Jumaat, 16 April 2010

Doa Pelembut Hati

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Kemudian Baca Ayat di Bawah (Surah al-Hasyr ayat 21-24):
Kemudian Baca ayat 1-5 Surah Taha
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah


اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"

Kemudian tiupkan ke air ...

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

* Niat nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

8 ulasan:

  1. slm..bolehkah dibaca ketika uzur@didatangi haid?

    BalasPadam
  2. wslm.. dibolehkan utk rawatan@pengubatan..wslm

    Hukum Membaca al-Quran

    Para ulama’ bersepakat mengatakan haram bagi seseorang yang berhadas besar membaca al-Quran. Ini kerana dalil di dalam masalah ini adalah kuat dan jelas.

    Manakala bagi perempuan haidh, mereka khilaf di dalam masalah ini kerana kelemahan dalil yang berkait dengan masalah ini.

    Jumhur ulama’ mengatakan haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran:

    1. Imam at-Termizi mengatakan bahawa itu adalah pandangan majoriti ahli ilmu di kalangan sahabat, tabien dan generasi sesudahnya. (Jami’ Usul Jilid 7, ms 358 dan Bidayah Mujtahid Jilid 1 ms 56)

    2. Imam al-Nawawi (ulama’ mazhab Syafie) mengatakan bahawa itu adalah pendapat yang diriwayatkan dari Omar, Ali dan Jabir r.a. dan juga pendapat al-Hasan al-Basri, Qatadah, Ato’, Abu al-Aliah, an-Nakhaie, Said bin Jubair, az-Zuhri, Ishak dan Abu Thur.

    3. Imam Ahmad mempunyai dua riwayat di dalam masalah ini; pertama haram dan kedua harus.

    4. Pendapat yang masyhur di dalam mazhab Syafie haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran.

    Sebahagian ulama’ pula mengatakan harus:

    1. Jumhur ulama’ mazhab Syafie dari Khurasan mengatakan bahawa qaul qadim (fatwa Imam Syafie sebelum dia berpindah ke Mesir) adalah harus bagi perempuan haidh membaca al-Quran. (Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid 2 ms 356)

    2. Muktamad di dalam mazhab Maliki adalah harus bagi perempuan haidh membaca al-Quran secara mutlak dalam apa juga keadaan kecuali apabila haidhnya berhenti, diharamkan dia membaca al-Quran sehinggalah dia mandi.

    Dalil bagi yang mengatakan haram membaca al-Quran bagi perempuan haidh ada dua:

    1. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Termizi dari Abdullah bin Omar r.a.: “Janganlah seorang perempuan haidh dan seorang yang berhadas besar membaca apa-apa dari ayat al-Quran.”

    2. Dalil kedua adalah qias. Hukum perempuan yang haidh diqiaskan kepada hukum orang yang berhadas besar kerana wujudnya ‘illah’ yang membolehkan kedua-dua hukum ini disamakan.

    Berkenaan dalil yang pertama, Imam Nawawi berkata: “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Termizi dan al-Baihaqi daripada Abdullah bin Omar r.a. tetapi al-Termizi dan al-Baihaqi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis dhaif.” (Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid 2 ms 356). Ulama’ mazhab Hanafi juga bersetuju bahawa hadis ini dhaif walau pun mereka berpendapat bahawa perempuan yang haidh haram membaca al-Quran (al-Binayah Jilid 1 ms 643 – 644).

    Ulama’ yang mengatakan haram membaca al-Quran bagi perempuan yang haidh seterusnya mengatakan bahawa walau pun hadis ini dhaif tetapi ia boleh dijadikan dalil kerana ada hadis-hadis dari pelbagai riwayat yang menguatkannya.

    Manakala dalil bagi ulama’ yang mengatakan harus bagi perempuan yang haidh membaca al-Quran ada dua:

    1. Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau membaca al-Quran ketika beliau berada dalam keadaan haidh.

    2. Dalil akal yang membezakan di antara haidh dan hadas besar. Haidh tempohnya panjang berbanding hadas besar. Tidak membaca al-Quran untuk tempoh yang panjang akan menjadikan dia lupa. Di samping jika sekiranya dia adalah seorang guru agama yang mengajar al-Quran, hukum haram tersebut akan menjadikan mata pencariannya terganggu. (Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid 2 ms 357)

    Dengan itu kami simpulkan bahawa perempuan haidh adalah haram membaca al-Quran dengan berpandukan dalil-dalil di atas. Jumhur sahabat, tabien dan ulama’ sesudah mereka berpendapat demikian dan ini menunjukkan kekuatan pendapat ini. Walau pun begitu diharuskan bagi perempuan haidh membaca al-Quran di dalam keadaan dharurat dan atas sebab-sebab tertentu seumpama yang disebutkan di atas.

    wassalam

    BalasPadam
  3. kalau orang hendak dilembutkan hatinya...duduk jauh dari kita macam mana???

    BalasPadam
  4. baca doa pelembut hati dan niatkanlah kpd siapa yg kita nk lembutkan hati..doa byk2 insyaallah dimakbulkan allah..tq

    BalasPadam
  5. salam Ustaz,

    @ya Allah lembutkan hatinya sebagaimana kamu melembutkan Daud (akan) besi.@

    Doa tsb dari surah mana dlm Al-quran?

    BalasPadam
  6. assalam,
    jika nak buat utk tunang atau seseorang supaya hatinya lembut, bagaimana caranya,adakah dgn hanya baca doa2 tersebut pada air dan diberi minum atau hanya boleh setakat doa serta niat sahaja?

    BalasPadam
  7. 1.blh buat kaedah yg sama diatas
    2.blh bdoa byk2 kpd allah agar tunang@seseorang dilembutkan hati

    tq

    BalasPadam
  8. Para ulama juga berpendapat dibolehkan berdoa dari doa yang bukan dari al-Quran dan Hadis. Sebagai contoh doa Saidina Umar bin Abdul Aziz ( Rujuk Kitab al-Ibadah oleh Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud )

    BalasPadam