Selasa, 25 Ogos 2015

Maksud Syukur

♡Tadabbur Kalamullah♡

 ....وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

...."Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur"

[Surah Saba' 13]

#Menurut Makhlad bin al-Hussain bahawa syukur adalah meninggalkan maksiat

#Abu Hazm berpdpt bahawa setiap nikmat yg tidak sedikitpun mendekatkan diri seorang hamba kpd Allah sbg penciptanya maka ia adalah bencana

#Tdpt satu atsar yg diriwwayatkan oleh Hasan al-Basri:

Nabi Musa berdialog dgn Allah swt, kata Musa: Wahai Tuhanku, bagaimana seharusnya Adam menunaikan syukur kpdMu atas apa yg Engkau kurniakan kpdnya. Engkau jadikannya dgn TanganMu. Engkau tiupkan kpdnya RuhMu. Engkau tempatkan dia di dlm SyurgaMu. Engkau arahkan malaikatMu sujud kpdnya, maka mereka semuanya sujud kpdnya. Lantas Allah berfirman: "Wahai Musa, Adam mengetahui bhw semua nikmatnya itu drpKu, lantas dia sentiasa memujiKu dgn mengucapkan Alhamdulillah. Maka itu adalah kesyukuran atas apa yg Aku anugerahkan kpdnya"

#Menurut Ibnu Mas'ud r.a: "Iman itu ada 2 bahagian. Sebahagiannya sabar dan sebahaiannya lg ialah syukur"

♡Lawan bg syukur ialah kufur♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
(4 Jun 2015)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan