Rabu, 27 Jun 2012

Persoalan Najis: Bulu

Bulu haiwan sekiranya dibawa dalam sembahyang perlu dilihat, samada ianya bernajis atau tidak. Ini kerana jika ia adalah bulu yang dikategorikan sebagai najis, maka tidak sah dibawa dalam sembahyang. Mari kita perincikan persoalan ini, moga-moga ia menambah pengetahuan kita dalam hal yang sangat berkait dengan sembahyang kita.

1. Bulu yang dicabut / tercabut sewaktu haiwan itu hidup :

a) Jika daripada haiwan yang halal dimakan seperti ayam - Tidak Najis

b) Jika daripada haiwan yang haram dimakan seperti kucing - Najis


2. Bulu yang dicabut / tercabut sewaktu haiwan itu mati :

a) Jika daripada haiwan yang halal dimakan & mati kerana sembelihan - Tidak Najis

b) Jika daripada haiwan yang halal dimakan & mati bukan kerana sembelihan - Najis

c) Jika daripada haiwan yang haram dimakan - Najis

3 ulasan:

  1. salam ustaz,
    saya sangat lah menghargai jika ustaz sertakan juga jika ada dalil2 sohih yang menyokong pernyataan sebegini.
    sebab sy yakin, sebahagian besar rumah umat islam di malaysia ini ad membela kucing.

    BalasPadam
  2. Salam..apa yg tercatat dlm artikel diatas adalah berdasarkan pandangan mazhab. Untuk lbh ilmiah sila baca dibawah:

    1. Ulama mazhab Shafi'i dan Hanbali yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.

    2. Ulama'mazhab Hanafi dan Maliki mengatakan bulu kucing tidak najis kerana berpandukan dalil berikut:

    1. hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

    Hadits diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda, "Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)

    Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.

    Wallahu A`alam

    BalasPadam
  3. Dipetik daripada kitab hidayatus sibyan (mazhab syafie) pada fasal menyatakan ain najis dan cara menghilangkannya.


    “Bermula sekalian binatang suci sekaliannya pada ketika hidupnya melainkan anjing dan babi. Bermula segala juzu’ bangkai iaitu najis sekaliannya melainkan bangkai manusia, ikan, dan belalang. Dan bermula juzu’ yang bercerai daripada binatang yang hidup iaitu seperti bangkainya pada hukum najisnya dan sucinya melainkan bulu binatang yang halal dimakan akan dia iaitu suci.”


    Hasillah daripada ayat diatas, bulu kucing adalah bukan najis ketika ia masih belum tertanggal daripada tubuhnya. Tetapi adalah bulunya itu najis setelah tertanggal daripada tubuhnya samaada ketika hidupnya atau matinya kerana mengambil hukum daripada hukum selepas matinya (bangkai kucing adalah najis).

    Ringkasan

    1.Bulu kucing yang belum tertanggal daripada badannya = tidak najis
    2.Bulu kucing yang sudah tertanggal daripada badannya = najis

    Wallahuaqlam

    BalasPadam