaga ?

mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan ? dan kesenangan dunia

Mereka berdandan bak puteri, menghiasi dirinya dengan perhiasan dan me”mekap” wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya.

Berani menanggalkan harga dirinya hanya untuk dapat menaiki kenderaan mewah, tinggal di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.

Wanita yang cantik, tidak akan menghalalkan semua cara untuk memenuhi keperluan dan keinginannya…

Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatakan atas nama cinta…

Wanita yang cantik, tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan “demi membantu keluarga”

Wanita yang cantik, tidak akan melakukan “one nite stand” hanya untuk memuaskan hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…

Wanita yang cantik, tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip yang dapat memagari dirinya dari berbagai macam godaan dunia…

Wanita yang cantik, tidak akan menjadi ibu yang membiarkan anaknya terjerumus dalam dunia kelam…

Wanita yang cantik adalah…
Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan

Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.

Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”

Wallahu a’lam
http://akuislam.com/blog/renungan/menghargai-wanita-yang-cantik/

Ahad, 13 November 2011

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
http://akuislam.com/blog/renungan/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin-berkahwin/

THALHAH BIN UBAIDILLAH

Beliau ialah Thalhah bin Ubaidillah bin Usman bin Ka’ab bin Sa’ad, seorang sahabat daripada Quraisy, merupakan salah seorang daripada 6 (enam) orang ahli majlis yang dicalonkan sebagai pengganti Khalifah Umar bin Khattab sepeninggalnya, dan juga merupakan salah seorang yang dijanjikan syurga. Setelah Khalifah Umar ditikam oleh Abu Lukluk, ia sempat menamakan 6 orang sahabatnya yaitu

1. Usman Bin Affan,

2. Abdul Rahman Bin Auf,

3. Ali Bin Abu Talib,

4. Thalhah Bin Ubaidillah,

5. Zubair al-Awwam dan,

6. Saad Abu Waqqas

untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai bakal khalifah penggantinya dalam tempo 3 hari. Thalhah bin Ubaidillah juga merupakan salah seorang diantara 10 (sepuluh) sahabat-sahabat yang dijamin masuk surga oleh Nabi Muhammad SAW, yaitu:

1. Abu Bakar RA – sudah meninggal,
2. Umar RA – khalifah ketika itu,
3. Usman bin Affan RA,
4. Ali bin Abi Tholib RA,
5. Saad bin Abi Waqqas RA,
6. Zubair bin Awwam RA,
7. Abdul Rahman bin 'Auf RA,
8. Talhah bin Ubaidillah RA,
9. Abu Ubaidah Jarrah RA – sudah meninggal
10. Said bin Zaid RA

Beliau selalu aktif di setiap peperangan kecuali Perang Badar. Beliau telah menyertai peperangan Uhud dan menyumbangkan suatu sumbangan yang besar Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau.. Beliau telah melindungi Nabi s.a.w dengan dirinya sendiri dan menahan panah dari terkena baginda dengan tangannya sehingga lumpuh jari-jarinya.

Thalhah Memeluk Islam
Beliau masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra. Thalhah adalah seorang pemuda Quraisy, ia memilih profesi sebagai saudagar. Meski masih muda, Thalhah punya kelebihan dalam strategi berdagang, ia cerdik dan pintar, hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua. Pada suatu ketika Thalhah dan rombongan pergi ke Syam. Di Bushra, Thalhah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya. Tiba-tiba seorang pendeta berteriak-teriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?" "Ya, aku penduduk Makkah," sahut Thalhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. "Ahmad yang mana?" "Ahmad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Bulan ini pasti muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas di hati Thalhah hingga tanpa menghiraukan kafilah dagang di pasar ia langsung pulang ke Makkah. Setibanya di Makkah, ia langsung bertanya kepada keluarganya, "Ada peristiwa apa sepeninggalku?" "Ada Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. ”Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami berteman baik, banyak orang menyukai majelisnya, karena dia ahli sejarah Quraisy," gumam Thalhah lirih. Setelah itu Thalhah langsung mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Abu Bakar menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya ayat pertama. Abu Bakar mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah ganti bercerita tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, Thalhah langsung mengucapkan dua kalimat syahadat.

Pengorbanan Thalhah kepada Rasulullah SAW

Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abu Bakar RA selalu teringat pada Thalhah. Ia berkata, "Perang Uhud adalah harinya Thalhah. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah SAW. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: "Lihatlah saudaramu ini." Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari (70) tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus." Diceritakan ketika tentara Muslim terdesak mundur dan Rasulullah SAW dalam bahaya akibat ketidakdisiplinan pemanah-pemanah dalam menjaga pos-pos di bukit, di saat itu pasukan musyrikin bagai kesetanan merangsek maju untuk melumat tentara muslim dan Rasulullah SAW, terbayang di pikiran mereka kekalahan yang amat memalukan di perang Badar. Mereka masing-masing mencari orang yang pernah membunuh keluarga mereka sewaktu perang Badar dan berniat akan membunuh dan memotong-motong dengan sadis. Semua musyrikin berusaha mencari Rasulullah SAW. Dengan pedang-pedangnya yang tajam dan mengkilat, mereka terus mencari Rasulullah SAW. Tetapi kaum muslimin dengan sekuat tenaga melindungi Rasulullah SAW, melindungi dengan tubuhnya dengan daya upaya, mereka rela terkena sabetan, tikaman pedang dan anak panah. Tombak dan panah menghunjam mereka, tetapi mereka tetap bertahan melawan kaum musyrikin Quraisy. Hati mereka berucap dengan teguh, "Aku korbankan ayah ibuku untuk engkau, ya Rasulullah". Salah satu diantara mujahid yang melindungi Nabi SAW adalah Thalhah. Ia berperawakan tinggi kekar. Ia ayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri. Ia melompat ke arah Rasulullah yang tubuhnya berdarah. Dipeluknya Beliau dengan tangan kiri dan dadanya. Sementara pedang yang ada ditangan kanannya ia ayunkan ke arah lawan yang mengelilinginya bagai laron yang tidak memperdulikan maut. Alhamdulillah, Rasulullah selamat. Thalhah memang merupakan salah satu pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud. Ia siap berkorban demi membela Nabi SAW. Ia memang patut ditempatkan pada barisan depan karena ALLAH menganugrahkan kepada dirinya tubuh kuat dan kekar, keimanan yang teguh dan keikhlasan pada agama ALLAH. Akhirnya kaum musyrikin pergi meninggalkan medan perang. Mereka mengira Rasulullah SAW telah tewas. Alhamdulillah, Rasulullah selamat walaupun dalam keadaan menderita luka-luka. Baginda dipapah oleh Thalhah menaiki bukit yang ada di ujung medan pertempuran. Tangan, tubuh dan kakinya diciumi oleh Thalhah, seraya berkata, "Aku tebus engkau Ya Rasulullah dengan ayah ibuku." Nabi SAW tersenyum dan berkata, " Engkau adalah Thalhah kebajikan." Di hadapan para sahabat Nabi SAW bersabda, " Keharusan bagi Thalhah adalah memperoleh ...." Yang dimaksud nabi SAW adalah memperoleh surga. Sejak peristiwa Uhud itulah Thalhah mendapat julukan "Burung elang hari Uhud."

Keteladanan Thalhah Bin Ubaidillah

1. Al-Qarinain atau sepasang sahabat yang mulia

Bagi keluarganya, masuk Islamnya Thalhah bagaikan petir di siang bolong. Keluarganya dan orang-orang sesukunya berusaha mengeluarkannya dari Islam. Mulanya dengan bujuk rayu, namun karena pendirian Thalhah sangat kokoh, mereka akhirnya bertindak kasar. Siksaan demi siksaan mulai mendera tubuh anak muda yang santun itu. Sekelompok pemuda menggiringnya dengan tangan terbelenggu di lehernya, orang-orang berlari sambil mendorong, memecut dan memukuli kepalanya, dan ada seorang wanita tua yang terus berteriak mencaci maki Thalhah, yaitu ibu Thalhah, Ash-Sha'bah binti Al-Hadramy. Tak hanya itu, pernah seorang lelaki Quraisy, Naufal bin Khuwailid yang menyeret Abu Bakar dan Thalhah mengikat keduanya menjadi satu dan mendorong ke algojo hingga darah mengalir dari tubuh sahabat yang mulia ini. Peristiwa ini mengakibatkan Abu Bakar dan Thalhah digelari Al-Qarinain atau sepasang sahabat yang mulia.

2. Assyahidul Hayy, atau syahid yang hidup.

Tidak hanya sampai disini saja cobaan dan ujian yang dihadapi Thalhah, semua itu tidak membuatnya surut, melainkan makin besar bakti dan perjuangannya dalam menegakkan Islam, hingga banyak gelar dan sebutan yang didapatnya antara lain Assyahidul Hayy, atau syahid yang hidup. Julukan ini diperolehnya dalam perang Uhud. Saat itu barisan kaum Muslimin terpecah belah dan kocar-kacir dari sisi Rasulullah. Yang tersisa di dekat beliau hanya 11 orang Anshar dan Thalhah dari Muhajirin. Rasulullah dan orang-orang yang mengawal beliau naik ke bukit tadi dihadang oleh kaum Musyrikin. "Siapa berani melawan mereka, dia akan menjadi temanku kelak di surga," seru Rasulullah. "Aku Wahai Rasulullah," kata Thalhah. "Tidak, jangan engkau, kau harus berada di tempatmu." "Aku wahai Rasulullah," kata seorang prajurit Anshar. "Ya, majulah," kata Rasulullah. Lalu prajurit Anshar itu maju melawan prajurit-prajurit kafir. Pertempuran yang tak seimbang mengantarkannya menemui kesyahidan. Rasulullah kembali meminta para sahabat untuk melawan orang-orang kafir dan selalu saja Thalhah mengajukan diri pertama kali. Tapi, senantiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkan untuk tetap ditempat sampai 11 prajurit Anshar gugur menemui syahid dan tinggal Thalhah sendirian bersama Rasulullah, saat itu Rasulullah berkata kepada Thalhah, "Sekarang engkau, wahai Thalhah." Dan majulah Thalhah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar menerjang ke arah musuh dan menghalau agar jangan menghampiri Rasulullah. Lalu Thalhah berusaha menaikkan Rasulullah sendiri ke bukit, kemudian kembali menyerang hingga tak sedikit orang kafir yang tewas. Saat itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah yang berada agak jauh dari Rasulullah telah sampai di dekat Rasulullah. "Tinggalkan aku, bantulah Thalhah, kawan kalian," seru Rasulullah. Keduanya bergegas mencari Thalhah, ketika ditemukan, Thalhah dalam keadaan pingsan, sedangkan badannya berlumuran darah segar. Tak kurang 79 luka bekas tebasan pedang, tusukan lembing dan lemparan panah memenuhi tubuhnya. Pergelangan tangannya putus sebelah. Dikiranya Thalhah sudah gugur, ternyata masih hidup. Karena itulah gelar syahid yang hidup diberikan Rasulullah. "Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah," sabda Rasulullah. Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar, maka beliau selalu menyahut, "Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya. Hingga akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu tak kenal henti. Sebuah sejarah besar diukir, sejarah itu bernama Thalhah bin Ubaidillah."

3. . Thalhah Al-Jaud wal Fayyadh - Pribadi yang Pemurah dan Dermawan

Kemurahan dan kedermawanan Thalhah bin Ubaidillah patut kita contoh dan kita teladani. Dalam hidupnya ia mempunyai tujuan utama yaitu bermurah dalam pengorbanan jiwa. Thalhah merupakan salah seorang dari (8) delapan orang yang pertama masuk Islam, dimana pada saat itu orang bernilai seribu orang. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Janjinya selalu tepat. Ia juga dikenal sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apalagi berkhianat. Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Istrinya bernama Su'da binti Auf. Pada suatu hari istrinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang istri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah mejawab, " Uang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?" Maka istrinya berkata, "Uang yang ada ditanganmu itu bagi-bagikanlah kepada fakir-miskin." Maka dibagi-bagikannyalah seluruh uang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sepeserpun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan uang,sandang dan pangannya." Jaabir bin Abdullah bertutur, " Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta. Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", " Thalhah kebaikan dan kebajikan".

4. Thalhah Al-Khair – Thalhah yang baik

Thalhah adalah pedagang besar. Pada suatu sore hari dia mendapat untung dari Hadhramaut kira-kira 700 000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh istrerinya Ummu Kaltsum binti Abu Bakar Shiddiq, Mengapa Anda gelisah, hai Abu Muhammad, Apa kesalahan kami sehingga Anda gelisah?Jawab Thalhah, Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi ada yang terfikir olehku sejak semalam, seperti biasanya pikiran seseorang tertuju kepada Tuhannya bila dia tidur, sedangkan harta ini bertumpuk di rumahnya.? Jawab isterinya, Ummu Kalthum, Mengapa Anda begitu risau memikirkannya. Bukankah kaum Anda banyak yang membutuhkan pertolongan Anda. Besok pagi bagi-bagikan wang itu kepada mereka.? Kata Thalhah, Rahimakillah. (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu!). Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah.? Pagi-pagi, dimasukkannya wang itu ke dalam pundi-pundi besar dan kecil, lalu dibagi-bagikannya kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan kaum Anshar.
Diceritakanya pula, seorang laki-laki pernah datang kepada Thalhah bin Ubaidillah meminta bantuannya. Hati Thalhah tergugah oleh rasa kasihan terhadap orang itu. Lalu katanya, Aku mempunyai sebidang tanah pemberian Usman bin 'Affan kepadaku, seharga tiga ratus ribu. Jika engkau suka, ambilah tanah itu, atau aku beli kepadamu tiga ratus ribu dirham.? Kata orang itu, Biarlah aku terima uangnya saja.? Thalhah memberikan kepadanya uang sejumlah tiga ratus ribu.

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Thalhah bin Ubaidillah. Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat pemurah. Pada suatu masa beliau berhutang lima puluh ribu dirham daripada sahabat karib Nabi Muhammad yg bernama Usman bin Affan. Buat beberapa lama beliau belum dapat membayar hutangnya itu. Suatu hari Thalhah bin Ubaidillah terserempak dengan Usman bin Affan yg sedang berjalan menuju ke Masjid besar Madinah. "Tuan Usman."kata Thalhah bin Ubaidillah, "sekarang saya sudah mempunyai cukup wang bagi membayar hutang saya." "Saya hadiahkan uang itu kepada saudara, sebab saudara selalu berhutang bagi menanggung keperluan orang-orang lain," Jawab Usman bin Affan.

Wafatnya Thalhah
Talhah bin Ubaidillah meninggal dunia pada tahun 36 Hijrah bersamaan 656 Masehi. Thalhah wafat pada usia 60 (enam puluh) tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basra. Beliau meninggal dunia terkena panah pada peperangan Jamal. Sewaktu terjadi pertempuran "Aljamal", Thalhah (di pihak lain) bertemu dengan Ali Ra dan Ali Ra memperingatkan agar ia mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya maka dia segera dipindahkan ke Basra dan tak berapa lama kemudian karena lukanya yang cukup dalam ia wafat.

Tidak ada kegembiraan paling diharapkan sahabat Rasulullah SAW, melebihi kedudukan yang disandangkan Baginda kepada Thalhah bin Ubaidillah yang tidak hairanlah hatinya tenteram mendengar kata-kata itu. Dialah insan yang akan hidup dan mati termasuk salah seorang mereka yang menepati benar apa dijanjikan Allah, dan dia tidak terkena fitnah dan tidak mendapat kesukaran.

Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat Ra, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan diatas bumi maka lihatlah Thalhah. Hal itu juga dikatakan ALLAH dalam firmanNya : "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH, maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya." (Al-Ahzaab: 23)

Thalhah bin `Ubaidillah (R) is one of the greatest heroes of Islam. All tribes inside and outside of Makkah knew how much he was chaste and pious. When he embraced Islam he was a promising shield that provided protection to so many weak and oppressed families to the extent that he was called by the Prophet (S) - the example of benevolence. He was also given the glad tidings that he would be one of the martyrs and the Prophet's neighbor in Paradise. Thus we can say that this hero of Islam is the example to follow and join the eternal life of happiness

http://images.abufairuz415.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/R6frDQoKCoIAABo278w1/TALHAH%20BIN%20UBAIDILLAH.doc?key=abufairuz415:journal:9&nmid=80701275