Isnin, 19 September 2011

Ujian & Dugaan. Sunnah Allah!



Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang kepada ana untuk meneruskan perkongsian di dalam blog ini setelah sekian lama menyepi...

sepi...bukan kerana lari dari medan ini walau diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan, ana percaya setiap ujian dan dugaan yang melanda dalam diri seorang da'ie adalah SUNAH ALLAH.

Imam Hassan Al-Banna memberitahu bahawa;

'Sudah pasti akan berlaku ke atas kita SUNNAH ALLAH yang berupa ujian dan dugaan.'

Janganlah kita menganggap ujian dan dugaan yang diturunkan adalah satu natijah atau hasil dari kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pendakwah. Adakah boleh diterima kalau dikatakan bahawa Rasulullah dan para mu'minin yang bersama baginda serta para rasul yang menghadapi gangguan dan penyeksaan itu sebagai natijah atau hasil dari kesalahan yang terbit dari mereka??.

Hakikatnya ialah musuh-musuh Allah memerangi dan menghalang para da'i yang benar hanyalah kerana mereka takut yang haq(benar) itu akan menghapuskan kebatilan mereka.

Jalan dakwah itu dipenuhi dengan duri dan ranjau, bukan ditabur dengan bunga-bungaan. sebagai pendakwah perlulah bersabar menanggung penderitaan dan melangkahi segala halangan tanpa berhenti, tanpa lemah dan bersabar menanggung penderitaan disamping memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah.

Sahabat...janganlah disebabkan ujian, kita berhenti dari berdakwah kepada Allah, berhenti dari kegiatan dakwah, agar tidak lagi berhadapan dengan ujian yang berupa gangguan, tohmahan, fitnah dan pencerobohan. jelas kepada kita bahawa Rasulullah yang juga pemimpin kita menyeru orang-orang musyrikin juga menghadapi pelbagai gangguan dan penyeksaan. Tetapi baginda tidak pun berhenti dari menyebarkan dakwah. Tidak berhenti dari kegiatannya walaupun terdedah kepada gangguan dan penyeksaan berkali-kali dan berturut-turut.

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang lain yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah sesudah itu? kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu'min bertawakal" (surah Ali-Imran:100)
Apabila berbicara soal ujian dan dugaan, ana yakin mereka yang berada di atas jalan dakwah ini tidak akan lari dari difitnah. Ana tertarik dengan sepotong ayat daripada buku Jalan Dakwah tulisan Mustafa Masyhur iaitu antara azab Allah dan fitnah manusia. Antara keduanya terdapat perbezaan yang sungguh besar. 'Lebih baik kita pilih fitnah manusia untuk mengelak daripada 'azab Allah dan janganlah kita samakan fitnah manusia dengan 'azab Allah'.

Damaikanlah hatimu wahai sahabat-sahabat seperjuanganku.... teguhkan hatimu.... yakinlah kemenangan bersama orang-orang yang bersabar.
Masa yang ada pada kita adalah sedikit untuk berlatih sedangkan jalan yang akan ditempuhi amat jauh. banyak pula halangan dan rintangannya tetapi itulah satu-satunya jalan yang boleh sampai kepada tujuan dan mendapat ganjaran yang banyak dan pahala yang baik-baik.

Memang....

Kita tidak minta diuji,
Tidak minta berhadapan dengan musuh,
Malah kita memohon kepada Allah supaya kita sentiasa berada dalam aman selamat.

Tetapi....

kalau sudah terserempak dengan musuh,
Terdedah kepada gangguan dan penyeksaan,
kita harus tabah dan cekal tidak berganjak, tidak lemah...

Sirah Rasulullah banyak menceritakan kisah bagaimana baginda dan orang-orang muslimin menghadapi fitnah dan penyeksaan di tangan pihak musyrikin di Makkah, hingga gugur syahid Yasir dan isterinya radiyallahu 'anhuma. kita semua tahu kisah bagaimana Rasulullah ketika melalui tempat Yasir dan anak isterinya sedang diseksa, baginda tidak berbuat apa-apa selain dari berkata kepada mereka:

" Bersabarlah wahai keluarga Yasir, syurga telah dijanjikan kepada kamu". Padahal kalau dikehendaki Allah nescaya dilindunginya orang-orang beriman itu dari penyeksaan pihak kafir.

Tetapi ini tetap berlaku kerana SUNNAH ALLAH ke atas mereka.
Baginda pernah menjawab soalan daripada muslimin yang meminta supaya Rasulullah memohon pertolongan untuk mereka ketika menghadapi ujian. Baginda menjawab: " Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditanam dalam tanah kemudian dibawa gergaji dan digergaji dari kepalanya hingga ke bawah hingga terbelah dua. Ada yang disikat besi sekali dengan daging dan tulangnya."

Sahabat.... APAKAH KAMU AKAN MUNDUR LARI???

Sama-samalah kita memuhasabah diri dan beristighfar andai terdetik di dalam hati untuk meninggalkan jalan dakwah ini.

Walau sehebat manapun ujian yang diberi....Redhalah... hadapinya dengan senyuman kerana sesungguhnya musuh-musuh islam gementar dan gurun melihat kita senyum. Mereka suka melihat kita stress, murung dan lemah.

Hanya sedikit perkongsian bagi mengisi hati-hati kita yang mungkin sedang berperang untuk menghadapi ujian... walau bagaimanapun, kita perlu sedar dan faham kedudukan sebagai hamba Allah hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allahlah yang menentukan. Justeru, banyakkanlah mengingati Allah dengan membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah. Mohonlah agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi ujian.

" Jika Kau Tewas di Medan JIHAD,
Gelaran Syuhada Allah Memberi,
Arwah-arwah pahlawan senyum melihat,
MUJAHID Bangga Melepas Pergi"

Waallahu'alam... ~Bersedia ditarbiyyah untuk mentarbiyyah~

Posted by Munirah Atirah Binti Mohd Musleh
http://kebenarantersingkap.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan