Isnin, 7 April 2014

~DUNIA AKHIR ZAMAN~

☆Masa berlalu semakin cepat dan pantas sebagai peringatan besar kepada kita semua bahawa dunia kini berada dipenghujung usianya iaitu semakin hampir kepada berlakunya Qiamat yang dahsyat

☆ Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita

☆ Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan yang begitu banyak kepada kita agar tidak terheret dan ditenggelamkan oleh fitnah akhir zaman dengan berpegang kemas kepada al-Quran dan sunnah nabi

☆ Akibat fitnah yang begitu dahsyat terhadap keimanan sehingga digambarkan oleh nabi bagaimana ada orang yang beriman pada pagi harinya tetapi kufur pada petangnya, ada yang pada petangnya beriman tetapi menjadi kufur pada pagi keesokannya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah

☆ Dunia menjadi matlamat hidup sebahagian besar umat sehingga akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi pedoman sehingga wahyu Allah diketepikan

♡ Semoga kita sentiasa diselamatkan Allah dr sbrg fitnah dunia dan dimatikan kita dlm keadaan mempertahankan Islam dan Iman ♡

Ustaz Naim
7 Jamadil Akhir 1435H
Semenyih/8.35pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan