Selasa, 8 Februari 2011

WAK AKHYAR DALAM KENANGAN

Hj Akhyar Telah Kembali Ke Rahmatullah - Al Fatihah

Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi s.a.w berkata,
"Sesiapa yang berulang-alik ke masjid, maka Allah menyediakan baginya satu hidangan di syurga setiap kali dia berulang-alik." (al-Bukhari)



Tuan Hj Akhyar telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat 4 Feb 2011.
Beliau merupakan seorang yang istiqamah bersama jemaah Masjid & Surau al-Annsar, berbuat kebajikan dan amal soleh. Takziah kepada keluarga dan saudara-maranya semua.

Arwah seorang yang baik, very soft-spoken, menjadi pembantu setia Tuan Hj.Rashid untuk urusan nikah kahwin di Sg.Buaya dan juga menjadi Amil zakat setiap kali datangnya Ramadan namun pada Ramadan tahun ini dan seterusnya beliau tidak lagi bersama kita. Semoga arwah Wak Akhyar dirahmati Allah SWT serta diletakkan bersama roh para solehin…. insya’Allah

Semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan mutaqqin. Ameen

2 ulasan:

  1. Terima kasih.Moga doa kita terhadap allahyarham ayahanda akan dimakbulkan Allah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Moga doa kita terhadap Allahyarham ayahanda Mohd Ahya akan dimakbulkan Allah

    BalasPadam