Rabu, 27 Oktober 2010

7 Orang Berwajah Sama Dalam Dunia Ini

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…
Adakah terdapat nas yang sahih mengatakan bahwa “dalam dunia ni ada 7 org yang berwajah sama”?? dan hukum mempercayainya?

Wallahua’lam
***********************
Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .

Setahu kami ( berdasarkan ilmu pengetahuan kami yang sedikit ini ) , tidak ada sebarang nas ( bukti ) yang sahih yang ada menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda sedemikian .

Walaupun begitu , banyak juga perkara yang tidak pernah disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w akan tetapi kita BOLEH juga mempercayainya , di antaranya ialah : Kepercayaan bahawa memakan Tongkat Ali boleh menyebabkan seseorang itu kuat . Percaya bahawa sesiapa sahaja yang memiliki “ lesen terbang “ kelak nanti akan ditangkap oleh JPJ . Percaya bahawa di dalam al-Ahkam Online ini terdapatnya mereka yang baik hati dan suka menyumbang derma untuk perjuangan Islam ( khasnya kepada al-Ahkam Online ) .

Begitu juga ada kepercayaan yang MESTI kita percaya dengannya walaupun ianya tidak pernah disebut langsung oleh Baginda Rasulullah s.a.w , contohnya ialah :

2 X 2 = 4
1 + 1 = 2
Bapa lebih tua daripada anak
Setiap benda / jisim sudah tentu memenuhi sesuatu ruang

Begitulah juga dengan masalah 7 orang berwajah sama ini .

Menurut ahli-ahli Biologi , di dalam dunia ini terdapat 7 orang yang mempunyai wajah yang sama / hampir sama ( sama tetapi tidak serupa ) . Dan tidak mustahil , daripada teori inilah tercetusnya idea untuk mengkaji konsep dan kaedah pengklonan manusia .

Itulah kata mereka , dan terpulanglah kepada kita sama ada hendak percaya kepada kata-kata itu ataupun tidak . Percaya kepada teori itu tidaklah merosakkan iman kita dan tidak percaya juga tidaklah menyebabkan kita akan berdosa , kecualilah kalau kita percaya bahawa Allah tidak berkuasa mencipta 7 orang yang berwajah sama , bahkan seiras . SubhalLah ‘an misli hadzal qaul ( Maha Sucilah Allah daripada kata-kata ini ) .

Dan kalau teori itu memang benar , maka itu LEBIH MENAMBAH keyakinan kita kepada kehebatan dan kekuasaan Allah Ta’ala untuk berbuat apa sahaja , dan kalau teori itu tidak benar , kita tetap yakin bahawa Allah Ta’ala itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana di dalam mengatur perjalanan alam maya ini .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan