1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Selasa, 1 September 2009
Pembukaan Kota Mekah
Pada 10hb Ramadhan 10 Hijrah, Rasulullah SAW telah kembali & menakluk Kota Makkah setelah 8 tahun berpindah ke Madinatul Munawwarah.
Kota Mekah adalah tempat lahir Nabi Muhammad s.a.w.. Lapan tahun selepas berpindah ke Madinah, baginda kembali dan menakluk Kota Mekah pada 10 Ramadhan 8 H bersamaan Januari 630 M [1].
Latar belakang
Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisy berasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang memberikan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.
Apabila Rasulullah mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrán', Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy. Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan.
Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.
Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.
Ya ALLAH, aku merindui lambaian kaabah Mu, aku merindui rumah Mu, berikanlah aku peluang untuk aku sampai ke rumah Mu... sebelum matiku.
BalasPadamTerima kasih penulis, rasa sebak lak tiba2
Rahsia Kota Mekah