Selasa, 25 Ogos 2015

Jangan Tinggal Solat

وعن عبد الله بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه ذكر الصلاة يوما فقال: من حافظ عليها كانت له نوراً وبرهاناً ونجاةً يوم القيامة، ومن لم يحافظ عليها لم تكن له نوراً ولا برهاناً ولا نجاةً، وكان يوم القيامة مع قارون وفرعون وهامان وأبي بن خلف"

 Daripada Abdullah bin Umar beliau mengatakan bahawa Nabi SAW pada satu hari menyebut mengenai kepentingan solat lalu baginda bersabda: Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu akan menjadi cahaya buatnya, bukti dan keselamatan di hari Qiamat. Sebaliknya, sesiapa yang tidak memeliharanya, tiadalah baginya cahaya, tiada bukti dan tiada keselamatan di hari akhirat. Pada hari akhirat kelak dia akan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Hadis Riwayat Ahmad dan menurut Haithami, perawinya adalah Tsiqah)

Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyebut

:يقول ابن القيم رحمه الله: "من شغله عن الصلاة ملكه حشر مع فرعون، ومن شغله عنها ماله حشر مع قارون، ومن شغله عن الصلاة جاهه حشر مع هامان، ومن شغله عنها تجارته حشر مع أبي بن خلففإذا كان من لم يحافظ على الصلاة يحشر مع هؤلاء الكفرة العتاة -وهم أشد أهل النار عذابا فما بالكم بمن تركها تركا كليا وعاش عمره لم يركع لله ركعة ولا سجد له سجدة؟

Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh kerajaannya, dia akan dihimpunkan kelak bersama Firaun. Sesiapa yang disibukkan oleh hartanya, dia akan bersama Qarun. Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh pangkat kemuliaan, dia akan bersama Haman. Sesiapa yang  disibukkan oleh perniagaannya, dia akan bersama Ubai bin Khalaf. Jika hanya kerana tidak menjaga solatnya seseorang itu dihimpunkan bersama manusia derhaka itu, sedangkan mereka adalah manusia yang paling teruk mendapat siksa neraka, maka bagaimana halnya jika seseorang  itu meninggalkan seluruh solatnya dan hidup tanpa rukuk dan sujud kepada Allah SWT?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan