Ahad, 7 Jun 2015

MEMELIHARA AGAMA

♡Tadabbur Kalamullah♡

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ......

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal...."

[Surah Al-Hadid 25]

# Syeikh al-Shanqiti menafsirkan ayat ini sbgmana berikut:

"Dlm ayat ini ada isyarat yg menunjukkan perlu mengangkat pedang (kuasa undang2) slps dinyatakan hujah. Sekiranya kitab2 tidak dpt memberi kesan, maka perlu mengambil tindakan melalui ketenteraan. Dan kadangkala Allah menghalang (kemaksiatan) dgn kekuasaan pemerintahan sesuatu yg tidak dpt dihalang melalui al-Quran" (Adwa' al-Bayan, jil.1 hlm. 484)

#Hifz al-Din atau memelihara agama merupakan maqasid asasi yg terkedepan dr segi kedudukannya berbanding maqasid yg lain

#Oleh itu, syariah menganggap setiap serangan thdp agama adalah satu jenayah dan pelakunya akan dikenakan hukuman samada hudud atau takzir mengikut tahap jenayah yg dilakukannya

#Menjaga agama bukan hanya dgn memberi pendidikan yg sempurna drp pemerintah kpd rakyat. Bahkan pemeliharaan agama jg perlu diperketat melalui penguatkuasaan undang2 Allah swt

#Para ulama mengatakan bhw termasuk dlm urusan darurah al-din (perkara penting dlm agama), org Islam perlu melantik pemimpin mereka supaya dpt bersatu di bawah pemerintahannya dan dilaksanakan undang2 Allah atas muka bumi

#Kesimpulannya scra umum, ulama bersepakat bhwa agama Islam dan penganutnya wajib dipelihara dan dilindungi. Ibn Taimiyah mengulas isu ini, katanya:

"Manakala org murtad, maka yg mengharuskan hukuman bunuh ialah krn berlaku kufur slps iman, ia merupakan satu jenis kufur khusus. Hal ini krn jika tdk dibunuh, nescaya org yg masuk dlm agama akan mudah keluar drpnya. Jadi, membunuhnya bertujuan memelihara penganut agama Islam dan memelihara agama" (Majmu' al-Fatawa, jil.4, hlm.252)

♡Mudah-mudahan Allah memberi taufiq kpd seluruh umat Islam utk meninggikan undang2 Allah♡

🐊Ust naim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan