Ahad, 7 Jun 2015

DI SEBALIK SURAH AT TIN

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ # وَطُورِ سِينِينَ # وَهَٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ

"Demi Tin dan Zaitun [1] Demi Bukit Sinai [2] Demi kota yang aman[3]

[Surah At-Tin 1-3]

#Ulama' Tafsir berbeza pdpt dlm menyatakan maksud ayat2 ini.

#Kaab al-Ahbar menyatakan bahawa:

☆Ayat pertama menyatakan dua buah negara iaitu Damsyik di Syria (bumi Tin) dan Baitul Maqdis di Palestin (bumi zaitun).

☆Ayat kedua menyatakan ttg Bukit Sinai di Mesir

☆Manakala ayat ketiga menyatakan ttg kota Mekah al-Mukarramah

[Tafsir al-Kabir]

#Sabda Nabi saw mengenai kemuliaan bumi Syam:

طُوبَى لِلشَّامِ . فَقُلْنَا : لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا

“Beruntunglah negeri Syam (merangkumi Palestin, Syria dan Lubnan). Sahabat bertanya: Mengapa? Jawab Nabi saw: "Malaikat rahmat membentangkan sayapnya di atas negeri Syam” (HR Ahmad)

#Firman Allah swt mengenai keberkatan bumi Mekah:

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka"... (al-Baqarah 126)

#Sabda Nabi saw mengenai bumi Mesir:

إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً

"Sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-Qirat, maka wasiatlah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat" (Muslim)

Riwayat lain yg dinukil oleh Abul Abbas Ahmad bin Imran al-Qurthubi dalam kitabnya yang menjelaskan Sahih Muslim; al-Mufhim lim asykala min talkhis kitab muslim (Beirut: Dar Ibn Katsir, hadits no 2448, 6/499), disebutkan:

“Sesungguhnya kamu akan menakluk Mesir. Iaitu wilayah yang disebut di sana al-Qirath. Jika kamu telah menaklukinya maka berilah wasiat yang baik kepada penduduknya....”

Wilayah yang dibahas dalam hadis ini adalah Mesir.

♡Ya Allah berkati dan berilah kemenangan kpd saudara2 kami pejuang2 agamaMu di bumi Syam, Mesir, Yaman, Rakhine/Rohingya, Iraq, Afghanistan, Indonesia, Fatoni, Malaysia dan seluruh bumi umat Islam♡

🐊Ust naim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan