Rabu, 2 Jun 2010

Qunut Nazilah Selepas Qunut Subuh/Solat Fardhu

FATWA KERAJAAN BRUNEI DARUSSALAM
Soalan :
Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Masjid sedang merancang usaha-usaha yang akan diambil dalam usaha menangani fenomena La Nina yang dijangka akan melanda Asia Tenggara dalam bulan Oktober akan datang. Di antara usaha yang akan diambil ialah membaca qunut Nazilah selepas doa qunut Subuh.

Sehubungan dengan itu, sebelum perkara tersebut dilaksanakan maka dengan sukacita dipohonkan fatwa Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Mufti Kerajaan mengenai perkara berikut: "Pembacaan Nazilah disambung selepas qunut Subuh."

Jawapan:
Haruskah membaca qunut selain sembahyang fardhu Subuh? Dalam kata lain bolehkah qunut itu dibaca pada tiap-tiap kali sembahyang fardhu?

Ada tiga qaul ulama mengenai perkara ini sebagaimana diriwayatkan oleh Imam AI-Haramain, AI-Ghazali dan banyak lagi ulama.

Berkata Imam Nawawi dalam kitabnya AI-Majmu':Qaul al-shahih. al-masyhur yang telah ditetapkan oleh jumhur ulama, jikalau berlaku bala dan bencana ke atas orang-orang Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak (penyakit) atau serangan belalang atau seumpamanya, bolehlah dilakukan qunut Nazilah pada setiap kali sembahyang fardhu.

Jika tidak berlaku bala bencana maka tidaklah payah qunut Niizilah itu.Menurut yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma katanya:
قنت رسول الله صلى الله عليه وسلم شهرا متتابعا فى الظهر والعصر
والمغرب والعشاء والصبح فى دبر كل صلاة،إذا قالسمع الله لمن حمده فى الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بنى سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam membaca qunut Nazilah selama sebulan terus-menerus pada tiap-tiap kali di belakang sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh apabila Baginda membaca سمع الله لمن حمد pada rakaat akhir Baginda berdoa (supaya ditimpakan kecelakaan) ke atas suku/puak daripada bani Salim dan ke atas Ra 'al. Zakuan dan 'Ashiyyah sementara makmum di belakang Baginda mengaminkannya. "(Hadis riwayal Abu Daud dengan isnad hassan atau shahih.

Mengenai dengan lafaz qunut itu adakah hanya terkhusus atau tertentu perkataan: atau bolehkah jugamembaca dengan lafaz yang lain. Pendapat ulama yang shahih lagi masyhur yang telah ditetapkan oleh jumhur ulama tidak semestinya begitu, bahkan boleh dengan apa jua doa.

Menurut qaul "al-mazhab" bahawasanya pendapat tidak terkhusus atau tertentu itu disebut oleh Al-Mawardi, Al-Qhadhi Husain, Al-Baghawi, Al-Mutawalli dan ramai lagi kalangan ulama. Berkata Al-Sheikh Abu' Amru bin Al-Shalah: "Pendapat yang mengatakan qunut itu hanya terkhusus adalah qaul shadz (ganjil) ditolak dan berlawanan dengan qaul jumhur ulama AI-Syafi'e, bahkan berlawan dengan ulama yang lain, bahkan berlawanan juga dengan perbuatan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam kerana Baginda pernah berdoa.

Imam Nawawi pula berpendapat: "Bahawa qunut itu tidak terkhusus atau tertentu kepada: اللهم اهدني فيمن هديت Menurut pendapat Shahib Al-Hawi: "Hasil berdoa qunut itu dengan yang al-ma'thur (doa yang datangnya daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam atau bukan doa al-ma'thur".

Tambah Shahib Al-Hawi lagi: "Adalah harus berdoa qunut dengan membaca ayat daripada Al-Qur'an iaitu ayat yang merupakan doa atau seumpama doa seperti di akhir surah Al- Baqarah."Kita bawa persoalan boleh atau tidak membaca doa selain qunut biasa yang termaklum di waktu sembahyang Subuh itu mempunyai kaitan dengan qunut Nazilah.
Dalam kata yang lain, bolehkah membaca dengan qunut Nazilah (disambung) selepas qunut sembahyang Subuh?
Berkata sahabat-sahabat kami (ulama mazhab Al-Syafi'e) andainya dibaca qunut yang dinukil atau yang diriwayatkan daripada 'Umar bin AI-Khaththab Radiallahu 'anhu, itulah yang sebaik-baiknya.

Doanya ialah sebagaimana yang disebut oleh AI-Imam AI-Syirazi dalam AI-Muhadzdzab:

اللهم إنا نستعينك ونستغفرك ولا نكفرك ونؤمن بك، ونخلع ونترك من يفجرك، اللهم إياك نعبد، ولك نصلى ونسجد، وإليك نسعى ونحفد، نرجو رحمتك ونخشى عذابك الجد،إن عذابك الجد، إن عذابك الجد بالكفار ملحق. اللهم عذب كفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك، ويكذبون رسلك، ويقاتلون أولياءك. اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات، وأصلح ذات بينهم، وألف بين قلوبهم، واجعل فى قلوبهم الأيمان والحكمة، وثبتهم على ملة رسولك، وأوزعهم أن يوفوا بعهدك الذى عاهدتهم عليه، وانصرهم على عدوك وعدوهم إله الحق، واجعلنا منهم.)

Doa qunut ini telah dibaca oleh Sayyidina 'Umar pada waktu sembahyang fardhu Subuh. Demikian apa yang diriwayatkan oleh Abu Rafi' yang dia sendiri mendengar bacaan itu daripada Sayyidina 'Umar. Menurut Al-Baihaqi apa yang diriwayatkan oleh Al-Syirazi itu adalah shahih daripada Sayyidina 'Umar Al-Khaththab. Cuma para periwayat berbeza pendapat tentang mana yang dahulu dan terkemudian sebagaimana dapat diperhatikan doa berikut:

Adapun bacaan doa qunut: ditentukan kepada ahli kitab kerana mereka itulah yang membunuh orang-orang Islam pada waktu itu. Adapun sekarang (zaman Imam Nawawi), yang terpilih ialah membaca kerana dengan sendirinya termasuk ahli kitab dan selain mereka daripada orang-orang kafir.

Oleh yang demikian menurut ulama mazhab Al-Syafi'e adalah sunat menghimpunkan atau menyatukan di antara qunut Nazilah Sayyidina 'Umar Radiallahu 'anhu dan qunut biasa. Andainya disatukan kedua-dua qunut tersebut, menurut qaul yang lebih kuat (al-ashah.) ialah mengkemudiankan qunut Sayyidina 'Umar.

Sebenarnya sunat menghimpunkan kedua-dua qunut itu, kiranya seorang itu bersembahyang bersendirian atau imam di kelilingi oleh para jemaah yang suka dengan bacaan qunut yang panjang. Begitu juga berkata setengah ulama bahawa sunat dibaca di dalam qunut Nazilah itu doa yang bersesuaian dengan situasi kejadian yang berlaku sebagaimana doa qunut Nazilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam di dalam hadis yang telah disebutkan terdahulu.

Dengan itu di dalam qunut sembahyang Subuh itu bolehlah dibaca qunut berikut:

اللهم اغفر لنا وللمؤمنين وللمؤمنات والمسلمين والمسلمات، ألف بين قلوبهم، وأصلح ذات بينهم، وانصرهم على عدوك وعدوهم.اللهم العن كفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك، ويكذبون رسلك، ويقاتلون أولياءك.اللهم خالف بين كلمتهم ، وزلزل أقدامهم ، وأنزل بهم بأسك الذى لا ترده عن القوم المجرمين، بسم الله الرحمن الرحيم، اللهم إنا نستعينك ونستغفرك ونثنى عليك ولا نكفرك، ونخلع ونترك من يفجرك. اللهم إياك نعبد ولك نصلى ونسجد، وإليك نسعى ونحفد ونخشى عذابك ونرجو رحمتك، إن عذابك الجد بالكفار ملحق.

Adapun bacaan doa qunut : ( اللهم عذب كفرة أهل الكتاب) ditentukan kepada ahli kitab kerana mereka itulah yang membunuh orang-orang islam pada waktu itu.

Adapun sekarang (zaman Imam Nawawi) yang terpilih ialah membaca: (اللهم عذب كفرة) kerana dengan sendirinya termasuk ahli kitab dan selain mereka daripada orang-orang kafir.

Oleh yang demikian menurut ulama mazhab Al-Syafie adalah sunat menghimpunkan atau menyatukan di antara qunut nazilah Sayyidina Umar Radiallahu anhu dan qunut biasa ( اللهم اهدنى فمن هديت). Andainya disatukan kedua-dua qunut tersebut, menurut qaul yang lebih kuat (al-ashah) ialah mengkemudiankan qunut sayyidina umar.Sebenarnya sunat menghimpunkan kedua-dua qunut itu, kiranya seorang itu bersembahyang bersendirian atau imam di kelilingi oleh para jemaah yang suka dengan bacaan qunut yang panjang.

Begitu juga berkata setengah ulama bahawa sunat dibaca di dalam qunut nazilah itu doa yang bersesuaian dengan situasi kejadian yang berlaku sebagaimana doa qunut nazilah Nabi Shallahlullah alaihi wasallam di dalam hadis yang telah disebut terdahulu.

Dengan itu di dalam qunut sembahyang subuh itu bolehlah dibaca qunut berikut:

اللهم اهدنا فيمن هديت، وعافنا فيمن عافيت، وتولنا فيمن توليت،وبارك لنا فيما أعطيت، وقنا شر ماقضيت، فإنك تقضى ولا يقضى عليك، وإنه لا يذل من واليت، ولا يعز من عاديت، تباركت ربنا وتعاليت، فلك الحمد على ما قضيت ونستغفرك ونتوب إليك.اللهم إنا نستعينك ونستغفرك ولا نكفرك ونؤمن بك، ونخلع ونترك من يفجرك، اللهم إياك نعبد، ولك نصلى ونسجد، وإليك نسعىونحفد، ونرجو رحمتك ونخشى عذابك الجد، إن عذابك الجد بالكفار ملحق.اللهم احفظنا والمسلمين، وقنا وإياهم شرالمخاوف أجمعين، واحفظنا من الفتن والوباء وشرور الطوفان والغوغاء وصولة الظالمين، واجعلنا من شر ما قضيته سالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,
Tarikh Diisu : 1998

Tiada ulasan:

Catat Ulasan