Selasa, 14 Ogos 2018

BAGHAL PUN TAK NAK MAKAN..

Disebutkan dalam Mausu'ah Sidi Abdullah al-Ghumari (jilid 17, halaman 270-271) bahawa al-Hafiz al-Suyuti menceritakan dalam kitabnya Husnul Muhadharah:

Bahawa suatu hari Syeikh al-Qabbari (seorang yang zuhud lagi warak) telah menjual baghalnya kepada seseorang. Selepas dua hari, si pembeli memulangkan semula baghal tersebut dan berkata:

"Baghal ni sakit. Dah dua hari ia tak makan".

Lalu Syeikh al-Qabbari bertanya kepada si pembeli tersebut: "Apakah pekerjaanmu?".

Si pembeli menjawab: "Saya bekerja sebagai penari".

Syeikh al-Qabbari lantas berkata: "Pulangkan semula baghalku. Sesungguhnya ia tidak makan sesuatu yang haram!"

Subhanallah.. sampai baghal pun dilatih tidak makan sumber yang haram..

Kita bagaimana???? Selamat bermuhasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan