Isnin, 7 Februari 2011

Membaca al-Quran dari mushaf ketika solat

 
Assalamualaikum ustaz,
sekarang ramai yg bertanya tentang hukum memegang mushaf ketika solat. lebih-lebih lagi ketika solat teraweh sepanjang ramadan di mana imam membaca surah-surah panjang. minta pandangan.
Syukran.

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Adalah harus memegang dan membaca al-Quran dari mushaf ketika solat terawih. Imam Malik telah meriwayatkan bahawa Zakwan maula Aisyah telah mengimamkan Aisyah dalam bulan Ramadhan dengan membaca al-Quran dari mushaf. Ini juga merupakan pandangan mazhab Shafi'e. Imam Nawawi telah berkata: Jika dia menyelak muka suratnya secara berkala dalam solatnya, maka solatnya tidak batal.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan
1) فقه السنة للسيد سابق

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan