Rabu, 19 September 2012

PESAN USTAZ

PEROKOK TEGAR

Seorang perokok tegar bercita-cita untuk berhenti merokok. Sudah lama dia menanamkan hasrat itu, tetapi belum juga berjaya sepenuhnya. Walaubagaimanapun, semakin hari semakin berkurangan. Semasa dia sudah berhenti merokok, dia masih lagi berkawan dengan rakan-rakan yang merokok. Dilihat rakan merokok, bibirnya terasa seperti air liurnya meleleh. Semakin dilihat, semakin terkesan pada hidupnya. Makanya, bagi menghilangkan ‘gian’, dia pun mengambil sebatang rokok, diletakkan dibibirnya tanpa dinyalakan api. Dalam keadaan begitu, dia merasa bersalah, tetapi tetap berazam untuk berhenti dari merokok, sehinggakan satu ketika itu, dia melihat orang yang merokok pun, tidak menarik minatnya untuk merokok lagi.

Begitu juga bagi orang yang berdosa. Apabila dia sudah bertaubat, dia sudah berazam tidak mahu mengulangi dosa-dosa yang lalu. Namun, kala rakan-rakan di sekelilingnya dilihatnya sedang melakukan maksiat, kadangkala memberi pengaruh kepada dirinya untuk mengulangi balik dosanya itu. Dia turut melakukannya, tetapi selepas melakukan dosa tersebut, hatinya merasa cukup bersalah dengan tuhan. Namun begitu, dia tetap berusaha lagi untuk berhenti dari mengulangi dosa dengan cara berkawan dengan orang-orang bertaqwa. Akhirnya, tindakannya itu memberi kesan pada dirinya sehinggakan maksiat itu sudah tidak terlintas langsung untuk dilakukannya.

DOSA VS TAUBAT

Tahu tak apa hikmah di sebalik Allah ciptakan dosa dan taubat? Ibn Qayyim (adalah tokoh psikologi Islam) kata dosa itu boleh jadi rahmat. Manusia itu lemah dan tidak lari dari melakukan dosa. Tapi Allah juga ciptakan taubat yg membuatkan dosa itu menjadi rahmat.

Ibn Qayyim kata lagi, jika manusia itu benar-benar berfikir dan positif, ketahuilah dosa yang dilakukannya boleh mendatangkan kesedaran. Tersedar hinanya diri di hadapan Tuhan, tersedar rendahnya martabat diri, tersedar bahawa betapa manusia itu benar-benar memerlukan pemeliharaan dan perlindungan Allah... kita selalu meminta dalam solat agar Allah meninggikan darjat kita. Tapi fahamkah kita bagaimana Allah akan meninggikan darjat seorang manusia?Dan Ibn Qayyim berkata lagi, Allah akan meninggikan darjat seorang manusia itu bergantung pada kualiti taubatnya...

SYARAT TAUBAT

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan