Isnin, 3 Oktober 2011

SIAPA ORANG YANG ZALIM??

rukun.JPG
“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”

Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri. Dia berkata: Saya ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau. Sufyan al Thauri menjawab: Anda bukan golongan penyokong tapi anda adalah daripada golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk... menjahit).

Dalam hadis lain menyebutkan: Siapa yang berjalan bersama orang zalim untuk membantunya, sedangkan dia tahu orang berkenaan adalah orang yang zalim maka dia telah keluar daripada (agama) Islam. (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka adalah): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan