Ahad, 7 Jun 2015

CARA BERDAKWAH

♡Tadabbur Kalamullah♡

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah An-Nahl 125]

#Ayat ini menjelaskan bhw perlu ada cara yg berbeza utk sasaran dakwah yg berbeza.

#Tiga teras dakwah:

1. Kebijaksanaan:

-Yakni dgn mengemukakan hujah atau dalil yg jelas sehingga yg benar mengusir yg samar
-Sesuai utk yg ingin mengetahui kebenaran spt para umara' , pemikir dan cendiakawan

2. Pengajaran yg baik:

-Iaitu peringatan sihat yg mampu menyentuh akal dan hati.
-Menggunakan kaedah Targhib (memberi dorongan dan pujian) dan Tarhib (memberi peringatan, celaan dan ancaman)
-Sesuai utk masyarakat umum

3. Berdebat dgn cara terbaik:

-Segala-galanya mesti dilaksanakan penuh lunak bkn dgn keras dan kasar
-Tegas tetapi jgn keras
-Perlu dgn cara profesional, jgn emosional
-Mencari kebenaran bkn mencari kemenangan
-Sesuai bg golongan yg suka berdebat dan membantah yg sdh tak lut lg diseru dgn hikmah dan mau'izah hasanah

#Pelbagai kaedah dakwah diperkenalkan krn terdapat pelbagai sasaran spt golongan bijak, golongan awam dan golongan degil

#Kita melakukan kebaikan bkn kerana kita sudah baik tetapi itulah jln atau usaha utk kita menjadi org yg baik

#Meniru satu kebaikan, walaupun belum sempurna sudah dinilai sbg satu kebaikan

♡Mendekati sasaran dakwah dgn didikan drp Allah..itulah yg terbaeek♡

~SELAMAT HARI GURU~

🐊Ust naim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan