Jumaat, 30 September 2011

KHUTBAH JUMAAT 30 SEPTEMBER 2011

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Ayat yang dibacakan di awal khutbah tadi menjelaskan bagaimana Allah SWT memberi peringatan kepada manusia yang berbangga dengan bilangannya dan pengikutnya yang ramai sedangkan mereka itu akan menyesatkannya dari jalan yang benar. Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?. Rasulullah s.a.w menjawab orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa".(Riwayat Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba' (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan.

Antara sifat ghuraba' ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud;

"Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu. Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku".

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh Baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan.

Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:

"Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman".

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma'ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah SWT, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba' dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba' ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma'ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma'ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba' (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.?. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat?. Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?.

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud;

"Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak".(Riwayat Ahmad)

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang.

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan". (Hud :112)

Khutbah Jumaat Bacaan 30 September 2011

Selasa, 27 September 2011

MENEGUR PEMIMPIN SECARA TERBUKA DI SISI SYARA': PERBAHASAN HUKUM

Islam adalah agama nasihat. Kita sewajarnya memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk juga para pemimpin kita. Itu merupakan perkara pokok dalam agama dan asas kepada pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda:

الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)

Islam juga menyuruh kita supaya berusaha mencegah mungkar sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:

من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Persoalannya bagaimanakah cara untuk kita menasihati atau mencegah kemungkaran serta mengubahnya mengikut panduan Islam dan petunjuk daripada salafussoleh? Adakah dengan cara kita membantah dengan cara terbuka atau pun dengan cara tersembunyi? Jikalau pemimpin kita melakukan kemungkaran maka apakah cara yang terbaik untuk mencegah kemungkaran yang dilakukannya?

Dalam persoalan ini sebenarnya Islam telah memberikan jawapan yang tepat kepada kita. Sebagai umat yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas dakwah dan islah, Islam memberikan kepada kita cara-cara supaya menepati dengan hakikat syara’ itu sendiri.

Sememangnya perkara asal dalam agama apabila berhadapan dengan orang yang melakukan maksiat adalah tidak mendedahkannya kepada khalayak umum serta menasihatinya secara bersendirian tanpa diketahui oleh orang lain.Rasulullah s.a.w telah bersabda:

إنَّ الله سِتِّيرٌ يُحِبُّ السِّتْرَ

“Sesungguhnya Allah itu Maha Menyembunyikan (kesalahan) dan amat suka menyembunyikan (kesalahan)” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

لا يستر عبد عبدا في الدنيا الإ ستره الله يوم القيامة

“Tidaklah menyembunyikan seorang hamba itu akan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya pada hari kiamat” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun begitu perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan yang digelar sebagai Al-Mujaahir. Maka bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran, mengisytiharkan dosa mereka dikhalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu, menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan ancaman kepada oarng lain supaya tidak mencontohinya. Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.

Imam Ahmad Radiallahu Anhu telah berkata:

الناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ : ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له

“Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan mengzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah” (lihat Al-Amru Bil Makruf wa Nahyu ‘An Mungkar, karangan Imam Al-Khallal, m.s 35)

Imam Nawawi Radiallahu Anhu berkata:

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ( أهل السُّؤددِ والفَضْلِ الذين لا يُعْرَفُون بالشَّرِ والفسادِ ) ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang disunatkan di sini, maka maksudnya adalah memnyembunyikan kesalahan orang-orang kenamaan (pemimpin dan orang yang berjasa yang tidak masyhur dengan perbuatan jahat dan kerosakkan) serta seumpama dengannya. Yang terdiri dari mereka yang bukan terkenal dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka disunatkan agar tidak disembunyikan perbuatnnya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa sekiranya tidak dikhuatiri kemudaratan dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikannya semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mencontohinya..” (Syarah Sahih Muslim karangan Imam An-Nawawi 16/135)

Perkara ini juga antara perkara yang mengharuskan mengumpat (menceritakan keburukan orang lain kepada masyarakat awam). Perkara ini telah ditegaskan oleh ramai ulama seperti Imam Nawawi dalam kitab beliau Riadhussolihin dalam bab keharusan mengumpat (ibahatul Ghibah).

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali Radiallahu Anhu berkata:

واعلم أنَّ الناسَ على ضربين
أحدهما : من كان مستوراً لا يُعرفُ بشيءٍ من المعاصي، فإذا وقعت منه هَفْوةٌ أو زلَّةٌ فإنَّه لا يجوزُ كشفُها ولا هتكُها، ولا التَّحدُّثُ بها والثاني : من كان مشهوراً بالمعاصي مُعلناً بها، لا يُبالي بما ارتكبَ منها، ولا بما قيلَ له، فهذا هو الفاجرُ المُعْلنُ، وليس له غيبةٌ، كما نصَّ على ذلك الحسنُ البَصْريُّ وغيرُه.

“Ketahuilah bahawa manusia ada dua golongan:

Pertama: Orang yang tidak dikenali serta tidak masyhur dengan perkara maksiat, maka sekiranya terjadi kepadanya kesilapan kecil dan kekurangan maka tidaklah boleh mendedahkannya dan merosakkan maruahnya serta tidak boleh diceritakan..

Kedua: Orang yang masyhur dengan perbuatan maksiat serta secara terang-terangan dan tidak segan silu melakukannya serta tidak hiraukan nasihat yang diberikan kepadanya maka ini adalah orang jahat yang menzahirkan dosanya. Tidak berdosa mengumpat dirinya sebagaimana yang telah dinaskan oleh Hassan Basri serta selainnya.” (Jaamiul Uluum Wal Hikam)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata:

قال جمعٌ مُحَقِّقُون : إلاَّ على مَشْهُورٍ ببدعةٍ، أو فُجُورٍ ونحوِه كَكَذِبٍ، فَيُسنُّ إظهارُ شَرِّه، وسِتْرُ خيرِه ليرتدِعَ نظيرُه

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata: Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)

Begitulah juga yang telah dinyatakan oleh ulama-ulama besar yang lain seperti Imam Ibnu muflih dalam kitabnya Al-Furu’(2/217) dan Imam Al-Mardawi dalam Al-Insoof (2/506).

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:

من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:

أَقِيلُوا ذَوِي الهيئاتِ عَثَراتِهم

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis tersebut adalah merupakan perkara asal dalam kita mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin dengan menggunakan uslub lemah lembut dan kesopanan. Itulah cara untuk berhadapan dengan pemimpin yang adil dan saksama serta tidak masyhur dengan kezaliman dalam pemerintahannya.

Namun, sekiranya pemimpin tersebut merupakan pemimpin yang menzahirkan perbuatan maksiat dihadapan rakyat dan tidak menghiraukan nasihat orang lain terhadapnya maka dibenarkan untuk didedahkan perbuatannya itu serta dinasihatkan di khalayak ramai agar seluruh manusia mengetahui keburukan perbuatannya itu lalu tidak mengikutinya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Qayyim di dalam kitab Badai’ Al-Fawaid (3/138):

والظاهرُ أنَّهم ذوو الأقدارِ بين النَّاسِ من الجاهِ، والشَّرفِ، والسُّؤدد، فإنَّ الله تعالى خصَّهُم بنوعِ تكريمٍ وتفضيلٍ على بني جنسِهم، فمن كان منهم مستوراً مشهوراً بالخيرِ، حتى كَبَا به جوادُه، ونبا عَضَبُ صبْرِه، وأُديلَ عليه شيطانُه، فلا تُسارع إلى تأنيبِه وعقُوبتِه؛ بل تُقالُ عَثْرتُه، ما لم يكن حداً من حدودِ الله، فإنَّه ينبغي استيفاؤه من الشَّريف

Kesimpulannya kita tidak diharuskan mendedahkan kemungkaran pemimpin kepada rakyat dan membuat teguran terbuka sekiranya terdapat 4 perkara kepada mereka iaitu:

1. Mereka adalah pemimpin dan orang kenamaan
2. Dikenali dengan kebaikan kepada rakyat dan adil serta tidak zalim
3. Tidak melakukan kemungkaran secara terang-terangan
4. Dosa mereka tidak melibatkan persoalan hudud Allah s.w.t

Oleh itu sekiranya mereka melakukan kezaliman secara terang-terangan maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menegurnya dan diharuskan untuk dilakukan secara terbuka bahkan menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim dikira sebagai jihad yang paling afdal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

أن رجلاً سأل النبى ( صلى الله عليه وسلم ) أى الجهاد أفضل ؟ قال : كلمة حق عند سلطان جائر

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar dihadapan pemimpin yang zalim”

Wallahu A’alam

http://ibnubarqi.blogspot.com/2010/10/menegur-pemimpin-secara-terbuka-di-sisi.html

MALU

Malu kepada Allah
sebelum malu kepada manusia.

"الحياء و الإيمان قرناء جميعًا فإذا رفع أحدهما رفع الأخر"
Perasaan malu dan Iman adalah teman.Bila satunya diangkat,yang lagi satu pun ikut sama.

Malu kerana bodoh sombong,
Bukan malu kerana ingin tahu.

Malu kerana berduaan dengan yang bukan mahram,
Bukan malu tidak bercouple.

Malu kerana membuat maksiat,
Bukan malu kerana mencegahnya.

Malu kerana menyebarkan kelekaan,
Bukan malu kerana menyebarkan kebenaran.

Malu kerana berpakaian ketat dan haram,
Bukan malu kerana berpakaian sopan dan halal.

Malu kerana berbuat jahat,
Bukan malu kerana berbuat baik.

Malu dengan Allah,
sebelum malu dengan manusia.


"الحياء و الإيمان قرناء جميعًا فإذا رفع أحدهما رفع الأخر"
Perasaan malu dan Iman adalah teman.Bila satunya diangkat,yang lagi satu pun ikut sama.

Perasaan malu itu ada sebahagian daripada Iman.

Kenapa Perlu Mengumpul Saham Akhirat & Bagaimana Caranya?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin ramai yang tahu bahawa saham akhirat perlu dikumpul dengan melakukan amal soleh supaya dapat memiliki syurga dan menghindari diri dari api neraka. Tetapi cukupkah amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini untuk menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak?

Kaya pahala di dunia belum tentu kaya juga di akhirat kelak. Kerana pahala yang kita miliki hari ini perlu digunakan untuk membayar hutang-hutang dosa yang kita lakukan. Terdapat 2 dosa yang perlu kita tanggung sepanjang hidup di atas dunia ini sepertimana berikut:

1.Dosa dengan Allah.
2.Dosa dengan manusia dan makhluk Allah yang lain.

Kita mungkin akan terselamat dari dosa dengan Allah selagi mana kita bertaubat. Itulah janji Allah yang maha penyayang. Tetapi bagaimana dosa kita dengan manusia? Dosa kita dengan haiwan? Dosa-dosa ini tidak terampun selagi kita tidak memohon maaf dengan mereka meskipun kita sudah bertaubat.

Dosa yang tidak terhapus ini akan menjadi beban hutang yang sangat banyak kepada kita. Di hari perhitungan kelak kita akan membayar hutang-hutang ini dengan pahala yang berjaya kita kumpulkan sepanjang hidup di atas dunia. Fikirkan sendiri, cukupkah saham pahala yang kita kumpulkan selama ini untuk membayar hutang dosa-dosa kita? Jika tidak cukup, maka kita terpaksa mengambil dosa dari mereka pula.

Satu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat,

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”…Jawab sahabat, “Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”…Kata Nabi saw, “Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”. (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Nah! Bayangkan sendiri! Mereka yang sempurna solatnya, cukup zakatnya dan baik amalan puasanya pun akan menjadi muflis disebabkan amalan buruknya di atas. Bagaimana pula dengan kita yang belum tentu memiliki solat yang baik, terlepas membayar zakat, tidak sempurna puasa dan amalan-amalan lain yang dilakukan? Mampukah kita membayar orang dengan pahala yang kita ada?

Seorang pembaca blog ini pernah bertanya kepada saya,

Salam..Saya ingin bertaubat kerana sebelum ini saya banyak mengumpat orang, sejak zaman sekolah dahulu lagi. Tapi masalah saya sekarang,bagaimana saya ingin meminta maaf pada mereka sedangkan saya tidak berhubung lagi dengan mereka..kawan-kawan sekolah dan ipt dulu..sekarang saya pun sudah kahwin..kalau sekadar solat taubat, adakah taubat saya diterima?

Saya yakin bahawa bukan pembaca ini sahaja yang mengalami masalah ini. Ia juga pernah berlaku kepada saya samada sedar ataupun tidak. Ia juga mungkin pernah berlaku kepada anda samada anda sedar ataupun tidak! Jika berlaku perkara seperti ini, kita perlu banyak-banyak bertaubat. Berdoa kepada Allah semoga ditemukan kembali dengan insan yang pernah kita umpat dan berkata buruk kepada mereka. Sesungguhnya dosa dengan mereka tidak terampun selagi mereka tidak memaafkan kita. Namun jangan sesekali berputus asa dengan pengampunan Allah. Orang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan dan bertaubat dengan Allah, akan dipermudahkan segala urusannya.

Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda,

“Sesiapa yang merasa berbuat zalim terhadap saudaranya, samada merupakan kehormatan atau harta, maka hendaklah dia meminta dihalalkan sekarang juga, sebelum dituntut pada hari yang tidak ada dinar/dirham (hari qiamat), maka pada waktu itu jika ia mempunyai amal soleh maka diambil pahalanya menurut kadar kezalimannya. Tunggulah pada hari qiamat, kalau dia ada pahala amal soleh, maka Allah akan ambil dan bagi pada orang yang pernah dizaliminya berdasarkan kadar kezaliman yang dia lakukan pada orang itu. Dan kalau dia tidak ada amal soleh, maka diambil kejahatan orang itu dan dipikulkan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhamad sudah berpesan kepada kita sejak dari dulu supaya segera meminta maaf dan dihalalkan semua perkara zalim yang kita lakukan terhadap orang lain. Samada zalim terhadap kehormatannya (mengumpat, fitnah) ataupun zalim terhadap hartanya (hutang, mencuri).

Jadi inilah maksud saya kenapa kita perlu mengumpul saham akhirat. Bukan setakat mengumpul tetapi kita perlu gandakan ia sebanyak-banyakkanya supaya kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat kelak. Tindakan kita untuk mengumpul saham akhirat ini bukan bermaksud kita ingin lari dari memohon maaf tetapi sekadar bekalan untuk menampung dosa-dosa dengan orang yang belum sempat kita memohon maaf dari mereka.

Rasulullah telah menyatakan bahawa terdapat 3 aliran pahala yang tidak akan putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. 3 aliran pahala itu ialah:
1.Sedekah jariah.
2.Ilmu yang diamalkan.
3.Anak soleh.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘an bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim)

Sedekah Jariah

Sesiapa pun boleh memberikan sedekah tidak kira samada orang kaya mahupun miskin. Sedekah tidak semestinya dengan harta. Boleh juga sedekahkan tenaga dan masa. Sebagai contoh ada seorang hartawan ingin membina sebuah masjid untuk kegunaan orang ramai, mereka yang kurang mempunyai wang boleh menderma RM10, RM5, RM1 dan sebagainya. Buat mereka yang tiada wang pula boleh berikan masa dan tenaga mereka untuk tolong membina masjid tersebut. Sedekah jariah juga tidak terbatas di masjid saja. Di mana-mana saja sedekah boleh diberikan. Samada barangan dapur, kelengkapan rumah, pakaian, wang dan apa-apa saja yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad.

Ilmu Yang Diamalkan

Ilmu itu maksudnya luas. Tidak semestinya ilmu agama. Apa sahaja ilmu yang boleh diamal dan dimanfaatkan oleh orang lain bakal memberikan pahala yang tidak putus-putus kepada kita. Berikan ilmu tentang perniagaan yang halal, berikan ilmu cara mendidik anak, ilmu dalam memotivasikan diri dan apa jua ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan ikhlas dan sabar. Sampaikan pesanan Rasulullah walaupun satu ayat!

Di zaman moden yang sedang kita lalui sekarang begitu mudah untuk kita kongsikan ilmu kepada orang ramai. Kita boleh menulis status yang baik-baik setiap hari dalam Facebook. Boleh menulis artikel-artikel yang bermanfaat. Berkongsi ilmu-ilmu agama melalui penulisan buku, blog dan pelbagai lagi laman sosial yang wujud ketika ini. Tetapi sayangnya ramai di antara kita leka dan sibuk dengan perkara yang sia-sia. Facebook digunakan untuk mengorat gadis-gadis cantik. Yang gadis pula sibuk memaparkan aksi-aksi seksi dan ghairah mereka dalam Facebook dengan menunjukkan aurat dan pelbagai gaya yang tidak senonoh.

Anak Yang Soleh

Buat mereka yang mempunyai anak, ketahuilah anda mempunyai permata yang amat bernilai. Didik mereka sebaik-baiknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Amalan kebajikan mereka akan sampai kepada kita sehingga akhir hayat mereka.

Inilah 3 aliran pahala yang tidak akan putus-putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. Semoga bekalan ini mampu untuk menampung sisa-sisa pahala yang mampu kita kumpulkan sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Jangan sampai kita menjadi seorang yang muflis di hari pembalasan kelak.

Banyakkan berdoa, bertafakkur, bertaubat dan menginsafkan diri supaya kita dilindungi dari dosa yang tidak kita ketahui dan dari dosa yang tidak terampun. InsyaAllah…

Wallahualam.....
http://wanwma.com/soal-jawab/kenapa-perlu-mengumpul-saham-akhirat-bagaimana-caranya/

Isnin, 26 September 2011

HUKUM JANGGUT DAN MISAI

Soalan; Assalamu alaikm, ustaz. Minta ustaz jelaskan lanjut tentang hukum mencukur janggut. Misai pula macam mana? Terima kasih.

Jawapan;
HUKUM JANGGUT

1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب

“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).

HUKUM MISAI

2. Berbeza dengan janggut, misai pula diperintahkan (dalam hadis tadi) supaya dibuang (digunting/dicukur); “..buanglah misai..”. Tentang had yang perlu dibuang, para ulamak berbeza pandangan;

a) Pandangan pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis). Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;

جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.

Di dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Berkata Imam Ibnu Hajar; perkataan al-Jazz dan al-Ihfa’ menunjukkan kepada tuntutan agar bersungguh-sungguh dalam membuang misai. Al-Jazz bermaksud; menggunting hingga ke kulit. Al-Ihfa’ pula bermaksud; membuang habis. Kerana itu Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mensunatkan dibuang habis misai dengan mencukurnya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3586. Tuhfah al-Ahwazi)

b) Pandangan kedua; menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh. Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan; Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi.

c) Pandangan ketiga; menurut Imam Ibnu Jarir at-Tabari; harus kedua-duanya, yakni kita boleh memilih sama ada hendak mengguntingnya sahaja atau mencukurnya kerana kedua-duanya sabit di dalam hadis Nabi s.a.w..

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 1/152-155 (Kitab at-Toharah, Bab Khisal al-Fitrah).
2. Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 3586.
3. al-Mjamu’, Imam an-Nawawi, Kitab at-Toharah, bab as-Siwak (1/287).
4. Tuhfah al-Ahwazi, Kitab Abwab al-‘Ilmi, bab Ma Ja-a Fi Qassi as-Syarib (8/42).
5. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdus-Salam Tawilah, hlm. 276-280.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 21.
7. Fiqh at-Thoharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan, hlm. 42

MENGURUSKAN ANGGOTA YANG TERPOTONG DARI BADAN

Soalan; Saya nak tahu cara nak tanam anggota badan yang di potong contoh kaki.

Jawapan; Anggota yang terpotong dari badan seseorang ketika ia masih hidup, yang dituntut untuk dilakukan ialah membalutnya, kemudian menanamnya sebagai menghormati jasad manusia. Adapun membasuhnya, diharuskan tetapi tidaklah diwajibkan mahupun disunatkan. Tidak disyariatkan menyembahyangkannya. Hukumnya sama seperti bayi yang keguguran sebelum usianya 6 bulan dan tidak lahir bernyawa; ia hanya perlu dibalut dan ditanam, harus memandikannya dan tidak perlu disolatkan. Wallahu a'lam.

Rujukan;
1. Al-Majmu', Imam an-Nawawi, kitab al-Janaiz, bab as-Solati Ala al-Mayyit (5/254).
2. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, Kitab al-Janaiz (4/266).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ahad, 25 September 2011

[Video-Wajib Tonton] Hukum Tolak Hudud/Persenda Islam & Hudud Bagi Bukan Islam - Ustaz Azhar Idrus





P/s: Jangan kerana kemaruk kepada pemimpin dan parti, anda menjadi KAFIR dan MUNAFIK. Bagaimana anda boleh digolongkan kepada golongan tersebut? Sudah tentunya apabila anda berkongsi syer jika mengundi puak-puak ini dalam pilihan raya atau menyokong puak-puak ini dalam apa-apa bentuk!

AWAS

Jumaat, 23 September 2011

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Rahsia Kejayaan dalam Islam

Kejayaan sebenar dalam perjuangan adalah menegakkan hukum ALLAH di bumi milik mutlak NYA..

Nabi pernah diketawakan diperlekehkan bila membuat seruan kepada Islam

Saidina Ali beriman semasa remaja belasan tahun, bapanya Abu Talib tidak beriman


Ulama'-ulama' tersohor yang pernah ditindas oleh Pemimpin yang zalim

Gambar Hiasan

Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
 
http://murabbiy.com/2011/07/ulama-ulama-tersohor-yang-pernah-ditindas-oleh-pemimpin-yang-zalim/

DOSA FITNAH

DOSA FITNAH (MENUDUH ZINA) - Ustaz Nasaruddin Hj Daud - BAHAGIAN 4

Solat 40 waktu di Masjid Nabawi

Adakah wujudnya dalil mengenai solat 40 waktu di Masjid Nabawi Madinah. Minta penjelasan.

***********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada InSyaAllah.

Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-


"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad].

Hadith ini dipertikaikan statusnya. Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi meriwayatkan sebahagiannya. Hadith ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad, dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah.

Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad adalah sangat sahih.

Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berpendapat hadith ini lemah (Dhaif), ia masih lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal. Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam melakukannya. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadith) yang bukan PALSU, InSyaAllah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadith.

Menurut ulama', latihan 40 waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan Solat berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air masing-masing. (Lihat buku Madinah Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul Rahman). Umat Islam digalakkan banyak melakukan solat di Masjid Nabi sebagaimana hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid al-Haram.

Disana, terdapat sebuah hadith yang statusnya HASAN mengenai kelebihan bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadith dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق

"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmudzi].

Hadith diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).

Kesimpulannya, adalah sangat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi :saw, dimana ganjarannya adalah 1000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai "kelebihan amal" dan hadith tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya. Amalan 40 waktu ini diharap dapat membentuk sikap cintakan solat berjemaah di masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di Masjid Nabawi. WA.

Sekian, wassalam

Posted by aizuddin
من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة كتبت له براءة من النار ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق

Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

Ertinya :

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

http://www.al-azim.com

Selasa, 20 September 2011

WASIAT PEJUANG


“Sesungguhnya bila kamu melangkah di jalan dakwah ini dengan perasaan yang dingin, tanpa perasaan pada dakwah ini pada hati kamu seperti mana perasaanmu pada isteri, anak-anak dan ibu bapamu, maka kamu pasti akan menemui kegagalan. Kegagalan yang menjadikan generasi seterusnya tidak berani lagi untuk berfikir tentang gerakan dakwah ini sehinggallah sampai waktu yang cukup lama. Kerana itu, sebelum memulakan langkah yang besar, haruslah kamu mengukur kekuatan kamu, memeriksa bahagian mana dari niat dan akhlak yang mesti ditanamkan terlebih dahulu"….

( As-Syahid Al-Maududi)

Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam dengan sabar mengajak Hakam bin Kaisan untuk Islam

Ibnu Sa’ad meriwayatkan sebuah kisah dari Miqdad bin Amr radhiyallahu ‘anhu. Berikut ini penuturan dari Miqdad radhiyallahu ‘anhu,” Aku telah menawan Hakam bin Kaisan dan ia diputuskan oleh panglima supaya dbunuh, hingga ia kami hadapkan kepada Rasulullah dan beliau mengajaknya masuk Islam dengan kalimat yang sejelas-jelasnya. Melihat hal ini, Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam,”Ya Rasulullah mengapa engkau berbicara panjang lebar kepada Hakam? Orang ini tidak akan masuk Islam selamanya. Izinkan saya memenggal kepalanya agar ia masuk neraka Hawiyah.”

Tetapi Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam tidak menyetujui usul Umar radhiyallahu ‘anhu sampai akhirnya (berkat kesabaran Rasulullah) Hakam masuk Islam. Lalu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata,”Setelah aku dapati Hakam masuk Islam, akupun karena merasa bersalah. Aku menyesal dan meratapi ucapanku yang aku nilai mendahului Rasulullah, padahal beliau lebih mengerti peristiwa yang akan terjadi daripada aku, walaupun aku hanya berniat untuk mengusulkan saja.“ Kemudian Umar radhiyallahu ‘anhu menceritakan bahwa Hakam bin Kaisan masuk Islam dan sangat baik agamanya. Dia mengikuti fii sabilillah sampai akhirnya terbunuh dan syahid disekitar sumur Ma’unah dalam keadaan diredhai Rasulullah dan ia masuk surga.“

Juga menurut cerita Saad, Hakam bin Kaisan bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam,”Apakah Islam itu?” Beliau menjawab“Engkau menyembah Allah saja dan bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.“ Hakam radhiyallahu ‘anhu pun berkata,“Saya sudah masuk Islam.“ Kemudian Rasulullah berpaling kepada para sahabat dan bersabda,”Seandainya aku menuruti kalian dan ia aku bunuh, ia pasti masuk neraka.”

http://kisahshahabat.blogspot.com/2010/

33 Kata-kata HEBAT……….


1. “Apabila kata-kata keluar daripada hati, maka ia akan masuk ke dalam hati, apabila kata-kata keluar daripada lidah, maka ia akan hilang begitu sahaja” – Nabi Muhammad S.A.W

2. “Bukanlah yang dikatakan kuat itu dengan hebatnya bergusti, sesungguhnya orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan dirinya daripada sifat marah” – Nabi Muhammad S.A.W


3. “Bukanlah yang dikatakan kaya itu adalah kaya harta benda, tetapi hakikat sebenar kaya adalah mereka yang kaya jiwa (budi pekerti)” – Nabi Muhammad S.A.W

4. “Permulaan itu itu adalah 1.dengar 2.faham 3.hafal 4. amal 5.sebar (dakwah)” – Ibnu Mas’ud (Kitab Hilyatu Aulia’)


5. “Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan” – Saidina Umar R.A

6. “Makin bertambah ilmuku makin terasa kebodohanku” – Imam Syafie

7. “Katakan siapa kawan saudara, kemudian saya akan katakan siapa sebenarnya saudara” – Imam al-Ghazali

8. “Rumahku Syurgaku” – Ibnu Taimiah

9. “Barangsiapa yang tidak berubat menggunakan al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkan penyakitnya” –Ibnu Qayyim al-Jauzi

10. “Orang yang tidak melalui dunia (ambil dunia), maka dia tidak akan dapat masuk syurga” – Ibnu Taimiah

11. “Ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya tempat cari makan (menjual agama dengan harga yang murah)” – Imam al-Ghazali

12. “Ya Allah seandainya aku beribadat kepada-Mu semata-mata kerana takutkan azab api neraka-Mu, maka Kau masukkanlah aku ke dalam neraka” – Rabiatul Adawiah

13. “Sesungguhnya hidayah itu tidak akan sampai melainkan dengan ilmu” – Ibnu Qayyim al-Jauzi

14. “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan kenal siapa Tuhannya” – Ulamak Sufi

15. “Ilmu yang bermanfaat itu adalah sesuatu yang mendatangkan takut kepada Allah S.W.T” – Imam al-Ghazali

16. “Di saat engkau dilahirkan orang lain ketawa engkau yang menangis, maka berjuanglah di saat engkau meninggal dunia, biarlah orang lain yang menangis engkau yang gembira” – Hamka

17. “Memisahkan agama dan politik adalah cara yang paling mudah untuk menjadi kafir” – Syeikh Mustafa Sobri

18. “Sesiapa yang meniru golongan yang soleh, maka ia akan dimuliakan sebagaimana mereka dimuliakan, sesiapa yang meniru golongan yang fasik ia tidak akan dimuliakan” – Al-‘Aqomi

19. “Orang yang buta huruf pada zaman ini adalah mereka yang tidak bersedia untuk belajar perkara baru” – Troffler

20. “Jangan tanya apa yang negara boleh sumbang kepada anda, tanyalah apa yang anda boleh sumbang kepada negara” – Washington Kennedy

21. “Keberanian mengandungi keajaiban, kuasa dan kebijaksanaan di dalamnya” – Geothe (pujangga Itali)

22. “Pengikut bukannya menyokong pemimpin tapi mereka hanya menyokong perjuangannya” – Mahatma Gandhi

23. “Pemimpin yang hebat dilihat sebagai hamba kepada organisasi” – Greenleaf

24. “Ramai orang berusaha mencari siapa yang bersalah daripada menyelesaikan masalah itu” – Robert Schuller

25. “Apabila saudara mula ke hadapan masyarakat, kekuatan dan keterampilan saudara banyak bergantung kepada kebolehan saudara dalam menyampaikan ucapan dan idea” – Peter Druker

26. “Kemahiran berucap adalah faktor paling utama seseorang pemimpin dilihat berkarisma dan hebat” – Conger dan Konungo

27. “Berikan saya 10 orang pemuda, nescaya saya akan gegarkan dunia” – Sukarno

28. “Harga sesebuah kemasyhuran adalah tanggungjawab” – Winston Churchill

29. “Apa yang seseorang lakukan dalam kehidupan sosialnya adalah cerminan daripada kehidupan peribadinya” – Steven R. Covey

30. “Tatacara saudara menjadi tidak bermakna sekiranya ia tidak dilakukan dengan keyakinan” – Elisabeth Egan

31. “Tiada terpelihara kehormatan yang tinggi daripada penderitaan, sehingga mengalir darah dari tiap-tiap bahagian tubuh” – Hamka

32. “Saya fikir kita harus kembali kepada agama” – tokoh Athies

33. “Barangsiapa yang masih lagi tidak meninggalkan maksiat walaupun umurnya mencecah 40 tahun maka bersiap-siaplah untuk dihumbankan ke dalam neraka” – Imam al-Ghazali

Pujangga Arab

1. “Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak potong masa, maka dia akan potong kamu”

2. “Air mata adalah senjata bagi wanita”

3. “Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tiada buahnya”

4. “Alangkah kecilnya duniaku ini, kalau tidak kerana besarnya cita-citaku”

5. "Istiqamah itu lebih baik daripada 1000 karamah (kemuliaan)"

Posted by Mohd Zaidi Bin Mat Zaid

Ustaz Azhar – Kisah Isteri Dalam Syurga

Isnin, 19 September 2011

Mutiara hikmah buat renungan

Shaykh Ali at-Tantawi r.a. ditanya tentang kata-kata hikmah yang paling indah pernah ditemui sepanjang hayatnya. Baliau menjawab:

Sesungguhnya aku telah membaca selama lebih 70 tahun. Namun aku tidak temui serangkap kata yang lebih indah daripada kata-kata yang diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi r.a. di dalam kitabnya, ‘Soydil-Khatir’ yang berbunyi (maksud):

SESUNGGUHNYA KESUKARAN DALAM MELAKUKAN KETAATAN AKAN BERLALU PERGI DAN KEKALLAH PAHALANYA. DAN KELAZATAN ATAU KESERONOKAN MELAKUKAN MAKSIAT JUGA AKAN BERLALU PERGI DAN KEKALLAH BALASAN SIKSANYA.
Posted by Maznah Daud

Berpada-padalah .....

Imam Abu Dawud rahimahullah meriwayatkan bahawasanya satu hari ketika Junjungan Nabi SAW keluar berkeliling bersama-sama para sahabat di Kota Madinah al-Munawwarah, maka baginda telah melihat sebuah rumah yang berkubah.

Baginda Nabi SAW langsung bertanya: "Apakah ini?", dijawab oleh para sahabat: "Ianya milik seorang lelaki daripada kaum Ansar." Maka baginda Nabi SAW diam, seolah-olah menyimpan sesuatu dalam hati baginda, kemudian pemilik rumah tersebut telah datang menemui baginda dan mengucapkan salam kepada baginda di sisi manusia banyak, tetapi Junjungan Nabi SAW berpaling daripadanya. Si Pemilik terus mengucapkan salam berkali-kali dan Junjungan SAW tetap sahaja berpaling sehingga diketahuinya bahawa Junjungan SAW murka dan berpaling daripadanya. Lalu Si Pemilik mengeluh kepada sahabat-sahabatnya: "Demi Allah, sesungguhnya aku tidak mengingkari Rasulullah SAW." Sahabat-sahabatnya berkata: "Junjungan SAW tadi keluar lalu melihat kubahmu?"

Maka pulanglah Si Pemilik kepada kubahnya lalu diruntuhkannya kubah tersebut sehingga rata ke tanah. Maka pada satu hari Junjungan Nabi SAW keluar lagi dan baginda tidak melihat kubah tersebut lalu baginda bertanya: "Apakah yang telah terjadi?" Para sahabat menjawab: "Pemiliknya mengadu kepada kami tentang berpalingnya Junjungan daripadanya, maka kami memberitahunya mengenai perkara kubah tersebut lalu dia pun meruntuhkannya." Junjungan Nabi SAW pun bersabda:

إن كل بناء وبال على صاحبه إلا ما لا إلا ما لا

"Sesungguhnya setiap bangunan / binaan itu akan menjadi sesalan bagi pemiliknya, kecuali apa yang dibangunkan untuk sesuatu keperluan yang mesti baginya (yakni yang dibina atas hajat keperluan dan bukannya untuk bermegah-megah atau bermewah-mewah".

Allahu ... Allah, hidup dalam dunia ini hanya sementara, rumah yang kita bina hanya untuk diduduki sekadar hayat kita kat muka bumi ini sebelum kita masuk ke dalam bumi. Ada manusia yang suka bermegah-megah dengan kediaman mereka atas bumi yang fana ini, dibinakanlah gedung megah secara bermewah-mewah dengan bilik-bilik yang banyak tanpa ada sesuatu keperluan.

Sungguh ini juga satu bentuk pembaziran yang akan mengundang penyesalan di akhirat nanti. Ingatlah bahawa kebarangkalian untuk kita mendiami lubang kubur lebih lama daripada kita menduduki rumah kat muka bumi ini adalah tinggi. Ada si fulan hanya sempat menduduki istana mewahnya untuk 4 tahun, namun hingga kini dia telah mendiami kuburnya sudah 140 tahun.

Maka hendaknya kita ambil iktibar, sukakan rumah yang besar dan luas, maka jangan lupa untuk melapangkan kubur kita dengan amalan sholeh dan menjauhi segala perkara yang boleh menjadi kesempitan dan kegelapan di dalamnya. Ingat seawal-awal manzil akhirat itu kubur, jika mudah kehidupan di dalamnya, maka insyaAllah, akan mudahlah pula kehidupan seterusnya di alam akhirat. Mudah-mudahan Allah meluaskan kuburan yang bakal kini huni dengan segala macam anugerah kenikmatan dan kelapangan sehingga duduknya kita nanti di dalamnya dalam keselesaan dan kenyamanan, aaamiin.

Dicatat oleh Abu Muhammad

Kisah pakar bedah Perancis memeluk Islam

http://www.izoblog.com/wp-content/store/islam-itu-indah.jpg
Ada diantara kita yang menolak Islam dan dengan jelas menghina hukum yang Allah telah tetapkan. Bukan sahaja rakyat biasa, malah ada pemerintah yang menghina Islam dengan jelasnya. Satu perkara yang sangat menyedihkan dan semoga tiap-taip yang dilakukan itu akan mendapat balasannya.

Hudud satu perkara wajib dilaksanakan. Kenapa masih takut untuk dibuat? Bagi aried, hanya mereka yang mencuri takut dilaksanakan hukum ini kerana tangan mereka akan dipotong. Jadi, jika benar tidak pernah mencuri, kenapa hendak takut? Pelik… Pasti anda juga pelik bukan?

Jauh benar beza antara pemikiran mereka dengan cendekiawan barat yang masuk islam selepas mengkaji mumia firaun yang berusia ribuan tahun lamanya. Ya, satu pendedahan yang amat hebat sekali!

Dia Peluk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir’aun
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. Kelabgreenboc

Posted by Tulahan

Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]


Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) .

Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.

Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.

Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir’aun kafir sejak bayi

Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).

Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?

Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]

Pameran Tubuh

 

Ada pameran buku
Ada pameran kereta
Ada juga pameran tubuh.

Tubuh-tubuh ini dipamerkan di mana-mana
Di pasar-pasar malam dan pasar-pasar raya
Di perhentian-perhentian bas di desa dan di kota raya
Di kaki-kaki lima dan jalan-jalan raya
Lagaknya macam cantik penuh bergaya
Seperti anak datuk yang kaya raya
Padahal rupanya bak hantu raya.

Tubuh-tubuh ini pelbagai bentuk pamerannya
Ada dibalut kemas menjadi buah nangka
Kalau rambut selamat lengan pula celaka
Malah tidak sedikit tubuh yang tidak tahu murka
Sengaja ditinggalkan dada dan betis biar terbuka.

Tapi awas
Bukan untuk dijual
Tidak boleh dibuka
Tidak boleh disentuh
Tidak boleh ditengok,
Hanya untuk suka-suka!

Tubuh-tubuh itu tidak mahal
Memang bukan untuk dijual
Tetapi mudah tertanggal
Apabila jantan-jantan mengusik nakal
Bukan tubuh sahaja yang tewas malah maruah pun meninggal.

Tuan-tuan tubuh itu bukan hanya orang putih
Yang tidak kenal Tuhan, adat temenggung atau perpatih
Cina memang ramai begitu juga India
Tetapi tidak pelik sebab mereka sembah dewa
Yang peliknya apabila tuan-tuan tubuh itu anak-anak Melayu
Tubuh hitam legam kalau pegang bunga, bunga pun layu.

Insaflah empunya-empunya tubuh
Yang lawa atau yang hodoh
Yang cerdik atau yang bodoh
Sama-sama kita pakai telekung labuh
Tutup aurat kita tutup kita punya tubuh
Malam ini hidup lagi siapa tahu ajal kita esok subuh.

Dicatat Ibnu Anas al-Kutawi

SOMBONG DAN KEDEKUT (KIKIR)

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ka'bul Ahbar berkata: "Orang yang sombong itu akan datang pada hari kiamat berupa orang sekecil semut diliputi oleh kehinaan dari segala tempat, mereka masuk neraka dan diberi minum dari thinatul khabaal, yakni darah bercampur nanah dari ahli neraka."

Abul Laits meriwayatkan dari Sufyan bin Mis'ar berkata: "Saya mendapat berita dari Alhusain bin Ali r.a. berjalan melalui beberapa orang miskin yang sedang makan roti diatas kain, maka mereka berkata: "Ya Aba Abdillah, silakan makan." Maka ia turun sambil berkata: "Innahu la yuhibbul mustakbirin." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong." lalu ia duduk makan bersama mereka lalu berkata: "Saya telah menerima undanganmu dan kamu kini harus menerima undanganku." Maka pergilah mereka bersama Alhusain bin Ali r.a. kerumahnya, lalu Alhusain berkata kepada budaknya: "Keluarkan semua yang ada dari makanan yang kau sipan."

Abul Laits meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: " Tiga macam orang yang tidak akan diajak berbicara oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dan tidak dilihat dan mereka tetap mendapat siksa yang pedih iaitu:

1. Orang tua yang berzina
2. Raja yang berdusta
3. Orang miskin yang sombong

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Telah diperintahkan kepadaku tiga macam orang yang pertama masuk syurga dan tiga macam orang yang pertama masuk neraka. Adapun tiga macam orang yang pertama masuk syurga iaitu:

1. Orang yang mati syahid
2. Hamba sahaya yang disamping kesibukannya didunia tidak meninggalkan taat kepada allah s.w.t.
3. dan orang fakir yang banyak anak keluarga dan tawadhuk

Adapun tiga macam orang yang pertama masuk neraka, maka iaitu:

1. Raja yang kejam
2. Orang kaya yang tidak mengeluarkan zakat
3. Orang miskin yang sombong

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci tiga macam orang tetapi benciNya kepada tiga orang dari mereka lebih berat iaitu:

1. Membenci orang fasiq tetapi lebih benci kepada orang tua yang fasiq
2. Orang yang kikir (kedekut) tetapi lebih benci terhadap orang kaya yang kikir
3. Membenci orang yang sombong tetapi lebih benci kepada orang miskin yang sombong

Dan Allah s.w.t. cinta kepada tiga macam orang dan kepada yang tiga dari mereka lebih cinta iaitu:
1. Allah s.w.t. kasih kepada orang yang bertaqwa dan kepada pemuda yang taqwa lebih kasih
2. Allah s.w.t. kasih kepada orang miskin yang loman lebih cinta
3. Allah s.w.t. kasih kepada orang yang tawadhuk (merendahkan diri) dan kepada orang kaya yang tawadhuk lebih kasih

Habib bin Ali Tsabit dari Yahya bin Ju'lah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga siapa yang didalam hatinya ada seberat zarrah dari kesombongan. Seorang bertanya: "Ya Rasulullah, saya senang jika pakaianku bersih, juga kasut dan tali pecutku, apakah itu termasuk sombong?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah s.w.t. itu indah dan suka kepada keindahan dan suka bila memberi nikmat kepada hambaNya supaya tampak bekas nikmat itu pada hambaNya dan Allah s.w.t. membenci kemelaratan dan berlagak melarat tetapi sombong itu ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang."

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menjahit kasutnya dan menampak bajunya dan sujud wajahnya ditanah kerana Allah s.w.t., maka telah bebas dari sombong."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat memakai baju bulu (shuf) dan memakai kasut yang dibetulkan dan mengenderai himar dan memerahkan kambingnya dan makan bersama anak keluarganya dan duduk bersama orang miskin, maka Allah s.w.t. telah menghapuskan dari jiwanya sifat sombong."

Nabi Musa a.s. ketika bermunajat kepada Allah s.w.t. berkata: "Siapakah makhluk yang sangat Engkau benci? Jawab Allah s.w.t.: "Ya Musa, siapa yang sombong hatinya dan kasar lidahnya dan lemah keyakinannya dan bakhil tangannya."

Urwah bin Azzubair berkata: "Tawadhuk itu suatu alat untuk mencapai kemuliaan dan tiap orang yang mendapat nikmat dihasud orang kecuali nikmat tawadhuk."

Seorang cendikiawan berkata: "Buah dari sifat qana'ah teriman itu ialah istirehat dan buah dari sifat tawadhuk itu ialah disayangi orang."

Almuhallab bin Abi Shufrah seorang kapten dari tentera Alhajjaj. Pada suatu hari ia dengan pakaian sutera sombong dalam jalannya, tiba-tiba bertemu dengan Mutharrif bin Abdullah bin Asysykhkhier, maka ditegur oleh Mutharrif: "Hai hamba Allah, jalan yang sedemikian itu dimurka oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w." langsung dijawab oleh Almuhallab: "Apakah engkau belum kenal saya?" Jawab Mutharrif: "Saya sudah tahu kepadamu asal mulanya mana yang keji dan akhirnya bangkai yang keji dan engkau diantara itu selalu membawa kotoran." Maka seketika itu Almuhallab berubah cara jalannya.

Seoarng cendikiawan berkata: "Kebanggaan seseorang mukmin hanya dengan Tuhan dan mulianya dengan agamanya, sedang orang munafiq bangga dengan kebangaan dan merasa mulia dengan harta kekayaannya."

Ibn Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika kamu melihat orang-orang tawadhuk, maka merendahlah kamu kepada mereka dan jika kamu melihat orang-orang yang sombong maka sombongilah mereka, sebab yang demikian itu bagi mereka sebagai penghinaan dan untuk kamu sebagai sedekah."

Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang itu tadawdhuk kerana Allah s.w.t. melainkan Allah s.w.t. memuliakan darjatnya."

Umar r.a. berkata: "Pokok tawadhuk itu suka memberi salam kepada siapa saja yang kamu temukan dari kaum muslimin dan rela duduk dimasa saja dalam majlis dan tidak suka disebut-sebut amal kebaikan dan taqwanya."

Abul Laits berkata: "Ketahuilah bahawa sombong itu sifat orang-orang kafir dan fira'un, sedang tawadhuk itu sifat para Nabi dan orang-orang solihin, sebab Allah s.w.t. menyebut sifat orang-orang kafir dengan sombong didalam ayat (Yang berbunyi): "Innahum kaanu idza qila lahum laa ilaha illallah yastakbiruun." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya mereka jika diajak kembali kepada kalimah 'La ilaha illallah', mereka sombong." (Surah Ashshaafaat ayat 35)

Allah s.w.t. juga berfirman didalam ayat (Yang berbunyi): "Wa qaaruna wa fir'auna wa haamaana walaqad ja'ahum Musa bil bayyinaati fastakbaru fil ardhi wama kaanu saa biqien." (Yang bermaksud): "Dan Qarun, Fira'un dan Hamman, sungguh telah datang kepada mereka Musa membawa ajaran-ajaran dan mukjizat, maka mereka sombong diatas bumi dan mereka tidak dapat lolos (dan mereka bukan yang pertama), yakni sudah ada contoh yang lebih dahulu dari mereka, yang mestinya mereka dapat mengambil peringatan dari kejadian-kejadian yang sebelumnya." (Surah Al-ankaabut ayat 39)

Allah s.w.t. juga berfirman didalam ayat (Yang berbunyi): "Innalladzina yastakbiruuna an ibadati sayad khuluna jahannam dakhirin." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk neraka jahannam sabagai makhluk yang hina dina." (Surah Al-Mukmin ayat 60)

Allah s.w.t. juga berfirman didalam ayat (Yang berbunyi): "Qilad khulu abwaaba jahannama khalidina fiha fabi'sa matswal mutakabbirin." (Yang bermaksud): "Dan perintah: Masuklah kamu kepintu-pintu jahannam untuk kekal selamanya didalamnya, itu sebusuk-busuk tempat orang yang sombong." (Surah Azzumar ayat 72)

Selain itu Allah s.w.t. telah memuji hamba-hambaNya yang taqwa didalam ayat (Yang berbunyi): "Wa ibaadurrahmanil ladzina yamsyuna alal ardhi hauna." (Yang bermaksud): "Dan hamba-ham Allah yang berjalan diatas bumi dengan tawadhuk." (Surah Alfurqaan ayat 63)

Juga Allah s.w.t menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. bertawadhuk didalam ayat (Yang berbunyi): "Wakhfidh janaahaka lilmu'minin." (Yang bermaksud): "Rendahkan dirimu kepada orang-orang mukmin." (Yang berbunyi): "Wakh fidh janaahaka limanittaba'aka minal mukminin." (Yang bermaksud): "Dan rendahkan dirimu kepada pengikut-pengikutmu dari kaum mukminin." (Surah Asysyu'araa ayat 215)

Dan Allah s.w.t. memuji Nabi Muhammad s.a.w. dengan ayat (Yang berbunyi): "Wa innaka la'ala khuluqin adhiem." (Yang bermaksud): "Sungguh engkau dalam akhlak dan budi yang luhur."

Dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang menonjol ialah tawadhuk. Sehingga biasa mengenderai himar dan mendatangi undangan budak dan duduk bersama orang-orang miskin dan orang-orang rendahan. Maka nyata bahawa tawadhuk termasuk dalam akhlak yang sangat mulia dan menjadi nilai dari akhlak orang-orang sholihin, kerana itu maka selayaknyalah kita mengikuti jejak orang-orang solihin itu.

Pada suatu malam Umar bin Abdil Aziz kedatangan tamu dan biasa ia sesudah isyak menulis apa-apa yang diperlukannya, sedang tamunya tidak jauh dan lampu sudah kedip-kedip hampir mati, maka tamu itu berkata: "Ya Amiral-mukminin, saya akan bangun memperbaiki lampu." Jawab Umar: "Bukan dari kemanusiaan bila menggunakan tenaga tamunya." Berkata tamunya itu: "Apakah saya bangunkan pelayan (budak)?" Jawab Umar: "Tidak, sebab ia baru tidur." Lalu Umar sendiri mengisi gas lampunya. Tamu itu bertanya: "Ya Amirul mukminin, engkau sendiri yang membetulkan?" Jawab Umar: "Ketika saya bangun saya tetap Umar dan kembali juga masih tetap Umar dan sebaik-baik manusia disisi Allah s.w.t. ialah orang yang tawadhuk."

Qays bin Abi Hazim berkata: "Ketika Umar bin Alkhatthab r.a. tiba diSyam, disambut oleh ulama-ulama dan pembesar-pembesar disana, lalu diminta supaya Umar naik kenderaan supaya dapat dilihat oleh orang-orang. Jawab Umar: "Kamu kira bahawa urusan ini dari sini (dari tanah), sesungguhnya urusan ini dari sana (dari langit), kerana itu biarkanlah sesuka hatiku."

Dilain riwayat pula diceritakan: "Ketika Umar akan berangkat keSyam, ia naik unta dan ia bergantingan dengan budaknya berjalan satu farsakh lalu turun berganti yang menuntun unta dan mengenderainya, dan ketika akan masuk kota Syam bertepatan giliran budak yang harus mengenderai sedang Umar menuntun untanya, juga bertepatan berjalan didalam air (banjir), maka Umar terpaksa mengepit kasut diketiaknya sambil menuntun unta, maka keluarlah Abu Ubaidah bin Al-jarrah, seorang gabenor diSyam pada masa itu, untuk menyambut kedatangan Umar. Abu Ubaidah berkata: "Ya Amirul mukminin, pembesar-pembesar Syam semua akan keluar menyambutmu, kerana itu tidak baik bila mereka melihat engkau sedemikian." Jawab Umar: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakan aku dengan Islam, maka tidak hirau apa kata orang."

Salman Alfarisi r.a. ketika menjadi gabenor diMada'in, pada suatu hari ada seorang terkemuka dikota itu membeli barang keperluannya dipasar dan ketika itu bertepatan Salman Alfarisi berjalan maka oleh orang itu disangka kuli lalu dipanggil: "mari bawakan barang ini." Maka diangkat oleh Salman diatas bahunya dan tiap bertemu dengan orang-orang mereka berkata: "Semoga Allah s.w.t. menolong memperbaiki gobenor, kami akan membawakan bawaan untuk meringankan kepadamu." Tetapi Salman terus membawa barang itu dan menolak orang-orang yang akan membawakannya sehingga sampai kerumah orang itu, lalu orang itu minta maad dan berkata: "Saya berjanji tidak akan menghina orang sesudah kejadian ini untuk selamanya."

Ammar bin Yasir ketika menjadi gabenor diKufah, pada suatu hari ia keluar untuk membeli makanan ternakannya, maka oleh penjual langsung diikatkan daunan rumput yang akan dibelinya itu, ketika penjual itu memegang ujung tali yang sebelah sedang yang sebelahnya dipegangkan kepada Ammar, lalu oleh penjual makanan itu diangkat daun-daunan itu dan diletakkan diatas bahu Ammar, maka langsung dibawa (dipikul) oleh Ammar bin Yasir sampai kerumahnya.

Abuhurairah r.a. kitika dikirim Umar r.a. sebagai amir (gobenor) untuk Bahrain, dia masuk kekota Bahrain dengan berkenderaan himar dan orang-orang tidak menyangka bahawa itu amir mereka, sehingga mereka berjejal dijalan dan terpaksa ia berkata kepada orang-orang itu: "Berilah jalan untuk amir, berilah jalan untuk amir." Demikianlah akhlak dari sahabat Nabi Muhammad s.a.w. selalu tawadhuk padahal mereka orang-orang yang mulia disisi Allah s.w.t. dan Malaikat juga terhadap semua manusia.

Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berkurang harta kerana sedekah dan tiada seorang yang memaafkan kesalahan orang melainkan ditambah oleh Allah s.w.t. kemuliaannya."

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertekuk lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Jawab wanita itu: "Tidak, kecuali engkau memberi makan padaku dari tanganmu." Lalu diberi makan dari tangan Rasulullah s.a.w. Kemudian wanita itu berkata: "Tidak mahu jika tidak kau beri padaku dari mulutmu." Sedang waktu itu dimulut Rasulullah s.a.w. ada daging yang ada ototnya (urat), yang masih dikunyah lalu dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w. dari mulutnya dan diberikan kepada wanita itu, dan ketika makanan itu sudah masuk dalam perut, wanita itu tiba-tiba merasa malu sehingga tidak dapat melihat orang dan tidak terdengar lagi daripadanya kata-kata yang keji sehingga mati.

Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku telah diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak."

Ibn Mas'ud berkata: "Siapa tawadhuk kerana khusyu' maka Allah s.w.t. menaikkan darjatnya pada hari kiamat dan siapa membesarkan diri maka Allah s.w.t. akan merendahkannya pada hari kiamat."

Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa-siapa yang meninggal dunia sedang ia bebas dari tiga, pasti masuk syurga. Tiga itu ialah:

1. Sombong
2. Khianat
3. Hutang

Abul Laits dari ayahnya meriwayatkan dengan sanadnya dari Abi Abdillah bin Ja'far berkata: "Ali bin Abi Thalib r.a. masuk kepasar untuk membeli dua gamis (jubah) yang besar dengan harga enam dirham, lalu ia berkata: "Hai orang hitam, engkau pilih yang mana engkau suka." Lalu dipilih oleh budaknya yang lebih baik dan Ali r.a. memakai satunya, ketika dipakai ternyata lengan bajunya itu kepanjangan lalu dipotong dengan pisau kanan kirinya dan bertepatan hari Jumaat maka ia berkhutbah Jumaat sedang benang lengannya tampak ditapak tangannya, maka ia melihat seorang memakai kain dibawah tumit, maka Ali berkata: "Naikkan kainmu, maka itu lebih bersih untuk kainmu dan lebih taqwa dalam hatimu dan lebih berkat untukmu (tidak terlepas dan tidak lekas rosak)."

Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. berfiman (Yang bermaksud): "Kebesaran itu sarungKu dan kesombongan itu kemulKu, maka siapa akan menyaingi Aku salah satu dari dua itu, Aku buang ia dalam api neraka."

Abul Laits berkata: "Kedua sifat Allah s.w.t. sebagai yang tersebut dalam Al-Quran, kerana itu tidak berhak seorang hamba yang lemah ini untuk sombong."