SOALAN:
Apakah hukum memakan binatang buruan yang ditembak dengan senapang?
JAWAPAN:
Berkata Al-Syeikh Al-Baijuri dalam Hasyiah Fath Al-Qarib: “Tiada halal binatang buruan yang ditembak dengan senapang berpeluru itu, kerana binatang itu mati dengan dihempap oleh peluru itu dan peluru itu bukan ia tajam seperti mata pisau dan binatang buruan yang mati dengan peluru itu adalah bangkai yang dinamakan bangkai mauquâzah. Peluru itu sama dengan keadaan dipukul dan dihempap oleh sebatang kayu atau sebiji batu ke atas binatang itu dan binatang mati. Maka binatang yang mati dengan kayu dan batu itu adalah bangkai.Ringkasan: Binatang yang ditembak peluru senapang dan binatang itu mati dengannya, adalah ia bangkai tiada halal dimakan.
Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1987
Nota: Siri 30/1987
Tiada ulasan:
Catat Ulasan