Khamis, 31 Mac 2011

TERKINI: TARIAN POCO-POCO HARAM - FATWA NEGERI PERAK

Perak haramkan tarian poco-poco
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. [
kosmo.com.my]

Renungan Buat Semua Insan Yang Dahagakan Keinsafan

Ketika mana kamu dilahirkan maka kamu diazan tanpa sembahyang.
Ketika mana kamu mati maka kamu disembahyangkan tanpa azan.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapakah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Ketika mana kamu mati kamu tidak tahu siapakah yang membawa kamu di atas bahunya untuk dibawa ke kubur.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu dimandikan dan dibersihkan.
Ketika mana kamu mati kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika mana kamu dilahirkan ibu bapa dan keluarga gembira  dengan kehadiranmu.
Ketika mana kamu mati ibu bapa dan keluarga berduka dengan pemergianmu.

Ketika mana kamu dijadikan maka kamu dijadikan daripada tanah.
Ketika mana kamu mati maka kamu masuk kubur yang juga daripada tanah.

Ketika mana kamu berada di dalam perut ibumu kamu berada dalam keadaan sempit dan gelap.
Ketika mana kamu berada di dalam kubur kamu juga berada dalam keadaan sempit dan gelap.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu ditutupi dengan kain kapas (lampin).
Ketika mana kamu mati maka kamu juga ditutupi dengan kain kapas ( Kafan )

Ketika mana kamu dilahirkan ramai yang bertanya tentang kecantikan dan kebaikan kamu.
Ketika mana kamu mati maka Allah bertanyakan kamu tentang amalan solehmu

Ketika mana kamu dilahirkan maka kamu diazan tanpa sembahyang.
Ketika mana kamu mati maka kamu disembahyangkan tanpa azan.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapakah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Ketika mana kamu mati kamu tidak tahu siapakah yang membawa kamu di atas bahunya untuk dibawa ke kubur.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu dimandikan dan dibersihkan.
Ketika mana kamu mati kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika mana kamu dilahirkan ibu bapa dan keluarga gembira dengan kehadiranmu.
Ketika mana kamu mati ibu bapa dan keluarga berduka dengan pemergianmu.

Ketika mana kamu dijadikan maka kamu dijadikan daripada tanah.
Ketika mana kamu mati maka kamu masuk kubur yang juga daripada tanah.

Ketika mana kamu berada di dalam perut ibumu kamu berada dalam keadaan sempit dan gelap.
Ketika mana kamu berada di dalam kubur kamu juga berada dalam keadaan sempit dan gelap.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu ditutupi dengan kain kapas (lampin).
Ketika mana kamu mati maka kamu juga ditutupi dengan kain kapas ( Kafan )

Ketika mana kamu dilahirkan ramai yang bertanya tentang kecantikan dan kebaikan kamu.
Ketika mana kamu mati maka Allah bertanyakan kamu tentang amalan solehmu.

Kata-Kata Hikmah

Posted by saidi


Kata-Kata Imam Al-Ghazali:

* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )


Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.

Perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:

* Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ibu bapa.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah.

Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:

* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )

Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:

* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil

Isnin, 28 Mac 2011

Gurauan kekasih

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”

Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad Ahmad

Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Posted by Maznah Daud

Video seks – angkara siapa?

Kebanyakan warga dunia, khususnya Negara kita yang tercinta Malaysia tentu sudah mengetahui tentang video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.

Beberapa persoalan timbul mengenai video tersebut:

1. Ada vedio pastinya ada pihak yang merakam. Siapa dan untuk apa dia rakam? Orang yang merakam kemungkinan besar berada di tempat kejadian. Seorang makhluk yang bernama Shazryl Eskay Abdullah mengakui bahawa dia pun ada dalam rakaman video tersebut (pada awal klip video) – (Utusan Malaysia, Khamis 24.03.11 bersamaan 19 R.Akhir 1432, muka hadapan). Kenapa dia berada di situ? Adakah dia datang untuk mencegah maksiat itu? Atau untuk merakam? Atau membekalkan pelacur kepada pelanggan? Atau secara kebetulan? Atau untuk mengintip rahsia orang?

2. Kalau secara kebetulan dia terserempak dengan orang yang sedang berzina, maka dia wajib mencegah sebagaimana diperintahkan oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong Hadis yang sangat masyhur bermaksud: “Siapa di antara kamu yang melihat satu kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangan. Kalau tidak berkuasa dengan tangan, cegahlah dengan perkataan. Dan kalau tidak berkuasa dengan perkataan, cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.” Sahih Muslim. Adakah dia telah mencegah dan menasihati kedua-dua pelaku itu?

3. Kalau dia datang untuk mengintip dan mencari rahsia orang, maka dia telah melanggar satu larangan Allah di dalam al-Quran (namanya menunjukkan dia seorang muslim. Dan muslim wajib patuh kepada al-Quran). Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-hujurat:12). Dan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu menjejaki keaiban manusia, kamu telah benar-benar memusnahkan mereka atau hampir-hampir memusnahkan mereak!” Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’iy.

4. Kalau dia mengetahui tentang perbuatan zina yang amat keji itu dan mempunyai saksi yang cukup syarat seramai empat (4) orang, maka mereka hendaklah membawa kes itu ke mahkamah, bukan menghebohkan di media. Kalau tidak ada saksi yang cukup syarat, maka dia wajib menutup mulut (setelah menasihati pelaku) dan tidak menceritakannya kepada sesiapapun. Menghebahkan jenayah zina tanpa saksi yang cukup syarat, maka orang yang menghebahkan itu telah melakukan satu jenayah yang dinamakan qazaf. Hukuman qazaf dinyatakan di dalam al-Quran bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (An-Nur:4). Muslim sepatutnya menutup keaiban saudaranya, bukan mendedahkan. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seolah-olah dia telah menghidupkan seorang bayi yang telah ditanam hidup-hidup dari dalam kuburnya!” Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan an-Nasa’iy. Dan orang yang suka keburukan itu tersebar, apa lagi sengaja menyebarkan kemungkaran dalam kalangan masyarakat, diancam oleh Allah dengan siksa yang amat dahsyat. Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (An-Nur:19)

5. Pihak yang mendedahkan video yang jijik itu mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman video itu. Menurut hukum Islam, pihak yang dituduh melakukan zina itulah yang harus mengeheret penuduh-penuduh itu ke mahkamah, dan makhkamah wajib meminta mereka mengemukakan saksi-saksi yang cukup syarat dan bukti-bukti yang boleh diterima bagi membuktikan dakwaan mereka. Inilah yang menepati saranan Nabi s.a.w. dan diamalkan oleh sahabat radhiallahu’anhum dan diperakui di dalam kitab-kitab fiqh, iaitu keterangan adalah bebanan ke atas orang yang mendakwa dan sumpah ke atas orang yang didakwa.

6. Semua pihak yang tidak terlibat dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa mungkar itu hendaklah berhenti daripada memperkatakannya, terutamanya pihak media. Medialah sebenarnya perantara atau menyebar kemungkaran itu. Kalau bukan media yang menyiarkan, tentunya kita semua tidak mengetahuinya.

Pesanan: yang membaca tulisan ini, tolong sebarkan sehingga sampai kepada pihak yang terlibat agar mereka insaf dan muhasabah diri, takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla Yang Maha Perkasa.

Posted by Maznah Daud

MENGUBAH RAMBUT

Soalan; apa hukum jika kaum wanita membuat rambut seperti rebonding, kerinting kan rambut mereka atau membuat treament rambut kaum hawa sendiri saya ada mendengar yang kesemua itu ada lah haram saya ingin megetahui nya kesahihan nya.

Jawapan;
Mengubah rambut sama ada meluruskannya, mengkerintingkannya dan merawatnya (penanaman rambut atau sebagainya) hukumnya harus dengan syarat-syarat berikut;

1. Tidak menggunakan bahan-bahan yang haram dan najis seperti lemak babi dan sebagainya.

2. Bahan yang digunakan tidak memudaratkan rambut atau badan.
3. Dengan tujuan yang harus; seperti berhias untuk suami, untuk merapikan rambut dan sebagainya. Adapun untuk didedahkan kepada orang lain yang bukan mahram atau untuk meniru gaya rambut orang kafir atau orang fasik, diharamkan kerana tujuan yang dilarang itu. Begitu juga, diharamkan orang lelaki meniru gaya rambut perempuan dan perempuan meniru gaya rambut lelaki.

4. Orang yang menjalankan khidmat mengubah rambut itu hendaklah perempuan juga. Tidak harus dilakukan oleh lelaki yang bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Ma’qal bin Yasar –radhiyallahi ‘anhu-. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Keharusan tersebut adalah kerana tiada dalil yang melarangnya. Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal keduniaan hukum asal bagi segala perbuatan dan perlakuan manusia adalah harus selama tidak ada ada nas Syariat (iaitu ayat al-Quran atau hadis Nabi) yang melarangnya.

Mungkin kita akan berkata; Tidakkah perbuatan tersebut termasuk dalam pengertian mengubah ciptaan Allah? Jawapan kita; Tidak semua pengubahan dapat dianggap mengubah ciptaan Allah yang diharamkan. Sebagai contohnya; mewarnakan rambut. Mewarnakan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah pengubahan iaitu mengubah warna rambut yang putih –sebagai contoh- kepada warna lain dari putih dengan menggunakan inai atau bahan lain. Walaupun berlaku pengubahan, namun ia diharuskan oleh Nabi dalam hadisnya. Hanya mewarnakan rambut dengan warna hitam sahaja yang dilarang. Nabi pernah berkata kepada Abi Qahafah (bapa Saidina Abu Bakar) yang datang kepada Nabi dengan rambut dan janggut yang telah memutih (kerana uban); “Ubahlah warna rambut dan janggut kamu itu dengan sesuatu, akan tetapi jauhilah warna hitam” (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Menurut mazhab kami (yakni mazhab Syafiie); Digalakkan lelaki dan wanita yang telah beruban untuk mewarnakan uban mereka warna kuning atau merah, dan diharamkan dengan warna hitam mengikut pandangan yang paling benar (al-asah)” (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Menginai jari-jari tangan dan kuku, bercelak mata, berkhitan semua itu juga menyebabkan perubahan pada tubuh, namun ia diharuskan atau diwajibkan (bagi berkhatan).

Jadi semata-mata berlaku perubahan, belumlah dapat dihukum sebagai haram sehinggalah terdapat factor-faktor lain yang dilarang/diharamkan oleh Syariat, antaranya;

1. Perubahan itu telah jelas dilarang oleh Syariat seperti yang disebut oleh hadis tadi iaitu; membuat tatu, mencabut kening atau menipiskannya, menjarakkan gigi, menyambung rambut dan mencukur rambut di sebelah kepala sahaja. Ibnu Mas’ud menceritakan; “Rasulullah –sallallahu alaihi wasallam- melaknat wanita yang membuat tatu dan yang minta dibuat tatu, wanita yang meminta dicukur/dicabut keningnya dan wanita yang menjarangkan giginya untuk tujuan kecantikan serta mengubah ciptaan Allah” (Soheh al-Bukhari dan Soheh Muslim). Dari Jabir yang menceritakan; “Rasulullah melarang wanita menyambung rambutnya dengan sesuatu” (HR Imam Muslim). Ibnu Umar menceritakan; “Rasulullah melarang dari al-Qaza’ iaitulah mencukur rambut kanak-kanak di sebahagian kepala sahaja dan meninggalkannya di sebahagian lagi” (HR Imam Bukhari dan Muslim).

2. Mendatangkan mudarat kepada tubuh. Firman Allah (bermaksud); “Janganlah kamu mendedahkan diri kamu kepada kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

3. Berlaku pendedahan aurat dan tabarruj (iaitu mendedahkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya didedahkan termasuk rambut, dan membangkitkan ghairah orang lain kepada zina). Firman Allah (bermaksud); “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)
4. Berlebihan (membazir masa dan wang). Firman Allah (bermaksud); ““…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan….”. (al-A’raf, ayat 31-32).

5. Dengan tujuan berbangga-bangga. Firman Allah (bermaksud); “Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. (al-Hadid: 23)

6. Meniru gaya orang kafir atau orang fasik. Sabda Nabi; “Sesiapa meniru satu kaum, maka ia dari kalangan mereka” (HR Abu Daud dari Ibnu Umar).

7. Lelaki meniru gaya perempuan dan sebaliknya. Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (HR Imam Bukhari)

8. Bertujuan menipu orang lain seperti orang yang bersolek untuk kelihatan muda supaya pinangannya diterima. Berkata Imam al-Khattabi; “Wanita-wanita yang menyambung rambut (yang dilarang dalam hadis) ialah mereka yang menyambung rambut mereka dengan rambut yang diambil dari wanita lain dengan tujuan supaya rambut mereka kelihatan panjang. Maka itu adalah tipuan dan pemalsuan, kerana itu ia ditegah. Adapun menyambung dengan Qaramil (satu bahan/benda kelihatan seperti rambut, namun bukan rambut), ia dibenarkan oleh ulamak kerana tidak berlaku penipuan padanya kerana orang yang melihat kepadanya tidak meragu bahawa ia bukanlah rambut” (Ma’alim as-Sunan).

Sebahagian ulamak menambah; mengubah ciptaan Allah yang dilarang oleh agama ialah yang bersifat kekal. Adapun yang tidak kekal seperti bercelak, mewarnakan rambut dan sebagainya, ia adalah harus. (Lihat; Tafsir al-Qurtubi (Surah an-Nisa’, ayat 119), Nailul-Autar (jil. 6, kitab al-Walimah…, bab Ma Yukrahu min Tazayyun an-Nisa’…). Namun sebahagian ulamak yang lain menjawab; jika kekal atau tidak kekal menjadi factor larangan atau keharusan perubahan, bagaimana pula dengan mencabut bulu kening (atau menipiskannya)? Ia bukanlah perubahan yang kekal (kerana bulu kening itu akan tumbuh kembali), namun dalam pada itu Syariat telah mengharamkannya dalam hadis tadi. Oleh itu, yang tepatnya ialah dengan kembali kepada prinsip asal tadi iaitu ia adalah harus selagi tidak melanggar larangan Syariat yang disenaraikan tadi atau larangan-larangan lain yang bersabit dengan nas yang soheh.

Untuk tambahan, sila baca jawapan sebelum ini; “
Hukum kerinting rambut dan mewarnakannya” dalam blog ini juga.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 14, kitab al-Libas Wa az-Zinah, bab Istihbab Khadhab as-Syaibi…
2. Tafsir al-Qurtubi, surah an-Nisa’, ayat 119.
3. Tafsir at-Thabari, surah an-Nisa’, ayat 119.
4. Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, jil. 6, kitab al-Walimah…, bab Ma Yukrahu min Tazayyun an-Nisa’…
5. Ad-Dhawabit as-Syar’iyyah Lil-‘Amaliyaat at-Tajmiliyah, Dr. Hani bin Abdullah bin Muhammad al-Jubair.
6. Fatwa dalam laman al-Syabakah al-Islamiyah (islamweb.net), no. 102055.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Perkiraan mendapat rakaat solat Jumaat


Assalamualaikum ustaz,
Bagaimana caranya kita nak sembahyang Jumaat sekiranya kita terkemudian dari Imam. (datang lewat).

i. Imam dah habis rakaat pertama.
ii. Imam masuk rakaat ke 2 eg duduk tahyat. Terima kasih

Jawapan:

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:

Solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki, baligh, berakal dan bermastautin. Di sisi Islam hari Jumaat juga disebut sebagai “سيد الأيام”. Sehubungan itu, Muslim dituntut menggiatkan amalannya pada malam dan hari jumaat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, beristigfar termasuklah bersegera ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Jumaat. Namun soalan yang diajukan berkaitan bagaimanakah sekiranya berlaku kelewatan dan hanya sempat bertahiyyat akhir bersama imam.

Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a baginda saw bersabda:

Maksudnya: “ Sesiapa yang memperolehi satu rakaat sesungguhnya ia memperolehi kesemuanya” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dalam hadith yang lain, baginda saw bersabda:

Maksudnya: “ sesiapa yang memeprolehi satu rakaat daripada solat jumaat, maka lengkapkan rakaatnya dan sempurnalah sembahyangnya”(Riwayat al-Nasa`I, Ibn Majah dan Darulqutni).

Berasaskan dalil-dalil di atas, jelas menunujukkan bahawa seseorang itu perlu menambah satu rakaat sahaja lagi sekiranya ia sempat memperolehi satu rakaat bersamaan imam. Sekiranya seseorang ia hanya sempat bersama imam selepas daripada ruku` pada rakaat kedua hendaklah ia melengkapkan empat rakaat seperti sembahyang zohor tanpa memerlukan niat yang baru. Inilah pendapat kebanyakan sahabat seperti Ibn Mas`ud, Ibn Umar dan juga imam mazhab al-Syafi`I, al-Maliki dan al-Hanbali. Abi Syuja` di dalam teksnya menyatakan

“من أدرك ركوع الثانية أدرك الجمعة فيصلي بعد سلام الإمام ركعة وإن أدركه بعده فاتته فيتم بعد سلامه ظهرا أربعا”

Maksudnya : Sesiapa yang sempat rukuk kedua ia telah memperolehi jumaat maka hendaklah ia sembahyang satu rakaat lagi selepas imam memberi salam, dan jia ia hanya sempat selepas daripada itu maka luputlah daripadanya (jumaat),hendaklah ia menyempurnakanya empat rakaat zohor selepas imam memberi salam

Sekalipun begitu, ada kalangan ulama yang berpendapat mereka yang sempat solat bersama imam, ia telah memperolehi Jumaat, maka baginya perlu melengkapkan dua rakaat sahaja sebagaimana solat jumaat. Pendapat ini dipelopori oleh Imam al-Hanafi.

والله أعلم بالصواب
Rujukan;
1.Muhgni al-Muhtaj, jld.1
2.Al-Fiqh al- Manhaji, jlid.1
3.Fiqh al-Sunnah, jld.1
4.Subulul al-Salam, jld.2

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS

Selasa, 22 Mac 2011

Pendapat ulama terhadap Rasm Uthmani

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr(al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (al-Hijr: 9)

Ulama menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.

Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.

Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW.

Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.

Bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn Hambal menjelaskan haram menyalahi rasm al-Quran walaupun pada alif atau wau.

Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah pengawasan Rasulullah SAW bukan mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap perkataan al-Quran.

Proses penulisan di hadapan Rasulullah SAW dan dibaca semula selepas menulis adalah bukti ia adalah tauqifi.

Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat.

Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati rasm mushaf.

Menepati rasm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan, qiraat tersebut ditolak dan tidak dibenarkan membacanya dalam sembahyang.

Sheikh Ali Dabba’ melalui kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenarai lebih daripada 10 pandangan ulama bahawa wajib menulis al-Quran dengan rasm Uthmani.

Antaranya adalah pendapat al-Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus mengikuti selain Rasm Uthmani, jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahan bacaan jika ditulis dengan Rasm Uthmani atau memberi alasan-alasan yang lain.

Ini semua adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui Rasm Uthmani, wajib kepada mereka mempelajarinya sebelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu sesungguhnya telah menyalahi ijmak.

Hukumnya telah diketahui dan segala alasan tidak menggunakan Rasm Uthmani adalah tertolak kerana menyalahi ijmak. Kerosakan sebegini telah menyerap di kalangan umat Islam sekarang ini, justeru hendaklah menjaganya untuk maslahah diri dan umat
http://darululumonline.wordpress.com

Majlis akad nikah di masjid perlu jaga adab, pelihara kehormatan

Sweileh, Jordan

Soalan:

SAYA perlukan penjelasan berhubung perkara ini. Saya mendengar kenyataan seorang bergelar imam (tok kadi) sewaktu menghadiri majlis akad nikah. Menurut pandangannya, adalah tidak sesuai majlis akad dilakukan di masjid berdasarkan kenyataan termasuk:

1. Nabi tidak pernah melakukannya (menikahkan sahabat dalam masjid)1. Nabi tidak pernah melakukannya (menikahkan sahabat dalam masjid)

2. Majlis akad nikah perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika berada di dalam masjid:
a) Mendirikan solat sunat masjid.

b) Bersih daripada hadas besar dan kecil (berwuduk) bagi semua hadirin.

c) Memasang niat iktikaf di masjid.
Berdasarkan perkara itu maka imam atau tok kadi menyatakan ketegasannya bahawa bernikah di masjid tidak sesuai dan lebih baik di rumah saja. Bagaimana pula pandangan ustaz?

Jawapan:

ALHAMDULILLAH, wassholatu wassalam ‘ala rasulillah, waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat-17 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat itu), maka adalah diharapkan mereka menjadi sebahagian golongan yang mendapat petunjuk”.

Apabila disebut larangan, ada dua macam. Pertama makruh iaitu orang yang meninggalkannya mendapat pahala, manakala orang yang mengerjakannya tidak mendapat apa-apa. Kedua, haram iaitu orang yang meninggalkannya mendapat pahala dan orang yang mengerjakannya mendapat dosa atau siksa.

Hakikatnya, tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang melarang untuk menjalankan akad nikah di masjid. Akad nikah adalah termasuk perkara ibadat. Justeru, ia sesuai juga diadakan di masjid. Mudah-mudahan bertambah keberkatan dengan memulakan sesuatu kebaikan di tempat yang paling baik dan mulia.

Bagaimanapun, perlulah dijaga adab apabila berada dalam masjid agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara. Antara adabnya iaitu berada dalam keadaan menutup aurat, menghormati orang lain yang melakukan solat atau membaca al-Quran, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan membuat bising sehingga menghilangkan kehormatan masjid dan sebagainya. Apabila masuk masjid, bacalah doa-doa ketika masuk masjid.

Antaranya : A’uzhu billahil ‘azhimi wabiwajhihil karim wasulthanil qadiim minas syaithanir Rajim. (Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan Dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan Kekuasaan-Nya yang berkekalan daripada syaitan yang direjam).

Selain itu, disunatkan juga bagi orang yang memasuki masjid untuk berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Wallahua’lam.

Terkini! Ulasan Ustaz Azhar Idrus Berkaitan Isu Nikah Di Masjid

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Nikah di Masjid Tidak Salah

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah..
...
siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata iana adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam

Samakan Nikah Di Masjid Seperti Kristian: Menyimpang Daripada Ajaran Islam

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam.

Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid.

“Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid.

“Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilaporkan berkata, Nabi Muhammad pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid.

“Kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan pandangan Ahmad Jusoh itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya kenyataan Jabatan Mufti Negeri.

“Jabatan Mufti Negeri mengambil pendirian tiada larangan untuk bernikah di masjid dan sesebuah perkahwinan itu sah apabila ia mengikut rukun nikah.

“Tak kisah la, orang itu bernikah secara maya atau di rumah, selagi mereka ikut turutan rukun nikah maka perkahwinan itu sah di sisi agama Islam,” katanya.

Juanda berkata, Ahmad Jusoh juga telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dan menerangkan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu atas kapasiti beliau sebagai pengerusi jawatankuasa masjid dan bukannya anggota Majlis Fatwa Perlis mahupun ahli MAIPs.

Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengesahkan bahawa Jabatan Mufti Negeri tidak pernah mengeluarkan larangan mengadakan upacara akad nikah di mana-mana masjid di negeri itu.

“Di zaman Rasulullah SAW pun ada majlis akad nikah yang diadakan di masjid, memang tak ada larangan.

“Cuma yang tidak dibenarkan adalah jadikan masjid seperti tempat pemujaan yang meniru Yahudi dan Kristian,” katanya.
--------------------------------------------------
'Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi'

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama

Isnin, 21 Mac 2011

Doa Pelindung Dari Fitnah Dajjal

(Ketika Tashahhud Akhir)

"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal". (Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)”.
(Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari


Siapa dajjal itu tidak berapa penting untuk kita ketahui, tetapi kewajipan untuk berlindung dari fitnah dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat abu daud dan ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah?.

bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya....kemungkinan akan murtad...Nauzubillah.....

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Jika salah seorang di antaramu telah selesai membaca tasyahud akhir, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, dengan membaca:


ruminya : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal

ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal

Semoga kita semua terlepas dari fitnah dajjal.....

url:
http://web.sahabathijjaz.net.my/viewtopic.php?printertopic=1&t=360&start

Posted by Shah

Doa Pelindung dari fitnah Dajjal

Tajuk yang insyaallah akan di kuliahkan pada malam ni 21 Mac 2011 di Surau al-Ikhwan Kembojasari Bdr Sg Buaya Rawang selepas Maghrib...

(Surah Al-Kahfi : ayat 1 hingga 10)

Drpd Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu Berkata Nabi saw;"
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dr surah Al-Kahfi dipelihara dan di selamatkanya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi'i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi). Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Pada lafadz Tirmidzi: "Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." Dia berkata: "Hadits hasan."

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal."

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal."

Pada hadits yang marfu' dari Ali bin Abi Thalib:

"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum'at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya." (Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)

url :

Posted by Shah
http://ekomp.blogspot.com/2005/12/keutamaan-hari-jumat-hari-jumat-adalah.html

Fadhilat Majlis Ilmu


 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. mempunyai malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir. Sebaik saja mereka menjumpainya, mereka duduk bersama dengan orang-orang yang berzikir itu serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang mengelilingi majlis zikir itu dengan sayap-sayapnya sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Lalu mereka ditanya oleh RabbNya (Dia Maha Mengetahui), "Apa yang dikatakan oleh hamba-hamba-Ku?" Para malaikat menjawab, "Mereka menyucikan dan mengagungkan Engkau, memuji dan memuliakan Engkau."

Allah berfirman, "Apakah mereka melihat-Ku?" Para malaikat menjawab, "Tidak, demi Allah, mereka tidak melihat-Mu." Allah berfirman, "Bagaimana kalau mereka melihat Aku?" Para malaikat berkata, "Kalau mereka melihat-Mu, tentunya ibadah mereka akan bertambah, tambah menyucikan dan memuliakan Engkau."

Allah s.w.t. berfirman, "Apa yang mereka minta?" Para malaikat berkata, "Mereka memohon surga kepada-Mu." Allah berfirman, "Apakah mereka pernah melihatnya?" Para malaikat berkata, "Tidak, demi Allah, mereka tidak pernah melihatnya." Allah s.w.t. berfirman, "Bagaimana kalau mereka melihatnya?" Para malaikat berkata, "Kalau mereka melihatnya, niscaya mereka akan semakin berhasrat serta tamak dalam memohon dan memintanya."

Allah s.w.t. berfirman, "Pada apa mereka memohon perlindungan?" Para malaikat berkata, "Mereka memohon perlindungan dari neraka-Mu." Allah s.w.t. berfirman, "Apakah mereka pernah melihatnya?" Para malaikat berkata, "Kalau mereka melihatnya, niscaya mereka akan semakin berlari menjauhinya dan semakin takut." Allah s.w.t. berfirman, "Kalian Aku jadikan saksi bahawa Aku telah mengampuni mereka."

Salah seorang dari malaikat itu berkata, "Di dalam kelompok mereka terdapat si Fulan yang bukan bagian dari mereka. Ia datang ke sana hanya untuk suatu keperluan." Allah s.w.t. berfirman, "Anggota majlis itu tidak menyengsarakan orang yang duduk bergabung dalam majlis mereka."

Hukum Lelaki Berinai

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:

Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.

Rujukan: Majmuk oleh Imam Nawawi dan Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahab...
Posted by akhisalman

Ucapan takziah..

Nabi bersabda kepada utusan anak pempuan Nabi yg menyampaikan berita kematian anaknya(cucu nabi):Pulang kepadanya dan bagitau sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaannya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kpd Allah.(Bukhari Muslim)

Nabi bersabda:

Sesiapa yg memberi takziah kepada org yg ditimpa musibah maka dia dapat pahala yg sama dgnnya.(HR Tirmizi)

Nabi bersabda:Tidak ada hamba mukmin yg mentakziah saudaranya terhadap satu musibah yg menimpanya melainkan Allah memakaikannya pakaian kemuliaan pd hari kiamat.(Ibnu Majah)

Memberi takziah adalah disunatkan kpd org yg ditimpa musibah. Kebanyakan ulama menghadkan tiga hari masa utk mengucapkan takziah dan makruh jika lebih dr itu.

Imam Haramain ada menghikayat satu pendapat yg mengatakan tidak ada had masa utk mengucapkan takziah. Ianya berpanjangan.

Sunnat takziah kepada org Islam atau yg kafir. Berila doa dan ucapan yg sesuai kpdnya.

Sumber rujukan: Majmuk oleh Nawawi dan Matjar Rabih oleh ad-Dimyati.

Posted by akhisalman

Rabu, 16 Mac 2011

TAZKIRAH PROF ABDUL RASHID SAID ASGAR : USIA 40 TAHUN

Oleh : Aburedza


Prof. Abdul Rashid Said Asgar

Dalam memperkatakan tentang motivasi kepada sikap kawan dan teman , semasa sembang-sembang santai setelah selesai solat Asar kelmarin Prof Rashid membaca sepotong ayat yang menarik :

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya :

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (QS al Ahkaf : 15 )

Satu ayat yang sangat baik yang mengandungi doa tanda kesyukuran. Allah menyebut pada umur 40 tahun, mengapa Allah memilih umur 40 tahun ? Demikian persoalan Prof Rashid yang ditinggalkan untuk saya fikirkan.

Saya kemudian memerhatikan huraian Maulana Abdullah Yusof Ali dalam terjemahan Al Quranya menyebut …..setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya ( ashudd) dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun …. Peringkat ashudd dianggapkan antara umur 18 dan 30 atau 32 tahun. Antara umur 30 – 40 tahun sesaorang itu berada pada tahap puncak kelakiannya. Selepas umur itu beliau melihat kepada zuriatnya yang sedang membesar, dan memang tepatlah ia menyerahkan keturunan muda yang baru itu kepada Tuhan. Selepas 40 tahun mungkin pula keupayan kerohaniannya akan meningkat.

Ustaz Zahazan Mohamed dalam bukunya 101 Doa dari al Quran memetik dari tafsir ayat 15 surah al ah Kaf oleh al Imam al Baghawi mengatakan ayat ini menceritakan kelebihan Abu Bakar r.a. Beliau merupakan sahabat karib Nabi s.a.w. sejak berusia 18 tahun. Semasa Muhammad s.a.w menjadi Nabi , usia Abu Bakar r.a ialah 38 tahun. Berkat usahanya berdakwah pada umurnya sekitar 40 tahun beliau berjaya mengislamkan ayah, ibu dan anak-anaknya. Ayat ini mengajar kita cara untuk bersyukur kepada Allah.

Ustaz Zahazan Mohamed menambah kita juga wajar mengamalkan doa ini sebagai tanda bersyukur atas nikmat iman dan Islam yang turut dinikmati keluarga kita.

Membaca doa kesyukuran dari ayat di atas yang di titipkan oleh Prof Rashid , saya teringat pula kepada doa nabi Sulaiman a.s pada ayat 19 surah an Naml :

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya :

“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”.

Pemurnian Sejarah: Peperangan Jamal

Oleh : Dakwahmtaq
Perang Jamal telah berlaku di antara dua pasukan tentera kaum Muslimin. Pasukan pertama telah diketuai oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Radhiallahu ‘Anhu dan pasukan kedua pula telah diketuai oleh Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Setelah terjadinya peperangan tersebut, sebahagian umat Islam mula memberikan pelbagai-bagai sangkaan terhadap apa yang telah berlaku di antara Amirul Mukminin dan Ummul Mukminin. Ada di antara mereka yang menyokong Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sambil memburuk-burukkan Ummul Mukminin ‘Aisyah dan begitulah sebaliknya. Umat Islam kembali mengalami perpecahan kerana kebingungan masing-masing.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka sehingga menyebabkan berlakunya peperangan ini? Jadi pihak kami (Badan Dakwah dan Kepimpinan 2006) telah mengambil inisiatif membalas dan menjelaskan segala tohmahan dan kekeliruan yang telah dilemparkan kepada Sahabat Nabi S.A.W sebagaimana sabda baginda :

“Janganlah kamu mencerca para sahabatku…” dan

firman Allah S.W.T :

“…Sesungguhnya Allah telah REDHA kepada mereka (Muhajirin dan Ansar) dan mereka juga telah redha kepada-Nya…” (Surah At-Taubah : ayat 100).

PEMBERONTAKAN UMMUL MUKMININ KEPADA AMIRUL MUKMININ?

Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib? Perang Jamal bermula apabila ‘Aisyah, Thalhah dan Az-Zubair Radhiallahu ‘Anhum serta orang-orang yang bersama dengan mereka telah pergi ke Basrah. Mereka mula bertolak apabila mendengar pengangkatan Ali bin Abi talib sebagai Amirul Mukminin yang baru selepas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu dibunuh atas sebab fitnah yang telah dilemparkan oleh pemberontak-pemberontakan. Pemberontak-pemberontak tersebut tidak lain adalah golongan mereka yang telah memendamkan perasaan dendam dan dengki terhadap Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu. Melihatkan pemergian tersebut, Amirul Mukminin Ali juga mengambil inisiatif untuk pergi ke Basrah bersama dengan pasukannya. Apabila menghampiri kota Basrah, kedua-dua pasukan Muslimin ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang telah dinamai dengan peperangan Jamal. Ia telah dinamakan dengan sedemikian adalah kerana, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha ketika itu sedang berada di atas unta (Jamal).

Dalam peristiwa tersebut telah timbul kepada sekalian umat Islam dua persoalan. Yang pertama : kenapakah Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha dan pasukannya bertolak menuju ke kota Basrah? Yang kedua ialah : Kenapakah kedua-dua pasukan tersebut bertembung dan berperang di antara satu sama lain?

Bagi menjawab soalan pertama orang mula memberikan pendapat mereka masing-masing dan daripada pendapat-pendapat yang serong inilah terjadinya perpecahan yang amat besar kepada umat Islam.

Di antara pendapat-pendapat tersebut ialah, ada yang berkata mereka (‘Aisyah dan pasukannya) keluar kerana mereka ingin melucutkan Amirul Mukminin Ali daripada jawatannya, ada yang berkata mereka keluar kerana kebencian mereka terhadap Ali, dan ada juga yang berkata mereka keluar kerana ingin menyatu padukan umat Islam selepas perpecahan yang berlaku semasa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan. Dalam hal ini, Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah telah berkata :

“Dan adapun (pemergian ke Basrah) Ummul Mukminin (‘Aisyah), Az-Zubair dan Thalhah Radhiallahu ‘Anhum berserta orang-orang yang bersama dengan mereka tidaklah mereka sedikitpun ingin membatalkan kekhalifahan Ali (Radhiallahu ‘Anhu), mereka tidak (juga) mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau (Ali Radhiallahu ‘Anhu) daripada jawatan tersebut, tidak juga bertujuan mengangkat khalifah yang baru yang lain dan tidak memperbaharui bai’ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa dengan apa cara jua.

Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai’h daripadanya…yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain (adalah) untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu.” [al-fishal fi al-milal wa al-ahwa’ wa al-nihal, (ditahqiq oleh Ahmad Syams Ad-Din; Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Beirut, 1996), jilid 3, ms.83]

Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita semua jawapan kenapakah Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha berserta pasukannya pergi ke kota Basrah. Cubalah berfikir secara positif, manakah mungkin mereka yang telah diredhai oleh Allah S.W.T melakukan perkara yang ditegahnya iaitu memutuskan silatur rahim. Mereka juga adalah orang yang selalu berada di sisi Rasulullah S.A.W, mengikuti sunnah baginda, berhijrah bersama baginda, berperang bersama baginda dalam setiap peperangan yang baginda lalui dan memberikan janji taat setia (bai’ah) kepada baginda di bawah pokok. Di bawah ini akan dijelaskan kenapakah peperangan tersebut boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang telah dijanjikan syurga oleh Tuhan Sekalian Alam.

KENAPAKAH BERLAKUNYA PEPERANGAN JAMAL?

Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah berkata lagi, pasukan Ali (Radhiallahu ‘Anhu) turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan ‘Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan (kembali) umat Islam (di bawah satu panji) dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Uthman (Radhiallahu ‘Anhu). [Al-Fishal, jilid 3, ms. 83]

Akan tetapi pada waktu yang sama terdapat sebahagian daripada pemberontak-pemberontak pada zaman Uthman yang menyelimutkan diri mereka di dalam kalangan umat Islam telah melihat rombongan pasukan ‘Aisyah pergi ke Basrah. Mereka mula menyalakan kembali api fitnah bahawa pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada khalifah Ali. Namun, apabila mereka mendapat pengetahuan bahawa pasukan ‘Aisyah dan pasukan Ali telah bersatu mereka merasa amat bimbang dan cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam tidak berada di bawah satu pemerintahan tentulah mereka akan terselamat daripada segala tindakan. Sebaliknya jika umat Islam kembali bersatu, mereka pasti akan dihukum oleh kesatuan umat Islam tersebut.

Oleh kerana itulah mereka cuba memikirkan bagaimanakah caranya untuk memecahkan kembali kesatuan pasukan Ali dan pasukan ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anhuma. Akhirnya mereka telah mengeluarkan satu pendapat dan akhirnya ia terlaksana dengan berlakunya peperangan Jamal. Sejarah hitam itu bermula pada awal pagi ketika mentari masih lagi belum memancarkan cahayanya, pasukan pemberontak mula menyerang pasukan ‘Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, masing-masing menjadi kelam kabut dalam suasana yang gelap gelita. Pasukan ‘Aisya mula menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan untuk mempertahankan diri, mereka mengangkat senjata dan membalas serangan yang telah dilakukan oleh pasukan pemberontak kepada pasukan Ali (kerana sangkaan mereka pasukan Ali yang menyerang). Pasukan Ali pula menyangka pasukan ‘Aisyah telah memberontak dan menyerang mereka. Dengan itu, mereka juga turut menyerang balas serangan yang dilakukan sebagai tindakan untuk mempertahankan diri mereka. Tanpa disangka dan diduga, berlakulah peperangan Jamal sekalipun kedua-dua belah pihak tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengadakan peperangan. Dalam hal ini Al-Imam Ibnu Kathir memperincikannya dan ditulis di dalam kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah :

“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega (kerana persatuan tersebut)… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi, pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mencetuskan peperangan pada pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbitnya fajar, jumlah mereka menghampiri 1000 orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan ‘Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan ‘Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata : “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”

Mereka (pasukan ‘Aisyah) menyangka bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana huru hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan ‘Aisyah) menyerang kita!”

Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan (memakai) baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi.”

[al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 7, ms. 227]

Pada waktu perang sedang berlangsung, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha sedang berada di atas pelana untanya. ‘Aisyah tidak ikut berperang dan juga tidak mengarah sesiapa berperang. Ini telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah. Beliau mengatakan bahawa Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha tidak diperangi dan tidak juga melibatkan dirinya dalam peperangan. Beliau menjangkakan pemergiannya ke Basrah terdapat kemaslahatan kepada umat Islam tetapi ternyata meninggalkan pemergiannya tersebut adalah lebih baik. Maka setelah itu apabila beliau mengingat kembali pemergiannya beliau akan menangis sehingga tangisan itu membasahi kain tudungnya.

Dengan penelitian yang telah dilakukan oleh para ilmuan Ahl Sunnah Wal Jamaah jelaslah bahawa ini bukanlah satu peperangan yang telah dirancang oleh kedua-dua pihak. Sesungguhnya janganlah kita mengatakan sesuatu yang buruk kepada para ahli syurga kerana kita sendiri belum mengetahui adakah kita termasuk dalam kalangan mereka (ahli syurga). Jika kita mendengar sebarang keburukan mereka maka diamkanlah dan sebutkanlah kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga segala usaha kita memperbaikkan nama mereka di pandangan masyarakat akan mendapat ganjarannya daripada Allah S.W.T

Sumber :
http://dakwahmtaq.wordpress.com/2008/08/28/peperangan-jamal/

PENDIRIAN MUAWIYAH DI SEBALIK PERANG SIFFIN

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Dalam artikel Zainab bin Ali, Saksi Peristiwa Karbala ( Majalah i , Jun 2005 ) disebut bahawa:

“Zainab juga telah menyaksikan pertempuran demi pertempuran yang terpaksa ditempuh oleh ayahnya dalam menentang kaum pemberontak yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan seperti pertempuran di Siffin…”

Di atas adalah juga sejarah versi syi’ah yang amat masyhur. Perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abu Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh? Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibu bapa yang menamakan anaknya “Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10]. Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah, Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah: “Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah Al-Ahadits Al-Shahihah (Maktabah Al-Ma’arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924 bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu ‘anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qu’ran dan surat-surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang lain . Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no:3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali.

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh dibunuh , Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai’ah oleh sebahagian umat islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai’ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah menghendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas pembunuh Usman. Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai’ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai’ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah-belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai’ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutan beliau agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak kea rah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-duanya adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?
Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai’ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“…lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

…Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada Al-‘Awashim min Al-Qawashiam, ms. 166 & 168]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh: “Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.” Di dalam Perang Siffin, ‘Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan ‘Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagi pemberontak. Sebabnya:

Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan ‘Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf Al-Azhar Al-Mutanatsirah fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh Al-Imam As-Suyuthi (911H) (Al-Maktab Al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.

Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti ‘Ammar dan orang yang lebih utama daripada ‘Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

…..Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin.
Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti Muawiyah berada di pihak yang (seratus peratus) benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai’ah ‘Ali, sebaliknya membai’ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau cara terbaik untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang ….. yang benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Kepentingan Solat Berjamaah

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak minta ustaz terangkan sedikit berkenaan pernyataan dibawah iaitu:

“Kesimpulannya, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama.

Dan berkenaan hadis Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah.

Jawapan:
Mengikut kebanyakan fuqaha’, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah.

Sementara Imam al-Nawawi daripada kalangan ulama Syafie mengatakan solat jamaah Fardu kifayah kepada lelaki yang bermukim tidak musafir, kecuali solat Jumaat ia adalah fardu ain. Hukum Fardu kifayah itu berdasarkan hadis;

: ما من ثلاثة في قرية ولا بدو لا تقام فيهم الصلاة، إلا قد استحوذ عليهم الشيطان، عليك بالجماعة، فإنما يأخذ الذئب من الغنم القاصية

Terjemahan:
Setiap tiga orang yang berada di kampung atau kawasan yang tidak melaksanakan solat (berjamaah) syaitan akan mengalahkan (menguasai dan mempengaruhi) mereka. Hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala akan mengambil kambing yang bersendirian.

Kewajipan itu bagi menzahirkan syiar jamaah di dalam sesuatu kampung atau kawasan.

Adapun Mazhab Hanbali mengatakan solat berjamaah adalah Fadu Ain.

Berkenaan dengan hadis mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah adalah satu peringatan dan amaran, kerana telah ijmak larangan membakar orang Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w hanya orang munafik sahaja yang tidak berjamaah bersama Rasulullah s.a.w.

Hal ini menunjukkan kepentingan solat berjemaah wajib didirikan dalam sesuatu kawasan bagi menzahirkan syiar Islam. Kewajipan itu ditanggung secara berkelompok. Jika tidak dilaksanakan semua mereka berdosa.

Rujukan;

1) Dr Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh.
2) Al-Iqna`
3) Islamonline

Disediakan oleh:
Ustaz Razali Musa
Ahli Panel MUIS

Khitan anak lelaki sewaktu masih bayi

Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum mengkhitan seorang anak laki-laki semasa dia masih lagi bayi yang baru beberapa hari dilahirkan? Tidakkah perbuatan itu menyamai amalan Yahudi? Apakah baik-buruk perbuatan tersebut terhadap bayi dari segi kesihatan serta psikologi?

Jawapan:
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:

Khitan dari sudut bahasa beerti memotong dan dari sudut istilah iaitu memotong kulit (Qulfah) yang menutupi kepala dzakar bagi lelaki dan memotong sedikit daging yang berada di bahagian atas faraj (clitoris) bagi wanita. Hukum bersunat bagi lelaki adalah wajib manakala bagi wanita terdapat khilaf antara sunat, al-fadhilah (kemuliaan) dan wajib. (Syarah Sahih Muslim 1/543 dan Fathul Bari 10/340).

Khitan dari sudut bahasa beerti memotong dan dari sudut istilah iaitu memotong kulit (Qulfah) yang menutupi kepala dzakar bagi lelaki dan memotong sedikit daging yang berada di bahagian atas faraj (clitoris) bagi wanita. Hukum bersunat bagi lelaki adalah wajib manakala bagi wanita terdapat khilaf antara sunat, al-fadhilah (kemuliaan) dan wajib. (Syarah Sahih Muslim 1/543 dan Fathul Bari 10/340).

Dari sudut sejarah, ianya merupakan tradisi lama yang diwarisi semenjak sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Menurut beberapa catatan sejarah dunia, ada pendapat yang mengatakan ianya berlaku semenjak zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s lagi . Ada yang mengatakan ianya merupakan tradisi masyarakat Arab sebelum Islam lagi, dan tok mudim yang terkenal di era-sebelum Islam itu bernama “ Ummu Anmar” sebagaimana menurut catatan Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya. Tradisi ini terus terlaksana apabila datangnya Baginda Rasulullah s.a.w dan diakui pula oleh Islam sebagai salah-satu tuntutan agama. Umat Muhammad saw diperintah untuk mengikutinya, sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT dalam FirmanNya:


Maksudnya: “kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): hendaklah Engkau menurut agama Nabi Ibrahim dan tidaklah ia dari kalangan orang-orang musyrik”.
(An-Nahl: 123)

Sabda nabi SAW:

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال : قاال رسول الله صلي الله عليه وسلم : خمس من الفطرة : الاستحداد، والختان، وقص الشارب، ونتف الابط، وتقليم الأظفار

Dari Abu Harairah r.a berkatanya: Rasulullah saw bersabda; “lima perkara yang termasuk fitrah iaitu: mencukur bulu kemaluan, khitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak, dan memotong kuku.”
(HR; Bukhari dan Muslim)

Terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khitan antaranya;

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)

Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)

Terdapat juga hadith yang menceritakan khitan yang dilakukan oleh para sahabat ketika si anak mencapai usia mumaiyiz (5 – 7 tahun).

Ibnu ‘Abbas ra bahawa beliau pernah ditanya, “bagaimanakah kamu ketika Rasulullah saw meninggal dunia ?” Beliau menjawab, “Saat itu saya baru dikhitankan. Malah para sahabat tidak melakukan khitan kepada anak-anak mereka kecuali setelah mereka mengerti sesuatu.” (HR; Bukhari, Ahmad, dan Thabrani).

Hadith ini menjadi sandaran kepada mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berpendapat khitan dilakukan ketika usia baligh kerana khitan bertujuan untuk menyempurnakan thaharah (bersuci) dalam beribadah dan ketika ini mereka mula ditaklifkan seperti solat dan kefardhuan yang lain.

Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).

Pendapat-pendapat di atas turut disokong oleh pengamal perubatan moden yang berpendapat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik untuk bersunat. Lebih sesuai pada hari kedua selepas bayi dilahirkan kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi. Mereka berpendapat;

i. “Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua kerana pada usia kurang dari satu bulan, manakala kesakitan yang dirasai juga tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan,’’

ii. Kanak-kanak lelaki berusia enam atau tujuh tahun menjadi lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan dan sukar membendung perasaan tersebut.

iii. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia enam atau tujuh tahun.

(Dr. Mohd. Tasron Surat- Sunathrone Bio-Medical)

والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS

HUKUM MEMBUANG BULU PADA BAHAGIAN TANGAN DAN KAKI


Assalamualaikum ustaz,
Saya difahamkan selama ini, mencukur bulu kaki adalah dilarang. Tetapi bagaimana pula dengan hanya menipiskannya (trim)?

Jawapan:
Wa'alaikumussalam

Tidak harus menghilangkan bulu-bulu yang tumbuh pada bahagian tangan dan kaki bagi golongan lelaki kerana ianya bertentangan dengan sifat kelakiannya. Adapun bagi wanita jika kewujudannya tidak sesuai, dibolehkan baginya menghilangkan sebagaimana bulu yang tumbuh pada bahagian dada dan belakangnya.Perkara demikian itu dibenar5kan bagi wanita untuk menghilangkannya, jika dia sudah berkahwin serta berniat untuk berhias pada suaminya (Dipetik dari buku pembedahan kosmetik menurut perspektif Islam , Ahmad Dahlan bin Salleh(2002), Darul Syakir Enterprise Bandar Baru Bangi , mikasurat 101.

Maka bagi lelaki , biarkanlah bulu kaki berkenaan tumbuh secara semulajadi tanpa mengubahnya kecuali ia tumbuh dan menampilkan sesuatu yang sangat luar biasa.

Wallahu a'alam

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS