Ahad, 7 Jun 2015

KESAN MAKAN DAN GUNA YANG HARAM

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

[Surah Al-Ana'am 145]

#Syed Qutb dlm Tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan:

"Sama ada ilmu manusia dpt mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yg pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita utk mengetahui sesuatu perkara. Allah tdk mengharamkan sesuatu kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya"

#Bagi org beriman, isu halal atau haram ialah soal ketaatan kpd hukum Allah. Setiap yg haram adalah keji dan buruk

#Perkara yg haram samada haram pd zat sesuatu benda, pd perbuatan atau pd akhlak, kesemuanya adalah haram, semua ini mencakupi segenap persoalan hidup manusia

#Imam al-Ghazali menegaskan:

"Perkara pertama yg menghilangkan khusyuk bg org yg solat adalah krn memakan makanan atau berpakaian drp sumber yg haram"

#Apabila solat tdk berkualiti dan bermasalah, apakah yg dpt kita harapkan bg memperkukuh diri dgn kebaikan sekiranya solat yg merupakan tiang agama tlh rosak

#Bkata Abdullah Sahl al-Tusturi:

"Sesiapa yg makan makanan haram maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak. Sesiapa makan makanan yg halal maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan"

# Bkata Imam as-Syafie:

"Pilihlah makanan yg halal krn ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun"

#Ibnu Khaldun dlm al-Muqaddimah menjelaskan bahawa:

"Makanan yg baik dan segar tanpa bahan tambah, perisa, pelazat dan sbgnya dpt memberi kesan kpd akhlak seseorang. Begitulah sebaliknya memakan benda yg haram pd zat (makan babi@yg bercampur unsur babi)@ memakan benda yg halal zatnya (daging2 halal) tetapi didapati dgn cara haram spt curi, tipu@ rasuah akan membentuk kekejian akhlak dan budi pekerti buruk. Ini pasti melahirkan kecelaruan dlm diri, krisis dlm keluarga dan sengketa dlm masyarakat keseluruhannya"

#Impak paling maksimum bg pelaku dan pemakan haram di hari akhirat ialah neraka Jahannam. Itulah sehebat2 balasan yg menunggu. Sabda nabi saw:

"Mana2 hamba, dagingnya itu tumbuh drp perkara2 yg haram dan amalan riba, api nerakalah yg patut (utk membakar dan menghilangkan) daging itu" (Riwayat Ibnu Marduwaih)

♡Pastikan aura halal mdpt kemenangan dlm menundukkan yg haram♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan