Ahad, 29 Jun 2014

♡TAZKIRAH 1 RAMADHAN♡

~Assalamualaikum sahabat2 seIslam~

Diceritakan bahawa Syeikh Abdul Aziz bin Abi Daud menghamparkan tilamnya, lalu ia meletakkan tangannya sambil bkata:

"Lembutnya engkau wahai tilam, tetapi tilam di syurga lebih lembut lagi"

Kemudian ia pun bangun sembahyang malam sehingga masuk waktu subuh.

~Allah...Alllah...hebatnya orang2 soleh di masa lalu..Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita meneladani mereka..aamiiin~

Firman Allah swt:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [Surat Al-Isra : 79]

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

1. Jauh daripada segala penyakit
2. Lahir kesan takwa pada wajahnya
3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4. Percakapannya mengandungi hikmah
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

♡Sama2 kita memohon keoada Allah agar dikurniakan kekuatan dan kemudahan untuk bangun beribadah di malam hari♡

Ustaz Naim
11.30pg/Sg buaya
1 Ramadhan 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan