Selasa, 15 November 2011

Isi Perbincangan Kuliah Maghrib di Surau al-Ikhwan (14/11/2011)

PERBEZAAN KITA DENGAN PARA SAHABAT

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ

(رواه البخارى فى صحيحه)

Maksudnya: Janganlah kamu mencaci para sahabatku! Sekiranya seorang dari kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, tidak akan sama ganjaran yang dilakukan oleh mereka walau secupak mahupun setengah cupak.

Asbabul Wurud (Sebab dikeluarkan hadis ini):

Hadis ini melarang para sahabat yang terkemudian daripada mencaci para sahabat yang terdahulu memeluk Islam. Ianya menceritakan kisah salah faham yang berlaku di antara ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf dengan Khalid al-Walid radhiallahu ‘anhuma. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf merupakan sahabat Muhajirin yang awal serta termasuk di kalangan 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga. Khalid al-Walid pula merupakan sahabat yang memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyyah, sebelum pembebasan kota suci Mekah.

Menerusi hadis ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang para sahabat yang terkemudian daripada mencaci serta merendahkan para sahabat yang terdahulu daripada mereka. Ini disebabkan golongan yang terkemudian memeluk Islam tidak dapat mengatasi golongan yang terdahulu dari segi amal perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu sekalipun Khalid al-Walid mensedekahkan emas sebesar gunung Uhud, beliau masih belum mampu menandingi perbelanjaan yang dikeluarkan oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf dan orang-orang yang seumpamanya dari kalangan orang-orang Islam yang lebih dahulu memeluk Islam.

Inilah kedudukan para sahabat di antara yang awal dan yang terkemudian. Maka bagaimana pula dengan golongan yang datang selepas daripada mereka (bukan di kalangan para sahabat)? Pasti ukuran dan timbangannya amat jauh daripada dapat mengatasi para sahabat tersebut, sama ada yang awal mahupun yang akhir. Anehnya golongan yang datang selepas mereka sanggup pula merendahkan kedudukan, mencela dan mencaci para sahabat ini radhiallahu 'anhum sejak zaman berzaman.

Taraf Hadis:

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 3470 (Kitab al-Manaqib). Berkenaan kisah yang menyebabkan datangnya hadis ini (Asbab al-Wurud) sebagaimana yang dikemukakan oleh pengarang, rujuk Shahih Muslim – hadis no: 2541 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab larangan mencela para sahabat).

Perbincangan:

Sahabat r.a. merupakan golongan yang diredhai oleh Allah semasa mereka berada di dunia lagi. Rapat dan hampirnya mereka dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka sangat faham tentang agama; merekalah sahabat, merekalah ulamak. Banyak perkara yang amat membezakan kita dengan para sahabat. Berikut merupakan secebis sahaja yang dapat dinukilkan di ruang yang terbatas ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT…

1. Para sahabat pengsan-pengsan ketika mengambil wudhuk kerana terlalu takut dan gentar untuk menghadap Yang Maha Berkuasa. Tapi ada di antara kita buat dek je kan? Bukan saja tak pernah pengsan ketika nak menghadap Ilahi, yang tinggal solat&langsung tak peduli waktu solat pun bersepah-sepah.

2. Solat Saidina Ali r.a. begitu khusyuk sehingga sahabat lain boleh mencabut anak panah yang tertusuk pada belakangnya , begitu juga solat Abbad B. Bisyr -dipanah 3x sehingga tembus badannya tetapi masih meneruskan solat kerana enak&lazat melantunkan ayat2 al-Quran. Tapi kita…? Siap boleh ingat kunci tang mana masa solat…Ingat Bini, Marah nyamuk, Ingat laptop dah tutup ke belum? Soalan SPM siang tadi… Ingat nak main Farm Ville, Joker…

3. Para sahabat berpolitik untuk terapkan 100% hukum-hakam Islam. Tapi ada di antara kita menolak politik dengan alasan politik itu kotor, dan hanya suka iktikaf, zikir, dan membaca al-Quran tanpa menghiraukan pengabaian penerapan hukum-hakam Islam.

4. Para sahabat sibuk berdakwah sana-sini untuk mengembangkan Islam. Tapi ada di antara kita cukup sibuk nak jadi artis. Kononnya ada bakat, dimuatnaik dalam YouTube, facebook, dan sebagainya untuk menggapai populariti sebagai artis. Tak kiralah yang bertudung, lelaki, mahupun perempuan. Ramai sungguh yang suka benar nak jadi artis. Kan?

5. Para sahabat mencari redha Allah dengan meneladani kehidupan Rasulullah SAW (pakaian, cara bjln, cincin, serban,tidur,gelak,ibadah,baca quran, cara makan, perang, memerintah, kehidupan). Tapi, ramai pula di antara kita meniru dan meneladani artis, ahli sukan, tokoh politik dalam kehidupan sehari-harian. Artis/ahli sukan tu pakai itu-ini, buat itu-ini kita nak tiru walau melanggar hukum syarak. Boleh jamin syurga ke?

6. Saidina Umar r.a. sendiri pergi berjalan bersama-sama pembantunya untuk melihat urusan rakyatnya, walaupun pada waktu itu tiada teknologi canggih. Beliau sendiri yang pergi mengambil makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Tapi pemimpin kita hari ini, walaupun teknolgi canggih sudah wujud seperti internet, kereta, telefon, dan sebagainya, urusan ummat tetap tidak terpelihara. Rakyat terus dibiarkan miskin tanpa pembelaan. Mungkin tunggu wartawan bawa kamera kot?

7. Saidina Abu Bakar r.a. menolak jawatan sebagai khalifah ketika ummat memilihnya sebagai pengganti Rasulullah SAW kerana takut memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi ramai pula pemimpin kita hari ini dok sibuk suruh undi depa, tapi bila dah naik takhta, janji ke mana, hukum syarak ke mana…

8. Para sahabat menangis mengenangkan kesalahan-kesalahan mereka. Tapi ada di antara kita menangis kerana pelajar Akademi Fantasia dll tersingkir.

9. Saidina Abu Bakar r.a. merupakan sahabat yang amat lembut. Tetapi beliau sangat bertegas dengan memerangi golongan yang menjadi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Tapi ada tak kita @ pemimpin-pemimpin kita melaungkan seruan jihad (mengikut keupayaan) apabila al-Quran dibakar, Allah dihina, dan Rasulullah SAW dihina, hukum Quran diperlekeh?

10. Para sahabat menggunakan kuasa politik untuk menerapkan 100% hukum syarak. Tapi pemimpin hari ini menggunakan kuasa politik mereka untuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. “Duit Rakyat Didahulukan, Perut Menteri dan Kroni Diutamakan”. Tapi yang sedihnya kita masih menyokong dan mengundi mereka..Katakan "TAK NAK" pada penipuan dan kezaliman.

Kata Imam Syafie: “setiap kali bertambah ilmu aku , makin aku sedar betapa jahil diriku ini”.

#Ingat! sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yg lebih baik. Walaupun sikit-sikit . Allah sentiasa tahu . Allah sayang kita. Selangkah kita dekatkan diri , seribu langkah Allah dekatkan diri dgn kita . InsyaAllah

Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia.”(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi katanya Hadis ini Hasan lagi Soheh- Rujuk Kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi)

ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA…BAGAIMANA KITA????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan