Selasa, 1 Mac 2011

Beza Antara Pemandu Lori dengan Pemimpin Yang Dok Perintah Malaysia Sekarang Ini...!!!

Pemandu Lori Ini Mukmin Yang Paling Agung


Ada seorang pak imam bernama Haji Salim pergi ke suatu tempat. Dalam perjalanan,dia singgah di sebuah warung makan tengah hari yang agak terkenal. Apabila dia masuk ke warung itu,ramai orang memenuhi meja. Terpaksalah Haji Salim duduk di meja yang dah orang. Oleh kerana hanya satu meja sahaja yang ada seorang,jadi Haji Salim duduk di meja itu. Meja itu diduduki oleh seorang lelaki berumur 20-an. Bajunya agak lusuh dan wajahnya penat.

Setelah meminta order,Haji Salim berkenalan dengan lelaki itu. Namanya Abi. Dia seorang pemandu lori dan makan-makan di situ dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur. Setelah lama berbual-bual,Haji Salim tertarik dengan kotak handphone yang ada di atas meja itu. Model handphone tu paling kurang harganya pasti RM1000. Mustahil seorang pemandu lori muda dapat beli handphone semahal tu. Mulalah Haji Salim rasa yang Abi ni pencuri. Tapi dia rilek je...

"Lawa handphone."Kata Haji Salim.

"Memang pun. Model terbaru ni."

"Berapa ribu harganya?"Tanya Haji Salim.

"Entah.Dalam RM3000 kot.."Jawab Abi.

"Mampu ke awak beli mahal-mahal ni?"Haji Salim mula memerangkap.

Tiba-tiba Abi ketawa. Haji Salim mula pelik dengan perlakuan dia. "Ini bukan handphone saya. Hari tu,ada seorang lelaki keretanya rosak.Masa tu di Perlis.Dia tumpang lori saya untuk ke bengkel. Mungkin sebab dia terlupa,dia tak sengaja tinggalkan handphone dekat dalam lori. Dia baru beli handphone ni. Dengan kotak-kotak sekali dia tertinggal.

Jadi saya yang dah sampai ke Kuala Lumpur,baru terperasan ada handphone tu kat sini. Masalahnya,saya tak tahu macam mana nak pulangkan balik. Jadi,kebetulan ada sim kad dalam handphone tu,saya pun try call lelaki tu. Dapat pulak. Dia suruh saya datang ke Perlis untuk bawak handphone tu. Tapi mustahil la saya nak ke sana. Bukan dekat..Lepas tu,dia kata dia akan beri kat sedara dia yang ada kat KL.

Sedara dia akan ambil handphone tu kat rumah saya. Masa tengah belek-belek handphone tu,saya kagum jugak dengan handphone ni. Belek punya belek,tiba-tiba sedara dia sampai kat rumah. Punyalah kelam-kabut,saya terlupa nak bagi sekali dengan kotak."

"Itulah masalahnya.Kalau tadi ada handphone,boleh call. Sekarang kotak je tinggal. Tak tahu macam mana nak pulangkan."

Haji Salim mengangguk mendengar cerita itu.Tapi,Haji Salim nak menguji sekali lagi. "Kenapa awak pulangkan kat dia? Dia dah lupakan awak. Ambil saja lah handphone ni.Bukan senang nak dapatkan handphone semahal ni."

Abi sangat terkejut dengan penyataan tu. "Tuan Haji..Kalau saya nak ambil,memang saya ambil. Saya boleh ambil.Tapi ingat,Allah mungkin tarik nikmat saya yang lain. Dia akan membalas perbuatan saya kat dunia. Kalau bukan kat dunia,kat akhirat. Kalau bukan membalas kat saya, tapi balas pada saudara mara saya. Tuan punya handphone ni tak ingat,tapi Allah tu Maha Melihat."

Haji Salim tersenyum mendengar kata-kata Abi. Dia berkata, "Abi,sesungguhnya engkau adalah pemandu lori paling mukmin pernah saya jumpa. Kerja kau adalah pemandu lori yang rendah darjatnya,tetapi keimananmu lebih tinggi daripada aku. Darjatmu lebih tinggi daripada saya di sisi Allah."

http://akumelayuislam.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan