Rabu, 25 Mei 2011

SOLAT (DOA SEBELUM MEMBERI SALAM)

Adakah disunatkan berdoa sebelum memberi salam?

Ya. Disunatkan berdoa –antaranya- dengan doa berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

Dalam riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal”.

(Riwayat Imam Muslim)

Selain doa di atas, doa lain yang pernah dibaca Nabi s.a.w. ialah;

اللَّهمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah. Kurniakanlah keampunan untukku terhadap apa sahaja (dosa) yang telah aku lakukan yang terdahulu dan juga yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan serta apa sahaja perbuatan sia-sia atau melampau yang telah aku lakukan di mana Engkaulah yang lebih tahu tentangnya dari diriku sendiri. Engkaulah Tuhan yang maha dahulu dan yang maha akhir. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja”.

(Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Ali r.a.)

Ciri-ciri Orang Munafik

Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

[Riwayat Ahmad]

Huraian:
Pengajaran Hadith:

i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Selasa, 24 Mei 2011

Biarkan kolam itu sehingga airnya tenang

Di sebuah desa terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu.

Pada suatu hari dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat bayangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Berkocaklah air yang tenang itu dan tentulah wajah comelnya di dalam air pun turut berkocak.

Bukan kepalang marahnya kepada adiknya kerana perbuatan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam, memegang gigi air untuk menghentikan air yang sedang berkocak. Namun gagal.

Dalam keadaan itu, seorang tua melintasi tempat itu. Dia bertanya apa masalah yg dihadapi? Gadis kecil menceritakan apa yang terjadi. Orang tua itu berkata, aku akan beritahu kamu satu-satunya cara untuk menghentikan kocakan air di dalam kolam itu, namun cara itu amat sukar.

Gadis kecil menjawab bahawa dia akan lakukan walaupun sukar atau terpaksa membayar dengan harga yang mahal!

Lantas orang tua berkata:
Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!

Pengajaran: kadang-kadang kita berdepan dengan sesuatu masalah, makin kita cuba untuk menyelesaikannya, makin bertambah kusut. Di sinilah perlunya kesabaran. Tunggu masanya. Insya Allah penyelesaian pasti datang.

Posted by Maznah Daud

ANDA BANYAK MASALAH?

Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?

Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
- Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!

Setelah meneliti wajah lelaki itu, Hakeem berkata:
- Aku ingin bertanya kamu dua soalan. Kamu mesti menjawabnya
- Silakan wahai Hakeem

- Adakah kamu datang ke dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu brsama dengan kamu?
- Tentunya tidak!

- Adakah kamu akan tinggalkan dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu bersama dengan kamu?
- Tentunya tidak!

- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa kamu lahir, dan kamu tidak mahu membawanya bersama ketika kamu mati, maka selayaknya janganlah kamu jadikan masalah ini membenani dirimu. Jadilah kamu seorang yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah dunia. Hendaklah pandanganmu ke langit lebih lama daripada pandanganmu ke bumi, nescaya kamu akan perolehi ap yang kamu cari.

Mendengar nasihat itu, lelaki itupun kembali dengan dada yang lapang,fikiran yang tenang dan hati yang girang sambil kata-kata Hakeem diulang-ulang:
- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa datang, dan kamu tidak akan bawa bersama semasa pulang, maka jangan jadikan ia sebagai beban!

Tambahan beberapa bayt syair karya Imam ash-Shafi’ei:

Biarkan hari-hari berbuat apa yang dia mahu
Tenangkan jiwamu apabila telah berlaku apa yang ditentu
Jangan mengeluh lantaran peristiwa yang berlaku pada malam-malam yang lalu
Kerana segala peristiwa di dunia ini tiada yang akan kekal begitu

Posted by Maznah Daud

Tragedi tanah runtuh menemukan anak dengan ibu


Kuala Lumpur : Kegembiraan Suzana Abdullah, 37, tidak dapat ditunjukkan dengan kata-kata, hanya air mata berlinangan tidak henti-henti.

Beliau sangat bersyukur apabila takdir menemukannya dengan anak kandungnya yang telah berpisah selama 10 tahun. Sehingga anaknya kini , Mohd Aizat Khusyairi Abd Karim telah berusia 13 tahun.

Harapannya sangat besar. Dalam doanya satu hari, satu saat, satu ketika nanti , anaknya pasti dapat didakapnya semula.

Alhamdullilah, Allah telah makbulkan doanya.

Suzana menangis teresak-esak sambil memeluk puteranya Aizat yang nampak terkejut dengan kehadiran ibunya secara tiba-tiba di Hospital Ampang.

Air mata Suzana berlinangan laju apabila bertemu bekas adik iparnya, Noraida Yaacub yang juga penjaga Aizat.

Katanya dengan sayu ,“Saya berpisah dengan Aizat ketika usianya 2 tahun dan abangnya ketika itu berusia 4 tahun, setelah bercerai dengan bapa mereka, Abd Karim. Adik mereka yang bongsu kini berusia 11 tahun di bawah jagaan saya.

“Saya tidak pernah berhenti mencari Aizat dan abangnya,”

Tatkala melihat senarai nama mangsa kejadian tanah runtuh penghuni rumah anak yatim , ternampak nama Aizat yang berbinkan bekas suaminya di media, sebagai salah seorang mangsa kejadian, dia begitu yakin Aizad adalah anaknya.

Dalam linangan air mata Suzana berkata “Saya sangat rindukan Aizat. Setiap saat saya berdoa agar Allah mempertemukan kami semula. Dan akhirnya Allah memakbulkan doa saya.”

Aizat yang pada mulanya terkejut, dengan pelukan yang tiba-tiba dari seorang wanita yang tidak dikenalinya
akhirnya tersentuh juga batinnya.

Setelah diterangkan oleh Noraida dan warden asrama, Siti Fatimah Ibrahim bahawa Suzana adalah ibu kandungnya yang sebenar, Aizat menangis sambil memeluk ibunya dengan penuh kasih sayang.

Dalam hati Suzana tidak pernah berhenti mengharap, agar satu hari nanti akan terkeluar dari mulut Aizat dengan panggilan ibu … memanggilnya .

Gambar semua penghuni Pusat pengajian anak Yatim Hulu Langat sebelum kejadian

Sejukhati bila perhatikan mereka, namun kini sudah tinggal sebahagian saja lagi yg masih ingin bersama untuk meneruskan pengajian nya. Peristiwa tanah runtuh dipusat pengajian mereka, tetap diingati.

Gambar ini di ambil ketika sambutan ‘aidil adha tahun lalu.


Posted by normuhammed

Jumaat, 20 Mei 2011

KANAK-KANAK BERADA DALAM SAF LELAKI DEWASA

Jawapan Mufti Brunei :

KANAK-KANAK BERADA DALAM SAF LELAKI DEWASA

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah mengenai hukum kanak-kanak lelaki yang belum baligh dan belum berkhatan berada di dalam saf orang lelaki dewasa. Adakah kehadiran mereka itu merosakkan saf atau fadhilat sembahyang berjemaah dan adakah boleh dikeluarkan mereka itu dari saf tersebut supaya diisikan tempatnya itu oleh lelaki dewasa?

Dalam kumpulan fatwa Imam Ibnu Hajar, menurut qaul yang muktamad, bahawa kanak-kanak lelaki apabila mereka mendahului orang-orang yang baligh ke saf yang pertama, tiada harus (tidak boleh) bagi orang-orang yang baligh itu mengeluarkan mereka dari saf yang pertama itu, kerana kanak-kanak lelaki itu adalah jenis orang lelaki.

Seterusnya Ibnu Hajar menerangkan bahawa bukanlah maksud kanak-kanak lelaki datang dahulu itu sebagai kehadiran mereka terlebih dahulu ke masjid daripada orang dewasa tetapi maksudnya mereka hanya mendahului pada saf yang pertama sekalipun sebelum didirikan sembahyang. Maka pada ketika itu tidaklah boleh diketepikan kanak-kanak lelaki dari saf mereka untuk diberikan kepada lelaki dewasa.

Daripada perkataan Imam Ibnu Hajar di atas ini, apabila kanak-kanak lelaki datang ke masjid dan dia telah duduk di dalam mana-mana saf sembahyang dengan tujuan hendak sembahyang mengikut imam, sama ada sembahyang Jumaat atau sebagainya, maka orang dewasa tidak boleh mengalih dan mengeluarkan kanak-kanak lelaki tersebut dari saf-saf mereka itu.

Adapun hukum kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan yang tidak diketahui adakah dia membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau tidak, apabila dia berada dalam saf tersebut, adakah ianya merosakkan saf dan adakah sedemikian itu menghilangkan fadhilat pahala berjemaah, berkata Al-Imam Al-Sayyid Abdullah bin Umar bin Abu Bakar bin Yahya di dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin:

Jika ada di dalam saf sesiapa yang tidak sah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lahn (seperti tidak betul bacaan Fatihahnya) atau ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian, maka tiadalah luput fadhilat (tidak hilang kelebihan pahala) berjemaah ke atas orang-orang yang berdiri di belakang mereka, sekalipun lebih jauh saf mereka dari saf orang yang sah sembahyangnya, sekadar boleh muat seorang berdiri pada masalah yang pertama (iaitu ada najis padanya atau ada lahn) dan lebih jauh dari tiga hasta pada masalah yang kedua (iaitu ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian). Kecuali, jika orang-orang yang berada pada saf-saf di belakang itu mengetahui akan batal sembahyang orang yang tersebut itu dan sembahyangnya itu tidak sah pada pendapat ulama yang sah bertaklid padanya dan mereka berkuasa mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka itu dari saf-saf mereka dengan tiada takut (apa-apa kemudaratan) ke atas diri atau harta atau nama (apabila mereka mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka dari saf-saf mereka itu). Kerana fadhilat pahala berjemaah boleh diperolehi dengan mengikut seorang imam yang mana makmum tidak mengetahui imam itu berhadas (padahal dia berhadas). Adalah lebih utama tidak mengetahui akan batal sembahyang orang-orang yang dia tidak ada sangkut paut di antaranya dan di antara orang yang batal sembahyangnya itu, dan kerana berjauh-jauh (dari satu saf kepada satu saf) dengan ada suatu keuzuran seperti panas (seperti di Masjid Al-Haram ada saf jauh-jauh dan putus kerana panas terik matahari pada tempat-tempat lapang), tidak meluputkan fadhilat berjemaah. Maka begitu juga di sini (makmum yang batal sembahyangnya berada dalam saf-saf sembahyang) dan kerana dia berhak di tempat itu dengan sebab dia telah datang dahulu serta taklidnya yang mengatakan sah sembahyang dan begitu juga jika dia tidak bertaklid (kepada mana-mana ulama) di atas asas bahawa orang awam itu tiada mempunyai mazhab.

Maka dari itu diketahui, bahawa barangsiapa telah berada di dalam saf, tidak harus (tidak boleh) diketepikan dia itu dari safnya, melainkan jika diketahui sembahyangnya batal dengan ijma ulama, atau dia beriktikad bahawa sembahyang orang itu rosak ketika dia mengerjakan sembahyangnya itu.

Maka jika didapati kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh bapanya duduk dalam mana-mana saf sembahyang dan tidak diketahui kanak-kanak itu sudah berkhatan atau belum, dan tidak diketahui sama ada dia telah membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau belum, maka menurut pendapat atau fatwa Al-Allamah Al-Sayyid Abdullah bin Yahya yang di atas ini perkara itu tidak meluputkan fadhilat sembahyang berjemaah dan sah sembahyang orang yang berada dekat dengan kanak-kanak itu di dalam saf-saf itu.

Hukum Kanak-Kanak Berada Bersama Saf Dewasa Waktu Solat Berjamaah.

HARUS bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf (orang dewasa), tidak kira samada di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka berada bersama-sama dengan golongan dewasa, sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang Mu'tabar, dalam Mazhab Syafi'iyah seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr Wabbah Az-Zuhaili di dalam 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu' (Jilid 1, Halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan.

Sebagai Dalil, Baginda Nabi Muhammad SAW telah meletakkan Abdullah Abbas di sebelahnya di dalam Solat Berjamaah dan Baginda SAW tidak pernah menempelak, menghalau & menengking anak yang sudah berada di dalam Saf (berada di dalam Saf hadapan, bersama orang dewasa), seperti yang kerap berlaku di kebanyakan Masjid di negara kita ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf yang berlainan (lazimnya di bahagian belakang, agak jauh dari Saf bersama orang dewasa). Apa yang pasti ialah Baginda Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kanak-kanak (anak-anak) mereka berada hampir dan bersama ibubapa atau penjaga mereka, supaya mereka tidak mengganggu Solat Berjamaah yang sedang dilakukan. Perkara ini disebutkan dengan jelas oleh Ulama' Hadis seperti Al-Manawi di dalam 'Faidhil Qadir' dan Az-Zailaghi di dalam 'Nasbur Rayah' (Jilid 2, Halaman 491).

Justeru, pendapat yang mengatakan Solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak (kanak-kanak) yang belum berkhatan di dalam Saf (hadapan, bersama orang dewasa) adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh Ulama' hadis & ramai Ulama' Fiqh daripada kalangan Fuqaha terkenal. Pendapat yang mengatakan Solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama' dari kalangan Hanafiyah dalam 'Raddul Muhtar' tertolak kerana bertentangan dengan Hadis Sahih.
Wallahu'alam...

(Catatan dari Ustaz Aizam, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor. 18hb Jun 2004 / 29 Rabiulakhir 1425).
Dicatat oleh AlifMimYaNun FaAlifDalZaiLamAlifNun
http://aminfadzlan786.blogspot.com/2009/05/hukum-kanak-kanak-berada-bersama-saf.html

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru




Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Rasulullah saw bersabda:

“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
 (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.
 (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)

Jika Kita Merasakan KehebatanNya

Tazkirah Jumaat, tulisan saudara Rosli.


Kehebatan Tuhan itu jauh lebih dari seekor harimau. Jika Allah hendak bertindak ke atas kita, Allah tidak akan bertangguh. Dia boleh buat dalam sekelip mata. Mengapa kita tidak terasa kehebatan Tuhan yang amat jauh lebih hebat dari harimau itu?

Seandainya kita sentiasa merasakan kehebatan Tuhan di dalam hati, dan perasaan bertuhan itu kita bawa ke mana-mana, kita tidak akan makan rasuah, jatuhkan orang lain dan lain-lain. Sebagaimana kalau harimau ada di depan kita, apakah masih sempat untuk bergaduh? Tentu tidak. Segala-galanya hilang, yang ada dalam hati ialah perasaan takut akan ‘kehebatan’ harimau itu.

Mengapa tidak rasakan Tuhan begitu? Tuhan yang nyawa kita kalau Dia tarik satu urat pun, kita sudah tidak mampu hendak hidup. Sebab itulah dikatakan Tuhan itu Maha Besar. Di hari ini, orang yang ikut Islam pun sudah kehilangan Tuhan, sebab itu Tuhan biarkan umat Islam seluruh dunia diratah-ratah oleh musuh. Manusia sudah terlalu longgar hubungannya dengan Tuhan, sekalipun dalam solat. Sedangkan ketika solatlah sepatutnya rasa bertuhan itu benar-benar dihayati dan dirasai.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukup 2 rakaat solat sunat tapi memberi kesan pada peribadi daripada beribu-ribu rakaat tetapi tidak memberi kesan.”

Ketahuilah wahai rakan-rakanku kita sebenarnya memerlukan Allah pada setiap waktu. Allah Ta’ala, adalah Tuhan, Ia segala-galanya. Kalau bukan karena Allah, segala sesuatunya tidak akan ada. Dialah Yang Maha Mengadakan dan Maha Mentiadakan. Allah menciptakan apa saja yang ada di dunia dan akhirat, menjadikan alam yang nyata dan alam yang ghaib, kemudian manusia, haiwan, tumbuhan, dan sebagainya. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, masing-masing memiliki sistem kehidupan nya sendiri. Semua hidup mengikuti peraturan nya masing-masing. Sesiapa saja yang tidak hidup dengan peraturan Tuhan, atau menolak sistem Allah pasti binasa, baik jangka pendek maupun panjang.

Kemudian setelah itu, setiap makhluk ciptaan Tuhan sebenarnya tidak pernah lepas dari kuasaNya, ilmuNya, penglihatanNya, pendengaranNya, dan seterusnya. Jadi walaupun sekecil apapun, tiada satu benda di dunia ini yang berada diluar kuasaNya. Semua ada di dalam genggaman Allah Ta’ala. Sama juga dengan usaha yang dilakukan manusia untuk mencapai sesuatu. Usaha manusia tidak terlepas dari kuasa dan kehendak Allah. Kalau Allah inginkan dia gagal, maka gagal lah dia, meskipun dia telah berusaha sekuat tenaga. Adapun orang yang misalkan Allah inginkan dia berjaya tanpa menempuh sebuah usaha, maka hal itu akan terjadi. Karena kehendak Tuhan itu MUTLAK, tiada siapapun dapat menghalangnya.

Sebenarnya, sifat-sifat Maha Berkuasanya Tuhan yang disebutkan tadi, sudah cukup membuat hati kita gentar. Apakah kita tidak takut dengan kuasa Allah, ketika Allah katakan kita miskin, maka kita akan jadi miskin, kalau Allah katakan kita sengsara, maka sengsaralah kita.. Bukankah hal ini cukup menakutkan? Karena ternyata kita tidak punya kuasa apapun ke atas diri kita sendiri. Bahkan misalkan, kalau Allah mau kita tidak dapat menggerakkan sebelah ibu jari kita, hal itu bisa saja terjadi dengan sangat mudahnya. Itulah kehebatan kuasa Allah Ta’ala. Maha Agungnya Tuhan.

Kita sebagai hambaNya, sehebat, sepintar, sekaya apapun diri kita, kita tetap saja hamba Tuhan. Tugas hamba yang sebenarnya ialah mengabdi dengan Tuannya. Bukankah kita telah berjanji bahwa : “hidupku, matiku dan ibadahku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam?” Inilah ikrar yang kita ucapkan 5 kali dalam sehari, dalam solat kita.

Bagaimanakah pertanggung jawaban kita dengan Tuhan? Kemudian, kita sebagai hamba Allah sifat fitrahnya, adalah sangat perlu dengan Tuhan. Bohong kalau seorang manusia itu tidak perlu dengan Tuhan. Tuhan adalah fitrah, hal yang sudah pasti diperlukan oleh manusia. Bahkan orang yang tidak beribadah kepada Tuhan pun, ketika mereka berada dalam kesusahan yang sudah sangat berat, terdesak, yang mereka ucapkan adalah : Wahai Tuhan, tolong aku! Begitulah fitrah setiap manusia, kita sangat perlu dengan Allah, Tuhan kita.

Semestinya kita perlu dengan Tuhan di dalam setiap keadaan. Ketika sakit, sehat, pandai, bodoh, aman, ramai, di setiap waktu, seharusnya kita sangat perlu dengan Tuhan. Jangan anggap kita bisa hidup sendirian, tanpa manusia lain saja kita tidak sanggup, apalagi dengan Tuhan, hidup pun terasa seperti neraka sebelum neraka di akhirat nanti.

Tapi sayangnya, di akhir zaman ini manusia memerlukan Tuhan secara berkala atau bermusim. Manusia kembali kepada Tuhan ketika dirinya sedang ditimpa kesusahan, penderitaan. Ketika saat-saat seperti itu barulah manusia mengadu pada Tuhan. Ada lagi yang lebih sombong, ketika sudah ditimpa ujian kesusahan pun, ia merasa tetap tidak perlu dengan Tuhan, ia merasa dengan kekuasaan yang ia miliki dapat menyelesaikan penderitaan atau masalah yang menimpa dirinya.. Nauzubillah min zalik.

Posted @ www.isuhangat.net

~ Ulama itu Doktor Jiwa ~

Imam Sufyan al-Thauri RA berkata :

مثل العالم مثل الطبيب, لا يضع الدواء إلا على مو ضع الداء

“Umpama orang alim itu seperti doktor, di mana beliau tidak meletakkan ubat kecuali pada tempat yang sakit”

Perbandingan yang dibuat oleh Imam Sufyan al-Thauri ini jelas menggambarkan kemulian ulama’ yang setaraf dengan tabib. Ini kerana tabib merawat penyakit badan manusia dan ulama’ merawat penyakit hati manusia.

.:: Subhanallah : Baju Nabi Adam a.s setinggi 29 meter


صورة ثوب ابونا آدم عليه السلام
Dicatat oleh Ibnufathani

Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.
طبعًا هذا الثوب من فكرة وإعداد وتصميم وتنفيذ
الشاب السعودي / حمدان بن عوده البحيري المسعودي .
من قرية البدع بمنطقة تبوك وقد ساعده في الخياطة 4 من الخياطين .
ويقول الشاب المذكور أن الفكرة نشأت من قراءته لسيرة سيدنا آدم عليه السلام
وأن طوله كما ورد في الأحاديث 60 ذراعًا .
وإليكم تفاصيل خياطة الثوب …
مدة خياطة هذا الثوب هي 18 يوم
أما عدد طاقات الأقمشة المستخدمة في خياطة هذا الثوب فهي 40 طاقة
 ( لفة كاملة )
و 30 ألف بكرة خيط
أما أطوال الثوب فهي على النحو التالي :
طول الثوب 29 مترًا . وعرض مابين الكتفين 9 أمتار وعرضه من الأسفل 12 متر
وطول الكم 10 أمتار . وقطر الرقبة 6 أمتار ومحيطها 2 متر .
وإليكم الصور التي صورتها هذا اليوم أتمنى أن تنال إعجابكم
أول صورة أثناء عملية الرفع بالونش
Tempoh menjahit 18 hari. panjang 29 meter dan lebar 9 meter


 

 

 

wallahu'alam..

Masjid-Masjid Terapung

Masjid-Masjid Terapung yang indah dan begitu artistik senibinanya

1. Masjid Di Jeddah




2. Masjid Terapung Dubai


3. Masjid Selat Melaka


4. Masjid Tengku Tengah Zaharah, Trengganu


5. Masjid Tanjung Bungah



6. Masjid Raya, Indonesia


7. Masjid Haj Ali, Mumbai , India

Posted @ www.isuhangat.net

SELAMAT HARI GURU

Ibnu Muslim :-Selamat Hari Guru buat semua guruku. Jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.

Sabtu, 14 Mei 2011

MANDI WILADAH

Soalan;
Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Program Tarbiah Membentuk Pemuda Soleh (Cuti Sekolah) -Anjuran Persatuan Pelajar Tuan Guru Hj Salleh Sik -DAFTAR SEGERA!

 
Program Tarbiah Membentuk Remaja Soleh
 
28-29Mei 2011
(Cuti Sekolah)
 
" Cuti Sekolah kali ini jangan buang masa , Jom Mantapkan Aqidah"
 
Di Resort Bendang Man

HIMPUNAN 10 RIBU JENTERA PILIHANRAYA


HIMPUNAN 10 RIBU JENTERA PILIHAN RAYA PEMUDA PAS KELANTAN
(10K Pemuda PAS Kelantan)

:: 20 Mei 2011 (Jumaat)
:: Bermula Jam 3.00 Petang - 11.00 Malam
:: Di Padang Perdana, Kota Bharu
:: Antara Acara Majlis
i) Amanat Pimpinan
ii) Penampilan & Persembahan Istimewa Bob Lokman
iii) Baca Quran Beramai-ramai (100 Kali Khatam)
iv) Solat Hajat

Tolak UMNO! Islam Selamat

HUKUM BEKERJA DI KEDAI / TEMPAT YANG MENJUAL ARAK

Dengan Nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam atas Rasulullah SAW: amma ba’d;

HUKUM MINUM DAN JUAL ARAK
Sesungguhnya keharaman arak, telah dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” (surah Al-Maidah : 90-91)

Sesungguhnya Allah melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak, iaitu berdasarkan kepada Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas;

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها‏

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya” (hadis riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. Telah mensahehkannya oleh Syaikh Albani didalam “saheh Jamik Saghir (2/907))

Dari firman Allah dan Hadis yang tersebut, jelas kepada kita bahawa arak adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

BEKERJA DI PASARAYA /KEDAI YANG ADA MENJUAL ARAK
Fuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

أن للوسائل أحكام المقاصد

Maksudnya;
“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

للوسائل أحكام المقاصد فالوسيلة إلى أفضل المقاصد هي أفضل الوسائل والوسيلة إلى أرذل المقاصد هي أرذل الوسائل

Maksudnya;
“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Sekiranya bank yang mengamalkan system riba adalah sesuatu yang diharamkan, maka semua tindakan kearah memajukan bank tersebut dikira sebagai haram. Seperti orang yang bekerja sebagai akauntannya, scuritinya, juru kira-kiranya dan seterusnya.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال : هم سواء
رواه مسلم

Maksudnya;
“Melaknat oleh Rasulullah SAW akan pemakan riba, pewakilnya, penulisnya dan dua saksinya. Dan berkata: mereka (semuanya) adalah sama (dari segi dosa)” (hadis riwayat Muslim)

Begitujuga, hukum haram kepada orang yang menjual dan bersekongkol dalam memajukan arak.

Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang saheh;

إن الله تعالى حرّم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah ta’ala mengharamkan Jual Arak, bangkai, Khinzir dan Patung berhala” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah Al-Muqaddasi dalam mensyarahkan perkataan Al-Khurqi;

‏وبيع العصير ممن يتخذه خمراً باطل

Maksudnya;
“menjual perahan (anggur atau apa pun) kepada orang yang mengambilnya (untuk dijadikan) arak, adalah batil”

Sebahagian Ulama Syafiiyyah berpendapat, menjual perahan (anggur) kepada orang yang hendak menjadikan arak adalah haram. Tetapi makruh sekiranya disangsikan untuk dijadikan arak.

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah ;

“Begitulah hukum pada tiap-tiap perkara yang diqasadkan kepada yang haram, seperti menjual senjata kepada ahli harb (orang yang mesti diperangi) atau kepada qutta’ at-tariq (perompak tengah jalan), atau pada melakukan perkara fitnah, dan menjual akan alat muzik atau menyewakannya (untuk dijadikan alat melalaikan) atau menyewakan rumahnya untuk menjual arak padanya, atau menyewakan rumah untuk dijadikan gereja atau rumah api (untuk orang majusi) dan yang seumpama dengannya. Maka semua ini adalah haram dan aqadnya juga batal” (Al-Mughni : 4/207)

APA YANG HENDAK DIBUAT DENGAN HARTA HARAM?

Setiap harta yang terhasil dari pekerjaan haram, wajib di bersihkannya dengan di habiskan kepada bentuk kebajikan dan untuk kemaslahatan umum, seperti diberikan kepada fakir miskin, orang yang memerlukan, anak-anak yatim, muassasah kemasyarakatan atau seumpama dengannya.

Tidak harus kepada pemilik harta haram itu membelanjakan harta tersebut untuk dirinya, isterinya dan semua tanggungannya.

Harta haram tersebut tidak boleh dibuang dan dibazirkan, ini kerana perbuatan tersebut dilarang oleh Syarak.

Harta tersebut juga, mesti diambil dari pihak pemberi gaji, ini kerana, sekiranya tidak diambil, pihak ‘pemberi gaji’ akan menggunakan duit tersebut kepada menguatkan lagi usahanya kepada perkara yang haram.(lihat ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab “Fatawa Maasarah” (1/606))

Maka dengan demikian, duit yang terhasil dari perkara haram, adalah haram bagi diri pekerja dan diri ‘pemberi gaji’. Oleh itu, wajib kepada pekerja mengambil duit tersebut dan diberikan kepada tempat-tempat kebajikan, seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

KESIMPULAN
Ingatlah sabda Rasulullah SAW dari hadis yang diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir RA;

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه

Maksudnya;
“Halal itu jelas dan haram itu jelas. Dan diantara kedua-duanya adalah perkara yang kesamaran. Barangsiapa yang takut (menjauhi) perkara syubhat (kesamaran), maka sesungguhnya dia telah membersihkan bagi agamanya dan maruahnya” (muttafaqun Alaih)


Kepada sesiapa yang mempunyai kawan yang masih lagi bekerja di tempat-tempat yang bergelumang dengan perkara haram, wajib kepadanya menasihati kawan-kawannya itu agar mencari rezki dan bekerja di tempat yang lain.

Pesanlah kepada mereka dengan firman Allah;

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang takutkan Allah, nescaya Allah jadikannya jalan keluar dan merezkikannya dari sudut yang tidak disangka-sangka. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka itu memadainya. Sesungguhnya Allah menyampaikan urusannya, sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap perkara dalam keadaan berkuasa” (surah At-Talaq : 2-3)

Begitujuga, firman Allah lagi

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan kepadanya dari urusannya menjadi mudah” (surah At-Talaq : 4)

Wallahu A’lam

One_G
Laptopdarulfiqh

Isnin, 9 Mei 2011

Biar Orang Cina Pimpin Islam


Biar Orang Cina Pimpin Islam
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagi orang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu. Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.


Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkan itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakan sama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

JOM BACA BUKU NI...

ANDA JUGA BLH DENGAR PENJELASAN YG MENAKJUBKAN MENGENAI BUKU NI DARIPADA PENULISNYA SENDIRI..LAWATI (SILA KLIK):


Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.


Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).

"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)










Gambar oleh Afendy Latif

Ahad, 8 Mei 2011

Siapa sangka Sultan dan Menteri Besar boleh makan macam nih



Ada orang umno yang geleng kepala bila sultan makan cara zuhud ini , Sultan dan MB pakai garpu asli

Gambar ketika Tok Guru dan Sultan Kelantan menjamah hidangan ketika menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh pada 22 April 2011. KDYMM Sultan Muhammad keV telah berangkat menyempurnakan perasmian itu

KELANTAN Miliki Kedua-duanya, Menteri Besar Yang Paling Zuhud Dan Sultan Yang Paling Zuhud...

DOA INDAH UTK IBUBAPA&KAUM MUSLIMIN

Bismillahirrahmanirrahim

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab
(hari kiamat)”

Sabtu, 7 Mei 2011

Fatwa: Hukum Merayakan Hari Ibu

Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?

Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.

Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.

Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Sumber:
http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uQ3lCv

AL-AHKAM.NET

Jumaat, 6 Mei 2011

Hukum Caj Untuk Pancing Ikan

SoalanSalam, apa pendapat Ustaz tentang kaedah operasi kolam pancing yang mengenakan caj berdasarkan masa? Adakah pemancing dikira berjudi? Terima kasih.
-Soalan melalui system 33221-

Jawapan
Dari kefahaman saya, tindakan pemilik kolam dan pemancing tadi adalah halal menurut Islam. Tiada unsur judi terlibat dalam hal ini.

Jumlah caj berdasarkan masa adalah ia adalah sah di sisi Islam, oleh yang demikian, ia dikira telah menggunakan aqad " al-Ijarah" atau sewaan berdasarkan masa. Sebagai contoh, penggunaan bagi satu jam untuk memancing, cajnya adalah sebanyak RM 10. Jumlah caj ini juga tidak berkaitan dengan kemungkinan si pemancing mendapat ikan atau tidak. Justeru, ia adalah halal kerana bukanlah bertujuan bertaruh untuk mendapat ikan sebanyak mungkin.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
22 Julai 2007

Hukum Peraduan Power Root

Salam,

saya musykil dengan peraduan power root seperti yg dapat dilihat di kaca tv. dgn ganjaran wang tunai berjuta ringgit.

apakah hukumnya seseorang yang membeli pelbagai produk power root dlm jumlah yg besar dgn harapan agar mendapat ganjaran yang ditawarkan.

jkk

JAWAPAN:
DARIPADA: PANEL FIQH AL-AHKAM.NET

Assalamualaikum,

Bentuk hadiah atau ganjaran yang dijalankan oleh syarikat power root ialah syarikat tersebut meletakkan hadiah berbentuk wang (sijil premium antaranya bernilai RM 1 juta) pada sesetengah tin minumannya sahaja. Tujuannya hanyalah satu iaitu menarik lebih ramai pelanggan supaya membeli produk mereka.

Dari segi takhrij fiqhi (penyesuaian bentuk transaksi demikian dengan muamalat dalm fiqh) boleh kita katakan bahawa jenis hadiah atau ganjaran wang yang ditawarkan ialah berbentuk hibah.

Natijah daripada takhrij fiqhi ini, maka hukum hibah ini adalah HARAM kerana :

1. Termasuk dalam al-maysir dan al-gharar. Al-Maysir ialah perjudian yang diharamkan oleh Allah Taala. Hal ini kerana pembeli produk tersebut membelanjakan wang ringgitnya untuk membeli produk sedemikian berada dalam dua keadaan, :
- sama ada boleh mendapat hadiah sjil premium tersebut maka ia mendapat untung lebih, dan
- boleh jadi ia tidak akan mendapat hadiah berkenaan maka ia akan rugi.

Kekeliruan yang timbul :
Mungkin ada yang mengatakan bentuk urusniaga seperti ini tidak termasuk dalam al-maysir (judi). Ini kerana pembeli mungkin akan mendapat untung jika mendapat hadiah dan produk, dan mungkin juga ia masih selamat (walaupun tidak dapat untung) kerana ini mendapat produk yang dibeli.

JAWAPAN PERSOALAN DIATAS:
 Kita tidak menerima kekeliruan berkenaan, kerana kebiasaan atau ghalibnya, orang yang membeli produk ini, yang utama bagi mereka ialah menghendaki hadiah wang tersebut. Terutamanya hadiah wang ringgit itu sangat lumayan. Maka pembeli berada dalam keadaan :

- sama ada untung; atau
- rugi

Hal ini kerana realitinya, kehilangan hadiah tersebut adalah satu kerugian sekalipun ia mendapat sebahagian matlamat pembeliannya (iaitu barangan).

Namun, katakan kita menerima bahawa ia bukan termasuk dalam al-maysir. Tetapi ia masih dalam salah satu antara tiga sebab mengapa diharamkan :
1) Penyerupaan dengan al-maysir.

2) Keharusan bentuk urusniaga seperti ini merupakan zari’ah (jalan) kepada terjatuh dalam al-maysir. Dari segi kaedah usuliyyah mesti ditutup jalan tersebut (sad al-zari’ah).

3) Jual beli ini termasuk dalam bay al-gharar. Pembeli tidak mengetahui apakah yang akan diperolehi selepas transaksi yang dijalankan. Adakah barangan sahaja atau barangan dan hadiah wang sekaligus? Ini serupa dengan bay al-hasat, al-mulamasah, al-munabazah yang dilarang.

Selain itu, bentuk hadiah seperti ini juga menyebabkan ramai manusia akan tertipu dengan membeli barangan lebih daripada keperluan dan hajat mereka. Tujuannya semata-mata kerana ingin memenangi hadiah wang ringgit tersebut. Maka ini tidak diharuskan kerana wujud elemen taghrir atau penipuan terhadap orang ramai. Ia juga mengandungi unsur pembaziran yang melampaui batas dan mensia-siakan hartabenda.

Nasihat kami, tidak perlu lah menyertai peraduan seperti ini.

Wallahualam

RUJUKAN :

Al-Hawafiz al-Tijariyyah al-Taswiqiyyah oleh Sheikh Khalid bin Abdullah al-Muslih

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=38281

Imam Wajib Memahami Hak Makmum

Kemusykilan Agama

Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

SOALAN
ADAKAH dibolehkan makmum membaca surah al-Fatihah sebelum imam habis membaca surah al-Fatihah tersebut? Ini kerana kebiasaannya apabila makmum membaca surah al-Fatihan selepas imam tamat membaca surah tersebut menyebabkan makmum tidak sempat untuk menghabiskan bacaan untuk rukuk bersama-sama dengan iman. Oleh itu, apa perlu dilakukan dan apakah hukumnya?

JAWAPAN
Adab menjadi imam ialah memahami hak makmum dalam solat. Dalam Mazhab al-Syafie imam hendaklah memberi sedikit masa kepada makmum selepas membaca surah al-Fatihah untuk membolehkan makmum membacanya. Ini kerana solat tidak sah jika tidak membaca surah al-Fatihah.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya al-Fatihah”. (Ibn Hibban).

Dalam riwayat yang lain Baginda bersabda yang bermaksud: “… sessungguhnya aku dapati kalian membaca di belakang imam? Sahabat menjawab : Ya Rasulullah kami membaca, lantaran Baginda bersabda: Jangan kalian lakukan yang demikian melainkan kamu boleh membaca surah al-Fatihah”. (Ibn Abdul Bir, hadis sahih, sanad yang bersambung).

Seperti soalan yang dikemukakan di atas jelas imam tidak memahami hak makmum. Ini menyebabkan perjalanan solat berjemaah tidak teratur, kerana imamnya sempat membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas, manakala makmum tidak sempat habis. Makmum akan berada dalam keadaan yang serba salah sebab pertamanya makmum tidak boleh sama sekali membaca bersama atau mendahului imam dalam bacaan.

Maksudnya makmum wajib mendengar dan menghayati surah al-Fatihah yang dibaca oleh imam. Setelah imam selesai barulah makmum boleh membaca surah al-Fatihah. Sekiranya imam tidak memberi ruang untuk makmum membaca surah al-Fatihah malahan terus membaca surah al-Ikhlas, maka bila masanya makmum akan membaca surah al-Fatihah?

Sedangkan makmum tidak boleh membaca apa-apa sekiranya imam sedang membaca. Namun makmum perlu membaca al-Fatihah walaupun imam sedang membaca surah al-Ikhlas. Imam wajib memahami hak makmum.

SOALAN
Apakah hukum membaca surah al-Fatihah dengan satu nafas sahaja tanpa berhenti?

JAWAPAN
Harus membaca surah al-Fatihah dengan satu nafas. Bacaan seperti ini dikira bacaan wasal antara ayat dengan ayat yang berikutnya. Ulama yang pakar dalam bacaan al-Quran mengharuskannya. Namun membaca surah al-Fatihah dengan satu nafas ada syarat-syaratnya. Jika syarat-syaratnya dipenuhi bacaannya sah dan jika dibaca dalam solat dengan satu nafas, solatnya juga sah.

Syaratnya ialah;

*Memahami makna wasal (bacaan sambung antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya)
*Memahami makna wakaf (bacaan yang diberhentikan terutamanya di hujung ayat)
*Memelihara hukum tajwid hukum tanwin dan nun mati, hukum mim *Memelihara panjang pendek
*Memelihara fasahah, makraj huruf dan sifat huruf.

Persoalan yang timbul adalah adakah orang membaca surah al-Fatihah dengan satu nafas?

Kalau ada cukup luar biasa, terutamanya nafas yang cukup panjang. Secara normal bila seseorang membaca surah al-Fatihah dengan wakaf pada setiap penghujung ayatnya akan mengambil masa lebih kurang hampir satu minit. Jika baca sambung mungkin juga tak sampai setengah minit. Seterusnya kita ditegah daripada membaca al-Quran dengan bacaan yang laju, sehingga tidak cukup harakat panjang pendek atau tidak cukup kadar harakat bagi gunnahnya. Sebenarnya orang yang membaca al-Quran dengan kadar cepat berkemungkinan melanggar hukum-hukum tajwid.

Falsafah solat adalah demi menghayati solat dari mula hingga akhirnya. Ini termasuklah menghayati bacaan dalam solat. Bacaan yang laju tidak dapat dihayati maknanya. Selalu disebut contohilah bacaan syeikh-syeikh Arab yang muktabar dalam bacaan al-Quran. Perlu diingat bahawa setiap ayat daripada surah al-Fatihah bila wakaf padanya maka akan dipuji oleh Allah s.w.t. Ini jelas dalam tafsir Ibn Kathir menyebut yang bermaksud: “Selepas membaca al-Hamdulillahi rabbil alamin, Allah akan menjawab: Sesungguhnya hambaku telah memuji aku…begitulah Allah s.w.t. akan menyebut-nyebut akan hamba yang memujinya, apatah lagi surah al-Fatihah sarat dengan doa dan harapan (Ibn Kathir, jld:1, hlm:43).

Justeru itu, yang afdalnya ialah membaca surah al-Fatihah dengan wakaf pada setiap penghujung ayatnya, wakaf di penghujung ayat juga dikenali dengan wakaf tam (berhenti kerana sempurna maknanya). (Husniy Syeikh Uthman, Haqq al-Tilawah, hlm:48-49)

Wakaf ini adalah mengikut cara al-Quran diturunkan, bermaksud ketika Jibril menyampaikan al-Quran, Jibril berhenti di situ. Maka penghujung ayat itu diberi tanda wakaf. Berdasarkan wakaf itu jugalah ayat-ayat itu dikira. Sebab itulah setiap kali Jibril wakaf pada ayat, bermaksud makna bagi ayat itu sempurna. Adapun wakaf Jibril lain perbincangannya. Perlu ingat juga tidak semestinya ayat pertama dengan ayat kedua membincangkan topik yang sama. Kadang-kadang berlaku perubahan topik dalam satu surah walaupun ayatnya berurutan. Ini tidak bermaksud topiknya berurutan. Bukan sahaja surah al-Fatihah malahan surah-surah yang lain juga adalah lebih baik dibaca dengan wakaf di penghujungnya, melainkan ayat-ayat daripada beberapa surah yang tertentu.

SOALAN
Jika seseorang makmum yang sembahyang berjemaah membaca dalam sembahyang dengan suara perlahan akan menimbulkan keraguan kepadanya sama ada bacaannya itu sampai makhraj atau tidak, betul atau salah. Dengan itu dia membacanya dengan suara yang agak tinggi. Apakah bacaannya akan menimbulkan gangguan kepada makmum yang lain? Jika mengganggu apa hukumnya?

JAWAPAN
Bacaan orang yang solat berjemaah kadarnya hanya didengari oleh telinganya sahaja. Jika lebih kuat daripada itu boleh mengganggu orang lain atau mengganggu jemaah di sebelahnya. Mengganggu orang makmum yang lain dengan menguatkan bacaan hukumnya makruh.

Saudara tidak perlu risau, baca perlahan atau baca kuat tiada kaitannya dengan betul atau salah makhraj seseorang. Ramai yang baca kuat tetapi makhraj masih salah, dan tidak semestinya yang baca kuat itu betul makrajnya. Dan tidak pula orang yang membaca perlahan salah makhrajnya Ketepatan makhraj adalah berdasarkan kepada ilmu, seseorang itu mesti tahu di mana tempat keluarnya huruf qaf, mim, kho dan sebagainya daripada huruf-huruf hijaiyyah. Bila kita pasti makrajnya dan tepat maka kita baca perlahan pun sah, kerana makhrajnya kena pada tempatnya. Janganlah sampai demi mencari kesempurnaan solat kita, kita mengganggu solat orang lain.

http://grenbara.bravejournal.com/entry/49258

BERSENTUHAN ANAK ZINA DAN BAPA ZINANYA

Soalan; Salam ustaz. Saya musykil tentang hukum wudhu.
1.Apabila bersentuh kulit antara bapa dengan anak perempuan(anak luar nikah).

2.Kalau anak luar nikah itu lelaki adakah sah wudhu ibunya jika bersentuhan dengan anak itu.

Dari yang saya tahu batal jika bersentuh bapa dr benih anak luar nikah dengan anak perempuan wlaupun itu anak itu dari benih nya. Tetapi adakah di kira anak susuan jika selepas berkahwin bayi itu telah di beri susu badan dr isterinya(ibu anak tersebut).Yang saya tahu tidak batal jika bersentuhan dengan anak susuan. Kerana haram bernikah. Harap ustaz dapat menjawab soalan saya untuk pengetahuan lagi.

Jawapan;

1. Anak luar nikah adalah mahram bagi sebelah ibunya kerana itu antara dia dan ibunya (begitu juga dengan datuk, nenek, bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara dari sebelah ibu) harus bersentuhan, berduaan dan membuka aurat yang diharuskan di hadapan mahram. Adapun bagi sebelah bapa zinanya, ia bukan mahram kerana tiada hubungan nasab antara mereka berdua yang diakui Syariat, maka antara anak zina dan bapa zinanya (serta kaum keluarga dari sebelah bapa zinanya) sama seperti ajnabi yang lain.

2. Apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, setelah mensetubuhi wanita itu, haram ia mengahwini anak perempuan isterinya buat selamanya. Maka anak perempuan isterinya itu (yakni anak tirinya) telah menjadi mahramnya dan tertakluk denagn hukum mahram tadi.

3. Bagi seorang lelaki, anak susuannya hanya akan timbul jika isterinya menyusui seorang bayi dari susu yang datang dari kelahiran anak hasil perkongsian dengannya melalui akad nikah yang sah. Sebagai contoh; Ali berkahwin dengan Fatimah dan mendapat anak bernama Usman. Ali dan Fatimah kemudian mengambil seorang bayi bernama Faiz dan disusui oleh Fatimah. Maka Faiz adalah anak susuan Ali (di samping anak susuan Fatimah) kerana Fatimah menyusuinya dengan susu yang datang dari kelahiran anak Ali (iaitu Usman) melalui akad yang sah. Adapun jika Fatimah menyusui seorang Bayi, kemudian setelah itu ia berkahwin dengan Ali, bayi itu menjadi anak tiri susuan bagi Ali. Menurut jumhur, anak tiri kerana susuan juga merupakan mahram sama seperti anak tiri kerana nasab (yakni nasab antara anak dengan isterinya). Namun dalam kes di atas, tidak timbul anak tiri susuan kerana bayi yang disusui oleh wanita yang dizinai itu bukanlah bayi orang lain tetapi bayinya sendiri. Jadi yang betulnya ialah apabila seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya, anak wanita itu akan menjadi anak tirinya dari segi hukum Syariat (walaupun anak itu dari benihnya).

Merujuk kepada soalan tadi, kesimpulan yang dapat kita buat ialah;
1. Antara anak zina dan bapa zinanya tiada hubungan mahram, maka apabila bersentuhan batal wudhuk menurut mazhab Syafiie.
2. Anak zina adalah mahram kepada ibunya dan kepada keluarga sebelah ibunya (yakni datuk sebelah ibu, nenek sebelah ibu, bapa/ibu saudara sebelah ibu dan sebagainya) kerana hubungan rahim. Oleh demikian, tidak batal wudhuk apabila bersentuhan dengan ibu atau mana-mana mahram wanita sebelah ibu.
3. Apabila seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang dizinainya, anak wanita itu adalah anak tirinya dan hubungan antara bapa tiri dan anak tiri adalah hubungan mahram apabila si ibu telah disetubuhi selepas perkahwinan. Oleh itu, tidak batal wudhuk apabila bapa tiri bersalaman dengan anak tirinya.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Sabar Hadapi Ujian Dunia Tidak Lama

Persoalan Agama:Bersama Ustaz Zahazan Mohamedbminggu@bharian.com.my
Umat yang tenang menghadapi setiap musibah, ujian-Nya dijanjikan pahala di akhirat

MAKSUD sabar adalah menahan diri daripada sesuatu yang sukar. Sabar terpuji yang dituntut oleh Islam ialah sabar dalam mentaati Allah SWT, sabar dalam meninggalkan larangan-Nya serta sabar dalam musibah yang ditakdirkan. Banyak ayat al-Quran berbicara mengenai sabar. Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raajiun adalah ucapan istirja ketika ditimpa musibah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita: Pada suatu hari, selepas menemui Rasulullah SAW, Abu Salamah mendatangiku, lalu beliau menceritakan bahawa beliau telah mendengar ucapan Rasulullah SAW yang membuat aku merasa senang.

Baginda bersabda: Tidak ada seorang daripada kaum muslimin yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun, lalu ia berdoa, Allahumma jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan. Ummu Salamah berkata: Kemudian aku menghafal doa darinya itu. Ketika Abu Salamah wafat, maka aku pun mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raajiun dan berdoa: Allahumma jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha. Kemudian aku berkata kepada diriku sendiri: Dari mana aku akan memperoleh orang yang lebih baik dari Ummu Salamah? Selepas masa iddahku berakhir, Rasulullah SAW meminta izin kepadaku. Ketika itu, aku sedang menyamak kulit milikku lalu aku menyuci tanganku dari qaraz (daun yang digunakan untuk menyamak). Lalu kuizinkan Baginda masuk dan kusiapkan untuknya bantal tempat duduk yang berisi sabut.

Maka Baginda duduk di atasnya. Lalu Baginda menyampaikan lamaran kepadaku. Selepas Baginda berbicara, aku berkata: Ya Rasulullah, keadaanku akan membuatmu tak berminat. Aku ini seorang wanita yang sangat cemburu, maka aku takut engkau mendapatkan dari diriku sesuatu yang kerananya Allah akan mengazabku, sementara aku sendiri sudah tua dan mempunyai banyak anak. Maka Baginda bersabda (yang bermaksud): Adapun kecemburuanmu yang engkau sebutkan, maka semoga Allah SWT menghilangkan darimu. Dan usia tua yang engkau sebutkan, maka aku pun mengalami apa yang engkau alami. Dan keluarga yang engkau sebutkan itu, maka sesungguhnya keluargamu adalah keluargaku juga.

Maka Ummu Salamah menyerahkan diri kepada Rasulullah SAW dan kemudian Baginda menikahinya. Selepas itu Ummu Salamah pun berkata: Allah memberi ganti kepadaku yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW.

Begitu juga sabar dalam melaksanakan ketaatan serta meninggalkan pelbagai hal yang diharamkan dan perbuatan dosa sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 45 (yang bermaksud): Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Manusia paling sabar adalah Nabi sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Masud ra, beliau berkata: Seakan-akan saya masih melihat Rasulullah SAW sewaktu menceritakan seorang dari nabi-nabi ketika dipukul oleh kaumnya sehingga berlumuran darah dan ia mengusap darah dari mukanya sambil berdoa: Wahai Allah, ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Kepada saudara yang bertanya, sabar dengan ujian kehidupan dunia bukanlah satu tempoh yang lama kerana pahala dijanjikan Allah sangat besar sebagaimana firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 10, bermaksud: Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Wallahua'lam