Ahad, 7 Jun 2015

DI SEBALIK SURAH AL IKHLAS

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

اللَّهُ الصَّمَدُ
 "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat" [Surah Al-Ikhlas 1-2]

#Esa itu bermaksud satu-satunya. Maka tempat bergantung dan berhajat segala makhluk hanya satu iaitu Allah

#Drp sebesar-besar makhluk spt Arasy sehinggalah yg paling kecil spt molekul, zarah dan atom sekalipun semuanya memerlukan Allah yg Esa

#as-Samad bermaksud Allah Yg Maha Diperlukan. Allah ialah tempat manusia memohon, bergantung hidup, meminta dan segala2nya hanya kpd Allah

#Dlm tafsir Mafatih al-Ghayb, Ibnu Abbas berkata bahawa para sahabat bertanya:"Apakah makna as-Samad?"

Lalu dijawab baginda: "Dia ialah tuhan yg bertumpu (bergantung harap) kpdNya segala hajat"

#Imam al-Alusi menukilkan 2 pdpt mengenai as-Samad:

1. Drp Abu Hurairah: "Dia tdk memerlukan sesiapa dan apa2 pun sebaliknya Dialh tempat berhajat segala sesuatu"

2. Drp Ibn Jubair:"Dia Yg Maha Sempurna dlm segala sifat dan perbuatannya"

#Seseorang yg beriman akan benar2 menyedari bahawa segala sesuatu yg wujud didunia ini tdk ada satu pun yg terjadi melainkan dlm pemerhatian dan keiizinanNya jua

#Terdapat kisah yg menunjukkan Allah Maha Diperlukan utk dihayati:

"Ketika firaun dan bala tenteranya mengejar nabi Musa dan pengikutnya sehingga sampai ditengah laut, Nabi Musa memukul tongkatnya kembali hingga air laut bersatu. Firaun menjadi panik. Ketika Firaun tenggelam, inilah kata2 terakhirnya: Hai Musa! Aku percaya kpd Tuhanmu. Saat ini aku memerlukan pertolonganNya. Kerana itu selamatkanlah aku!. Tetapi ucapan Firaun ini sdh tdk ada gunanya lg. Ia tetap sombong dan angkuh dgn kekafirannya. Akhirnya matilah firuan dlm keadaan kafir.

#Jadi, apa lg yg mampu menyebabkan keresahan dan kegusaran hati org yg beriman jika kita benar2 bergantung kpd Allah yg Maha Esa dan bersifat as-Samad??

♡Harapanku hanya kpd Allah♡

🐊Ust naim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan