Isnin, 5 Mac 2012

TIADA INSAN YANG TAK DIUJI

Dicatat oleh Ahmad Firdaus Azis

Firman Allah swt: Patutkah Manusia menyangka bahawa Mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami Beriman", sedang mereka tidak diUji (dengan sesuatu Cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terDahulu daripada mereka, maka (dengan Ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya Beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang Berdusta. (Al-'Ankabuut 2,3)

Temanku, kita semua pasti diuji...
• ada insan yang diuji dengan Kesusahan, Kemiskinan ketika Hidup.
• ada insan yang diuji dengan Kesakitan, dihidapi bermacam Penyakit ketika Hidup.
• ada insan yang diuji dengan Kekayaan, Kesenangan ketika Hidup.
• ada insan yang diuji dengan Kegagalan, Muflis ketika Hidup.
• ada insan yang diuji dengan Pangkat, Kedudukan ketika Hidup.
• ada insan yang diuji dengan Kecantikan, Wanita ketika Hidup.
• ada insan yang diuji dengan Kecacatan, Lumpuh ketika Hidup.


Temanku, ketahuilah...
• bila engkau lihat seseorang yang Kaya, Bergaji Besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diUji.
• bila engkau lihat seseorang yang Cantik, Kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diUji.
• bila engkau lihat seseorang yang berPangkat, berKedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diUji.
• bila engkau lihat seseorang yang Alim, Hebat, banyak Ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diUji.
• bila engkau lihat seseorang yang Sedih, Gagal, ditimpa Bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diUji.
• bila engkau lihat seseorang yang Sakit, Susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diUji.
• bila engkau lihat seseorang yang Cacat, Lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diUji.


Temanku, ingatlah...
• kita Kaya, Bergaji Besar, kaya, bergaji besar itu menjadi Ujian kita.
• kita Cantik, Kacak, cantik, kacak itu menjadi Ujian kita.
• kita berPangkat, berKedudukan tinggi, pangkat, kedudukan tinggi itu menjadi Ujian kita.
• kita Alim, Hebat, banyak Ilmu, alim, hebat, banyak ilmu itu menjadi Ujian kita.
• kita Gagal, Sedih, ditimpa bencana, gagal, sedih, ditimpa bencana itu menjadi Ujian kita.
• kita Sakit, Susah, sakit, susah itu menjadi Ujian kita.
• kita Cacat, Lumpuh, tak beberapa Cantik, cacat, lumpuh, tak beberapa cantik itu menjadi Ujian kita.

Begitulah hakikatnya, kita semua pasti akan diUji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah sampainya Ajal. Dilepasi satu Ujian, akan datang pula Ujian yang lain, begitulah seterusnya. “ Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat menghadapi Ujian-Ujian ini. (Redha dengan Ketetapan Allah, masih sentiasa Bersyukur dalam keadaan apapun. Sabar menghadapinya. Tidak lalai, leka dengan Nikmat kurniaan Allah, tidak lupa pada Allah. Mampu pelihara Diri dari Durhaka pada Allah. Makin sentiasa dirasakan kezuhudan pada Diri, makin bertambah keinginan untuk Beribadat, Bersyukur pada Allah. Tiada sifat Sombong, Riak, Ujub, Dengki pada Dirinya) ”.


Inilah contoh & antara hasil keadaan yang dilalui Kita bila diUji, memang sukar menghadapi, melepasi Ujian ini, apatah lagi bila Hidup kita masih dipenuhi, diselangi perbuatan Mazmumah, Maksiat, Dosa-Dosa. Tahap Iman, Taqwa kita Lemah, kefahaman Islam kita kurang, amal kita kurang. Demikian perlu untuk kita kuatkan dalaman Kita, perlu difahami, didalami Islam sebanyaknya. Insya’ allah, hasil kefahaman yang mendalam itu akan melahirkan Keyakinan yang kuat untuk terus tabah menghadapi Ujian-Ujian Hidup, redha dan tidak alpa.


Ingin Saya nasihatkan Diri dan Pembaca-Pembaca. Perlu kita sentiasa berhati-hati dalam bercakap, menilai Orang. Amat perlu dinilai sama & sentiasa akan keadaan Diri kita. Kekuatan, Ketabahan, Kesabaran Hidup sangatlah sentiasa perlu dipohonkan pada Allah, kita tak tahu waktu Hidup ini bila berakhir, mungkin suatu masa Ujian-Ujian lain akan ditimpa juga pada kita. Demikian perlu untuk sentiasa pohon pada Allah supaya dikuatkan Iman, ditetapkan Hati atas jalan yang diredhaiNya. Jangan kita sewenangnya mudah mengata, mengejek, mengaibkan Orang. Telah ramai insan lain yang sudah pergi meninggalkan kita.


Ada dikalangan mereka yang mampu bersabar, mampu mengawal Diri bila berhadapan dengan Ujian-Ujian Hidup, mereka tidak semudahnya derhaka pada ketetapan Allah, leka, lupa dengan Nikmat Allah. Dan ada dikalangan mereka yang tak mampu bersabar, tewas Diri bila berhadapan dengan Ujian-Ujian Hidup.


• kita tak tahu bagaimana Hidup kita bila diuji dengan Kesusahan, Kemiskinan, Kecacatan, Lumpuh.
• kita tak tahu bagaimana Hidup kita bila diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam Penyakit.
• kita tak tahu bagaimana Hidup kita bila diuji dengan Kekayaan, Kesenangan.
• kita tak tahu bagaimana Hidup kita bila diuji dengan Pangkat, Kedudukan, Wanita.
• kita tak tahu bagaimana Hidup kita bila diuji dengan Kegagalan, Muflis, ditimpa Bencana.
• kita tak tahu bagaimana Hidup kita bila diuji dengan keAliman, Hebat, banyak Ilmu.


Sebagai tauladan, penguat semangat Kita, marilah sama-sama Kita baca, hayati sejarah, kisah Nabi-Nabi terdahulu, para-para Ulama’. Mereka telahpun diUji dengan berbagai Ujian yang lebih dasyat lagi, tak dapat nak dibanding dengan keadaan Kita hari ini, bukan mudah nak menjadi hamba yang Benar-Benar Soleh, berIman, berTaqwa. Nabi Ayub as, diuji dengan penyakit selama berpuluh-puluh Tahun. Nabi Lut & Nuh as, berhadapan dengan Isteri sendiri yang Durhaka pada Allah. Nabi Zakaria as yang diGergaji. Nabi Muhammad saw yang diancam diBunuh, para sahabat-sahabat, Ulama’-Ulama’ ada yang diSiksa.


Teman...Kita ada Allah, Tuhan yang Berkuasa, yang menciptakan Kita.
Kita ada Islam, Agama, cara Hidup yang selamat, sempurna, yang datang dari Tuhan kita.
Kita ada al-Quran, Kitab Hujjah, Panduan dalam Hidup kita.
Kita ada Nabi, yang telah mengajar, berpesan, memberi Peringatan pada Kita.
Marilah kita metauhidkannya, menerima, menuruti & meyakini segalanya.


Mudahan kita terus bersemangat, tabah menghadapi apa-apa Ujian. Tidak dan jangan berputus Asa. Segalanya sudah pasti punyai Hikmah yang tidak kita ketahui dari Allah swt. Sama-sama Renungi ayat-ayat ini:


Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di Langit maupun di Bumi; Dia mengetahui apa yang kamu Rahsiakan dan apa yang kamu Lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu Usahakan. (Al-An'aam 3)


Dan boleh jadi kamu Benci kepada sesuatu padahal ia Baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu Suka kepada sesuatu padahal ia Buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak Mengetahuinya. (Al-Baqarah 216)


Kerana boleh jadi kamu Bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu Benci itu Kebaikan yang Banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 19)


Kamu tidak Mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu Sesuatu hal yang Baru. (Ath-Thalaaq 1)

Hakikat sebenar Kehidupan Dunia, tempat diuji untuk ke Akhirat. Firman Allah swt:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (Ujian & Cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang Terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa Kepapaan (Kemusnahan Hartabenda) dan serangan Penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya Musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang Beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu Dekat (asalkan kamu Bersabar dan berpegang Teguh kepada Ugama Allah). (Al-Baqarah 214)


Tiap-tiap Diri akan merasai Mati, dan Kami menguji kamu dengan Kesusahan dan Kesenangan sebagai Cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan diKembalikan. (Al-Anbiyaa' 35)

• kita patuh, laksana Perintah Allah, tapi rasa susah, banyak masaalah dalam Hidup kita. itu adalah Ujian dari Allah.
• kita patuh, laksana Perintah Allah, dan rasa senang, gembira dalam Hidup kita. itu juga adalah Ujian dari Allah.
• kita derhaka, abai Perintah Allah, dan rasa susah, banyak masaalah dalam Hidup kita. itu adalah balasan, peringatan dari Allah.
• kita derhaka, abai Perintah Allah, tapi rasa senang, gembira dalam Hidup kita. itu adalah istidraj dari Allah. (istidraj, contoh mudah seperti Firaun)

حسبنا الله ونعم الوكيل
لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada ulasan:

Catat Ulasan