Selasa, 31 Disember 2013

5 MASALAH


Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Saya telah menanyakan kepada 700 orang alim mengenai lima masalah. Semua mereka memberi jawapan yang sama. 

1. Siapakah orang yang sempurna akal? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak menyintai dunia (mengambil dunia sekadar yang diperlukan). 

2. Siapakah orang yang cerdik? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak tertipu oleh dunia. 

3. Siapakah orang yang kaya? 
Mereka menjawab: Orang yang reda menerima bahagiannya daripada Allah. 

4. Siapakah orang yang mengerti agama? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak meminta berlebih-lebihan 

5. Siapakah orang yang bakhil? 
Mereka menjawab: Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah dalam hartanya.”

KEBAHAGIAAN HAKIKI

Ternyata kebahagiaan sejati tidak terletak pada harta. 

Firman Allah bermaksud: “...ingatlah hanya dengan zikrullah (mengingati Allah), hati menjadi tenteram” (Surah ar-Ra’ad: 28).

Qana’ah, reda dan syukur adalah tiga gandingan sifat terpuji yang saling berhubungan. Individu Muslim perlu memilikinya kerana ia adalah kunci ketenangan jiwa yang menjadi unsur utama menggapai kebahagiaan hidup. 
Menurut bahasa, qana’ah bererti berasa cukup. Dari segi istilah pula bermakna berasa cukup atau puas dengan apa yang dimiliki. Jelasnya, qana'ah bermaksud mencukupi dan reda atas segala rezeki dan kurniaan Allah SWT.

Allah SWT memandang mulia orang yang reda dengan kecukupan yang dikurniakan-Nya. 

Walaupun ia memiliki sedikit harta, tidak menyebabkannya hidup mengemis. Kaya dan miskin adalah pemberian dan ketentuan Allah sekali gus sebagai ujian. 

Mukmin sebenar apabila dikurniakan kekayaan dia bersyukur, jika ditakdirkan hidup miskin pula dia bersabar di samping berusaha memperbaiki taraf kehidupannya.

Kekayaan terkadang mengheret manusia menolak kebenaran seperti kemiskinan boleh menjerumuskan manusia ke dalam kehinaan.

KETENANGAN JIWA vs JIWA KACAU




Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bukanlah yang dinamakan kaya itu lantaran banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenarnya adalah kaya jiwa.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Apa yang disabdakan Nabi SAW itu memang benar. Kekayaan atau limpahan harta tidak semestinya dapat membeli kebahagiaan atau ketenangan jiwa. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, namun jika kamu mengingkari nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7).

Buktinya ramai manusia yang berharta, menghuni di kediaman mewah dan tersergam indah, namun mereka tidak menemukan rasa bahagia. Sebaliknya, ramai yang tidak berharta, kehidupannya serba sederhana dan kurang tetapi jiwanya tenteram.

Haruskah Ucapan Merry Christmas?

Ini pandangan ulama' kontemporari mngenai ucapan perayaan krismas

1~Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”.

★Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

2~Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’.

★Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali.

★Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

3~Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan.

★Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Justeru, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Wallahua'lam

Penulis: Ustaz Shauki Othman

Rabu, 18 Disember 2013

ISU NAMA YANG MAKRUH

Tidak boleh memberi nama Syamsyuddin?

Assalamua'laikum, Saya terbaca artikel di http://www.majalahislami.com/2010/05/nama-syamsuddin-bolehkah/ dan http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527.

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yg disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsyuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya?

Bukankah nama itu sebagai suatu doa? Sekian, terima kasih atas pencerahannya.Jazaakumullahukhaer.

JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam..

Benarlah apa yang dituliskan didalam kedua-dua artikel diatas. Salah satu nama yang di MAKRUH pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam.

Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini di Makruhkan oleh ulama’2 salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh didalam Fathul Baari :-

لا ينبغي التسمية باسم قبيح المعنى ، ولا باسم يقتضي التزكية له ، ولا باسم معناه السب ، ولو كانت الأسماء إنما هي أعلام للأشخاص ، ولا يقصد بها حقيقة الصفة ، لكنَّ وجهَ الكراهة أن يسمع سامع بالاسم ، فيظن أنه صفة للمسمى ، فلذلك كان صلى الله عليه وسلم يُحوِّل الاسم إلى ما إذا دُعيَ به صاحبه كان صدقاً“

Tidak boleh menamakan dengan nama yang buruk, atau nama yang memuji seseorang, atau nama yang mempunyai maksud menghina, walaupun nama tersebut hanyalah sebagai tanda kepada seseorang, dan tidak bermaksud sifat sebenarnya. Sebab mengapa nama tersebut makruh atau tidak disukai adalah kerana apabila seseorang mendengar nama tersebut, dia ingat bahawa ia menjelaskan nama seseorang. Maka Nabi saw menukar nama kepada sesuatu, jika seseorang itu dipanggil dengan nama tersebut, maka adalah [gambaran] sebenarnya”

Larangan al-Din sebagai penambahan didalam nama seseorang oleh ulama’ salaf disebabkan:-

1. Nama ini diberi kepada seseorang lebih dari apa yang dia layak. Maknanya, tidak mungkin seseorang itu boleh digelar dia adalah “Matahari Agama” atau Shamsuddin. Nama-nama ini menurut ulama’ ialah terlalu optimistik.

2. Pujian (nama tersebut) atau Tazkiyah adalah terlalu tinggi untuk makhluk yang bernama manusia.

Ulama’ seperti Imam al-Nawawi tidak menyukai nama gelarannya (laqob) Muhyiddin atau “Menghidupkan Agama”, termasuklah Ibn Taimiyyah yang tidak menyukai laqobnya Taqiy al-din.

WA.Sekian, wassalam

Tidak Dapat Menunaikan Nazar Kerana Haid??

Assalamualaikum,apakah hukum bagi seseorang yg bernazar utk berpuasa selama bebrapa hari sewaktu masih di luar negara sebelum ia pulang ke malaysia, tetapi tidak sempat utk menunaikan nazar demikian disebabkan beliau didatangi haid..tujuan beliau bernazar demikian adalah kerana ingin menguji diri berpuasa di musim panas di mana siangnya adalah panjang..namun, beliau tidak sempat utk menunaikan kerana datangnya haid dan beliau pula akan pulang ke malaysia.

JAWAPAN:

Wa'alaikumussalam Alhamdulillah.
Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Puasa nazar yang nyatakan tadi adalah puasa nazar muallaq (disangutkan).

Maknanya, nazar tersebut mempunyai kondisi - "Saya bernazar akan berpuasa selama ..... hari selama saya berada diluar negara". Maka apabila seseorang itu telah keluar pada negara tersebut, nazarnya telah terbatal, dan dia dikenakan kifarat (Kafaarat Yameen ).

 Firman Allah swt :-"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. "

[Surah al-Maa'idah : 89]

Sekian, wassalam

Apa Kamu Nak Kata Pada Mayat Ini

Apa Kita Katakan Ke Atas Mayat Ini?

Salam,Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang "Apa kita katakan ke atas mayat ini?" lalu dijawab oleh para makmum "Baik". Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Ada dalil ke atau perkara ni menyalahi syarak atau dibolehkan??? Mohon perjelasan

Jawapan:
Wa’alaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu.

Namun demikian, tidak kira apa niat seseorang itu, Allah yang sahaja dapat menentukannya. Kita berhukum diatas perkara yang zahir.

Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadith sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-

مر بجنازة فأثني عليها خيرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شرا فقال نبي الله صلى الله عليه وسلم وجبت وجبت وجبت قال عمر فدى لك أبي وأمي مر بجنازة فأثني عليها خير فقلت وجبت وجبت وجبت ومر بجنازة فأثني عليها شر فقلت وجبت وجبت وجبت فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض“

Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamu adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."

[Hadith Riwayat Imam Muslim No.1578].

Begitu juga didalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap do’a agar Allah swt .

ما من مسلم يموت فيشهد له أربعة من أهل أبيات جيرانه الأدنين أنهم لا يعلمون إلا خيرا , إلا قال الله ، عز وجل : قد قبلت قولكم ، أو قال : شهادتكم , وغفرت له ما لا تعلمون“

Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu”

[Hadith Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.]

Malah, Fatwa dari al-Lajnah al-Daaemah [9/154-155] menyebut:

وأما مجرد الثناء عليه عند ذكره ، أو مرور جنازته ، أو للتعريف به بذكر أعماله الجليلة ونحو ذلك مما يشبه رثاء بعض الصحابة لقتلى أحد وغيرهم ، فجائز ؛ لما ثبت عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : ( مروا بجنازة فأثنوا عليها خيرا . فقال صلى الله عليه وسلم : وجبت ، ثم مروا بأخرى فأثنوا عليها شرا فقال : وجبت . فقال عمر رضي الله عنه : ما وجبت ؟ قال : هذا أثنيتم عليه خيرا فوجبت له الجنة ، وهذا أثنيتم عليه شرا فوجبت له النار ، أنتم شهداء الله في الأرض ) – متفق عليه“

Pujian baginya apabila disebut, atau apabila jenazah lalu dihadapannya, atau dengan cara memberitahu orang lain akan kebaikkan yang dia lakukan atau seumpamanya, merupakan mirip cara yang dilakukan oleh beberapa sahabat yang memuji-muji mereka yang syahid di perang Uhud dan lain-lain, dan ia dibenarkan, sebagaimana hadith Riwayat Anas bin Malik ra yang berkata : Jenazah melewati mereka dan mereka berkata baik mengenainya, dan Nabi :saw bersabda : wajib (pasti). Kemudian lalu lagi jenazah dan mereka berkata buruk mengenainya, dan baginda berkata : wajib (pasti). Umar ra berkata : Apa yang pasti? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi."

[Hadith Muttafaq ‘Alaih]

Fatwa ini jelas membenarkan puji-pujian selepas pengkebumian atau ketika jenazah melaluinya dilakukan. Amalan yang dilakukan secara “formal” dikalangan masyarakat Melayu kita ini tidak menyalahi sunnah, malah jika amalan ini dihapuskan, berkemungkinan besar sunnah ini akan ditinggalkan selama-lamanya. Tidak mengapalah cara dilakukan itu kelihatan seperti memaksa, akan tetapi cuba kita fikir-fikirkan, apabila tiada lagi amalan tradisi ini, apakah amalan yang terbaik untuk menggantikannya? Sudahkah kita mempunyai alternatif lain?

WA. Sekian, wassalam