Rabu, 3 Mac 2010

~ [3 MAC 1924] JOM Muhasabah Tarikh Malang Dalam Dairi UMMAT ISLAM ~

Kejatuhan Sistem Khilafah Islamiah

Gerakan Revolusi Mustafa Kamal 3hb Mac 1924

“Hilangnya Daulah Islamiyyah dari muka bumi ini menyebabkan lahirnya berbagai syubhat (kesamaran), yang tidak akan lahir sekiranya Islam mempunyai daulah yang melindungi dan membelanya.” (Fathi Yakan)
Revolusi Ataturk

1922 (1 Nov) Kesultanan dimansuhkan
1923 (29 Oktober) RepublikTurkidiisytiharkan dengan Ankara sebagai ibunegara
1924 (3 Mac) Khilafah dimansuhkan
1924 (20 April) Pengisytiharan pemansuhan undang-undang Syariah, penutupan sekolah Islam dan penguatkuasaan undang-undang ‘sivil’
1925 (25 Nov) Gerakan Dervish diharamkan, penguatkuasaan larangan memakai pakaian ‘Islam’
1925 Pemakaian kalendar Hijrah dan Othmaniyyah digantikan dengan Gregorian’s
1926 Undang-undang kekeluargaan Islam dihapuskan dan digantikan denganundang-undang adaptasi Eropah. Poligami diharamkan
1928 Penghapusan tulisan Arab dan penggunaan huruf Latin dikuatkuasakan
1928 (10 April) Islam sebagai agama rasmi negara dimansuhkan daripada perlembagaan
1933 Azan dan bacaan al-Quran secara terbuka mesti dibuat di dalam Bahasa Turki
1934 Wanita diberikan ‘hak mengundi’.Penguatkuasaan ‘surname’. Mustafa Kemal dikurniakan oleh Parlimen gelaran Ataturk (Bapa Turki). Ismet Pasa mengambil nama Inonu
1935 Cuti umum ditukar kepada Ahad. Penyelenggaraan harta oleh negara diwartakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan