Sabtu, 18 Julai 2009

Fatawa: Hukum memakan binatang yang ditembak tanpa sembelihan

Soalan :
Bolehkah dimakan burung-burung atau ayam hutan ditembak.

Jawapan:
Binatang-binatang buruan yang ditembak mati hukum memakan dagingnya adalah haram, jika binatang-binatang yang ditembak itu masih hidup dan ada padanya hayat mustaqarah serta sempat disembelih maka dagingnya adalah halal dimakan. Sebaliknya, tidaklah halal dimakan daging binatang-binatang yang ditembak yang tiada padanya hayat mustaqarah sekalipun ianya disembelih. Niat sahaja tidaklah diiktibarkan bagi menghalalkan sesuatu yang ditembak tanpa disembelih dengan syarat hendaklah binatang itu masih hidup dan ada padanya hayat mustaqarah.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Terengganu
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Tarikh Diisu : 2000

Tiada ulasan:

Catat Ulasan