Rabu, 27 Oktober 2010

Kurban Sembelih Dua Kali

Seorang penyembelih ketika sedang menyembelih se\kor lembu tiba2 ia menggelupur dan terjatuh pisau tanpa sengaja. lembu pun terlepas. kmdn lembu tadi ditgkap dan disembelih kali kedua....
adakah sah sembelihan tadi dan boleh dimakan...

------------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Jika berlaku sembelihan dua kali disebabkan keadaan darurat, seperti pisau terlepas secara tidak sengaja, maka sah sembelihan itu secara sepakat ulama. Sebahagian ulama mensyaratkan ketika disembelih kali kedua, binatang itu masih dalam hayat mustaqirrah (kehidupan yang kuat, seperti masih kuat menggelepur).

- Jika berlaku sembelihan dua kali, tanpa ada darurat, tetapi sembelihan kedua itu dilakukan secara segera sejurus selepas itu, maka ada khilaf ulama. Yang ditarjihkan oleh Lajnah Fatwa IslamWeb ialah sah sembelihan itu.

- Tetapi jika sembelihan pertama belum sah, kemudian binatang terlepas, dan mengambil masa yang lama untuk dilakukan sembelihan kedua, sedangkan ia sudah sampai kepada hayat mazbuh, maka tidak sah sembelihan itu.

Wallahu A'lam.

Rujukan Islamweb Net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan