Isnin, 24 Jun 2013

AHLI SYURGA YANG DISAYANGI NABI SAW

Assalamualaikum Saudaraku…para pejuang sekalian para Jundullah para penegak agama ALLAH

[Ingin aku kisahkan seorang sahabat nabi yang mulia yang kita mungkin tidak kenal akan namanya....]

Saat itu suasana malam terasa gelap gelita, cuaca dingin menusuk tulang. Para sahabat pun berehat di khemah secara ala kadarnya yang telah mereka dirikan, agar tubuh kembali segar dan sihat kerana perjalanan yang jauh untuk ke Madinah pada esok hari telah menanti mereka.. Mereka baru sahaja keluar meninggalkan Tabuk, negeri yang baru saja mereka takluk dari tangan Romawi ; {Rajab tahun 9 H.}

Abdullah bin Mas’ud ra terbangun dari lenanya. Sayup-sayup dia mendengar suara seseorang yang sedang menggali tanah. Terdorong perasaan ingin mengetahui apa yang terjadi, maka dia pun bangkit dan memandang ke sekeliling tapak khemah itu. Samar-samar dia melihat ada cahaya lampu yang tidak benderang berada jauh di satu sudut, Dia mendekati ke arah lampu tersebut.

Dari jarak yang tak terlalu dekat, ia melihat Rasulullah saw sedang berada di dalam liang, sementara Abu Bakar dan Umar berada di sekitar liang yang digali oleh beliau (Nabi Muhammad S.A.W) sendiri. Kedua sahabat itu menyinari beliau(nabi) dengan pelita. Nabi saw bersabda, “Dekatkan jenazah saudara kamu kepadaku!.”

Ketika hendak meletakkannya di liang lahadnya, beliau berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya siang tadi aku telah redha kepadanya, maka redhailah dia.”
Air mata membasahi dari kedua mata beliau(nabi) seraya bersabda, “Sesungguhnya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” (saat menulis ini aku juga sedih kerana jenazah ini dikuburkan oleh baginda Nabi S.A.W)

Maka Ibnu Mas‘ud berkata, “Seandainya saja aku yang berada di liang tersebut.”(teringin menggantikan posisi jenazah)

Ibnu Mas‘ud berkata, “Demi Allah, sungguh aku bercita-cita seandainya saja aku yang menggantikan posisinya. Padahal aku lebih dahulu masuk Islam 15 tahun sebelum dia.”
Siapakah sahabat mulia itu?

Yang mana Rasulullah saw menggali liang dan menguburkan sahabat ini dengan kedua tangan beliau?

Beliau adalah Abdullah Dzul Bajadain Al Muzani. Sahabat yang telah syahid setelah berjuang melawan demam yang menderanya di Tabuk. 

Tentu anda tidak mengenali beliau bukan?

Namanya memang tidak sehebat sahabat yang lainnya. Dan bahkan namanya sangat asing di telinga kita. Dia disebut Abu Nu’aim dalam kitab ‘al hilyah’ sebagai salah seorang ahli Shuffah. Tapi asingnya nama beliau bukan bererti beliau tidak memiliki keistimewaan di hati Rasulullah saw. Beliau (nabi)menggali kubur dan memakamkan sahabat ini dengan kedua tangan beliau(nabi), menjadi bukti betapa mulia sahabat ini di mata beliau(nabi)

Beberapa pengkaji sejarah islamiyah menyebutkan bahwa ia bernama; Abdul Uzza dari kabilah Muzaniyah. Yang terletak di antara Mekkah dan Madinah. Kedua orang tuanya meninggal dunia saat ia menikmati masa kanak-kanak. Lalu ia diasuh oleh pakciknya sehingga berusia 16 tahun. Setelah mendengar beberapa ayat al Qur’an yang dibaca oleh sahabat Nabi ketika dalam perjalanannya ke Madinah, beliau memeluk Islam dan merahsiakan ke-Islamannya di hadapan pakciknya selama sekurang-kurangnya tiga tahun. Cuba fikir bagaimana beliau nak solat?, nak menjalankan syariat ALLAH di dalam kerahsiaan.

Jika ia hendak menunaikan solat, ia keluar ke padang sahara agar tak diketahui oleh pakciknya dan masyarakatnya. Bayangkan dalam keadaan panas beliau melakukan solat. mampukah kita? setandingkah kita?

Setelah ia mengwar-warkan ke-Islamannya, sang pakciknya marah dan menarik semua pemberian yang pernah ia berikan kepada Abdul Uzza. Tidak terkecuali baju yang melekat di tubuhnya. Namun ia tak berganjak dari menukar agamanya.... Kerana hidup dalam naungan Islam tak mampu ditukar dengan harta dunia. Bahkan emas dan permata sekalipun.

Di tengah perjalanan menuju Madinah, ia menemukan sehelai kain. Beliau mengambilnya dan membelahkannya menjadi dua. Sehelai kain dia jadikan sebagai sarung. Dan yang lain dia jadikan sebagai selendang. Seolah-olah beliau di dalam keadaan ihram.

Beliau sampai di Madinah sebelum waktu Subuh. Dan kebiasaannya Rasulullah saw setelah solat, beliau memperhatikan wajah-wajah para sahabat satu persatu. Setelah beliau menemukan wajah asing yang belum pernah beliau lihat, beliau bertanya, “Siapakah engkau ini? Dan mengapa engkau berpakaian seperti ini?.”

Dia menjawab, “Namaku; Abdul Uzza. Dan aku mengenakan pakaian seperti ini kerana pakcikku mengusirku dari rumah dan menarik semua pemberiannya kepadaku termasuk pakaian yang kukenakan. Aku sabar selama tiga tahun sehingga aku datang menemui Engkau dalam keadaan istiqamah mentaati Allah swt.”

Nabi saw bersabda, “Sejak hari ini engkau bukan lagi Abdul Uzza, tapi Abdullah Dzul Bajadain. Allah akan mengganti kedua potong pakaianmu ini dengan rumah dan pakaian di syurga. Engkau boleh mengenakannya pada bila-bila waktu yang engkau suka dan menikmati hidangan di dalam rumahmu apa yang engkau suka.”

Setelah itu ia menjadi penghuni Shuffah dan banyak menghafal al Qur’an dari Nabi saw.

Dia dikenali sebagai sahabat yang menguatkan suara saat ketika berdo’a dan memohon kepada Allah swt. Ibnu Adra’ menuturkan, ““Pada suatu malam aku pergi bersama Rasulullaah saw, kemudian beliau menghampiri seorang lelaki di dalam masjid sedang berdoa dengan suaranya yang kuat. Aku (ibn Adra’) berkata, ‘Wahai Rasulullaah, barangkali lelaki ini sedang riya’ (memamerkan ibadahnya).’ Beliau (nabi) bersabda: “Bukan, dia sedang berdo’a dan mengadu.” H.R; Baihaqi.

Ketika hendak berangkat ke Tabuk, Dzul Bajadain berkata kepada Nabi, “Berdoalah kepada Allah agar memberikan aku mati syahid, wahai Rasulullah.”

Maka Nabi mengikatkan seutas tali berwarna coklat (dibuat dari batang sebuah pohon). Beliau berdoa, “Ya Allah, aku mengharamkan darahnya untuk orang-orang kafir.”

Mendengar doa beliau, Dzul Bajadain berkata, “Bukan itu yang kuinginkan.”

Nabi bersabda, “Sesungguhnya ketika engkau keluar untuk berperang, kemudian engkau sakit demam hingga wafat, atau terlempar dari hewan tungganganmu hingga lehermu patah, maka engkau adalah syahid.”

Dan sejarah mencatatkan bahawa beliau syahid kerana demam yang dideritanya.

Semoga Allah dan rasul-Nya meredhaimu wahai Dzul Bajadain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan