Selasa, 1 Jun 2010

Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu

Marilah seluruh umat Islam kita mengadakan bacaan qunut nazilah dalam semua solat fardhu sempena musibah yang menimpa saudara seIslam kita yang diserang oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika dalam misi penghantaran bantuan makanan serta keperluan kepada rakyat Palestin yang disekat segala bantuan oleh rejim Yahudi laknatullah.. Semoga dengan usaha dan bantuan doa seluruh umat Islam ini diberi pertolongan daripada Allah swt untuk menghancur serta mengazab golongan Zionis Laknatullah keseluruhannya..Allahuakbar..
Qunut Nazilah adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Hendaklah dibaca dengan keras dan nyaring oleh imam dan di aminkan oleh sekelian makmum.
Antara hadith yang menceritakan Nabi s.a.w melakukan qunut nazilah dalam solat fardhu 5 waktu ialah:

1. Riwayat Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال " سمع الله لمن حمده " من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه
– Sunan Abu Dawud

Terjemahan:
Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya

2. Riwayat Anas Ibn Malik:

دَعَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى الَّذِينَ قَتَلُوا أَصْحَابَ بِئْرِ مَعُونَةَ ثَلاَثِينَ صَبَاحًا يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَلِحْيَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَتِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Terjemahan:
Rasulullah s.a.w berdoa (keburukan dan kecelakaan) ke atas mereka yang membunuh sahabat-sahabat dalam peristiwa Bi’r Ma`unah tiga puluh pagi. Baginda s.a.w berdoa (keburukan dan kecelakaan) kepada kabilah Ri’il, Dzakwan, Lihyan dan Ushayyah yang mengingkari Allah SWT dan RasulNya s.a.w.

Berdasarkan hadis di atas jelas bahawa Rasulullah s.a.w melakukan qunut nazilah dalam solat fardu dan berjamaah memohon bantuan Allah menghantar kecelakaan / azab kepada musuh-musuh/ golongan Yahudi yang memusuhi/membunuh sahabat2 Rasulullah s.a.w.

Sekian Wallahu A’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan