Khamis, 21 April 2011

Hukum Bermalam Dirumah Tunang

Soalan:
Assalamualaikum,apakah hukumnya lelaki/wanita bermalam dirumah tunangnya walaupun terdapat muhrim (ahli keluarga salah seorang dari pasangan) pada pandangan Islam. Wassalam ...Sofi DJ

Jawapan:
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Adalah haram lelaki/perempuan bermalam dirumah tunangnya walaupun terdapat mahram (ahli keluarga kedua-duanya)kerana dikhuatiri menimbulkan fitnak sedangkan Islam amat memelihara kehormatan, kesucian dan maruah setiap muslim yang beriman sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-"Jangan kamu hampiri zina (keji)...."

-iaitu perbuatan -perbuatan atau jalan-jalan yang membawa kepada perzinaan/kearah melakukan perbuatan mungkar dan maksiat kepada Allah.

Dari segi akhlak, perbuatan seumpama itu dilihat kurang beradab dan melanggar tatasusila masyarakat Islam.

SUMBER: JABATAN MUFTI MELAKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan