Khamis, 2 Ogos 2018

CIRI2 ORANG BERTAQWA

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawal 1439H☆

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka" [Surah al-Baqarah 3]

#Ayat ini menceritakan mengenai ciri-ciri orang yang bertaqwa. Salah satu ciri orang yang bertaqwa ialah mendirikan sembahyang.

#Ketahuilah bahawa solat merupakan sebaik-baik amalan bagi orang mukmin yang bertaqwa. Daripada Tsauban, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمُ الصَّلاَةُ وَلاَ يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلاَّ مُؤْمِنٌ

“Beristiqamahlah kalian dan sekali-kali kalian tidak dapat istiqamah dengan sempurna. Ketahuilah, sesungguhnya amalan kalian yang paling utama adalah solat. Tidak ada yang menjaga wudhuk melainkan ia adalah seorang mukmin” (HR Ibnu Majah dan Ahmad)

#Bagi orang yang benar-benar bertaqwa, tempat solat mereka ialah di masjid. Masjid menjadi rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Daripada Sayidina Abi Darda', Rasulullah saw bersabda:

اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ

"Masjid itu umpama rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan ruh yang damai dan rahmat dari Allah melimpah-limpah dan dia akan berjaya melepasi titian sirat menuju redha Allah ke dalam syurga” (HR Thabrani)

♡Untuk menjadi orang yang bertaqwa maka perlu menjadi kaki solat dan juga kaki masjid. Mohonlah kepada Allah agar menggolongkan kita di kalangan hambaNya yang bertaqwa dan sentiasa mendirikan solat berjemaah di masjid/surau♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan