Jumaat, 16 April 2010

Fatawa: Hukum berwudhu’ di dalam tandas

Terdapat banyak rumah kediaman atau bangunan-bangunan kerajaan dimana bilik airnya bersekali dengan tandas. Apakah hukumnya kita berwudhu’ didalam bilik air itu?

Jawapan:

Tidak menjadi apa-apa masalah berwudhu’ didalam bilik tandas itu asalkan seseorang yang berwudhu’ itu menjaga supaya air tandas itu tidak terpercik naik dan mengena pakaian atau mana-mana anggotanya. Jika air tandas yang najis itu terkena pakaian atau mana-mana anggota badan wajib dibasuh. Walaubagaimanapun tidaklah menjejaskan sahnya wudhu’ itu.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Penulis/Ulama : Dato' Haji Ismail bin Yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan