Sabtu, 4 Jun 2011

Pendakwah Terkenal Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal


KUALA LUMPUR, 3 Jun: Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an,  anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).

Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada  jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah. [
harakahdaily.net]
Embed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan