Jizyah ( bahasa Arab: جزْية ) adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam (Daulah Islamiyah). Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :
"Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)
Abu Ubaid meriwayatkan di dalam kitab Al-Amwal dari Hassan bin Muhammad yang mengatakan: Nabi pernah menulis surat kepada Majusi Hajar untuk mengajak mereka memeluk Islam :
"Siapa sahaja yang memeluk Islam sebelum ini, serta siapa sahaja yang tidak diambil jizyah atas dirinya: Hendaklah sembelihannya tidak dimakan, dan kaum wanitanya tidak dinikahi."
Orang-orang kafir wajib dikenakan jizyah selagi mereka masih kufur, namun apabila mereka memeluk agama Islam maka jizyah tersebut gugur dari mereka. Jizyah dikenakan ke atas orang , bukannya harta. Maka setiap orang kafir wajib membayar jizyah dan bukan ke atas harta mereka.
Perkataan jizyah diambil daripada perkataan jaza', yang mana jizyah itu diambil kerana kekufuran mereka. Oleh kerana itu jizyah tersebut tidak akan gugur sehingga mereka memeluk agama Islam.

Jizyah juga tidak akan gugur walapun mereka ikut berperang. Ini kerana jizyah itu bukan bayaran untuk melindungi mereka. Jizyah juga tidak akan diambil melainkan daripada orang yang mampu sahaja.
Allah berfirman: "Illa'an Yadin." Maksudnya kerana kemampuan mereka.
Oleh kerana itu jizyah tidak diambil daripada orang yang tidak mampu. Disamping itu jizyah diambil daripada kaum lelaki sahaja dan tidak wajib bagi kaum wanita, anak-anak dan juga orang gila. Walaupun wanita tersebut datang ke negara Islam dan sanggup membayar jizyah sebagai bayaran kerana ingin menetap di sana, namun jizyahnya tidak wajib diambil , dia akan diterima tinggal di negara Islam dan dia bebas untuk tinggal dimana sahaja di negara Islam.
Jumlah jizyah ditetapkan mengikut kebijaksanaan dan ijtihad Khalifah. Harus diingat bahawa jizyah itu hendaklah tidak melebihi kemampuan orang yang berhak membayar jizyah. Daripada Ibnu Abi Najih yang mengatakan: "Aku bertanya kepada Mujahid: 'Apa alasannya penduduk Syam dikenakan 4 dinar sedangkan penduduk Yaman hanya 1 dinar?' Mujahid menjawab: 'Hal itu haya untuk mempermudah'." (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari).
Apabila Jizyah dikenakan terhadap orang yang mampu, manakala dia keberatan untuk membayarnya, maka dia dianggap mempunyai hutang jizyah. Dia akan diperlakukan sebagaimana orang yang berhutang dalam keadaan yang dia keberatan. Kemudian akan dilihat bagaimana mudahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan