Isnin, 27 Disember 2010

Paling Mulia dikalangan Kita Disisi ALLAH SWT Adalah Taqwa

Saya teringat satu kisah dalam perkongsian akh mujahidin yang sezaman dengan Imam Hasan al-Banna.‘untuk ikhwan mujahidin yang beriman dengan kemuliaan da’wah ini dan kesucian fikrah ini’ yang dinukil Imam as-Syahid dalam Risalah Ta’alimnya.

Suatu ketika, satu sesi daurah akan berlangsung yang akan disampaikan oleh Imam as-Syahid al-Banna. Saat itu ramai ikhwan mujahidin yang sedang mempersiap dewan. Suatu saat, mereka melihat Imam as-Syahid berjalan masuk ke dewan, dan mereka maklum bahawa al-Banna pasti akan hadir tepat waktunya, cuma tika itu sedikit awal. Ia menceritakan bahawa al-Banna berjalan ke tempat timbunan kerusi, kemudian dia bersama ikhwan mujahidin yang lain turut menyusun kerusi untuk mempersiapkan dewan tersebut.

Lantas al-akh yang menukilkan cerita ini bertanya kepada al-Banna, mengapa ia turut menyusun kerusi bersama sedangkan wajar sungguh untuk Imam al-Banna duduk di satu penjuru dan bersiap untuk penyampaian yang akan disampaikannya nanti. Namun, al-Banna menjawab kepadanya, “Aku tidak tahu amalan yang manakah lebih diredhai Allah, apakah menyusun kerusi ini atau berdiri dihadapan kalian menyampaikan ucapanku”. Akhirnya al-akh mujahid bersetuju, bahkan terasa amat tersentuh dengan kata-kata sang murabbi itu.

Hakikatnya perlu difahami, bahawa amalan hati itu lebih utama iaitu mendidik hati kita menjadi IKHLAS. Adapun yang zahir, setiap jalan yang syar’i itu ada bahagiannya dalam kita mengejar pahala.

Namun, khusus dalam arena da’wah yang mu’lan, sang murabbi yang hanya duduk menanti saat dipanggil berucap, tapi di sela-sela lainnya hanya termenung melihat dan tersenyum dengan mesej, “Alhamdulillah, sungguh kuat antum bekerja” tanpa ada keikut sertaan dalam meringankan bebannya, pastilah akan menyebabkan dirinya merasa terlalu hebat dari yang lain ” NAUZUBILLAH “.

Tidak mungkin sang murabbi akan terus kelihatan ampuh dengan hanya menyampaikan khutbah-khutbah semata melainkan susah payah dan pahit jerih mujahid dakwah yang lain turut dirasai bersama.

Kerna itu sama-samalah kita mengambil langkah ‘azimah ini, agar kita lebih kuat mentarbiyyah diri dan mengajar diri untuk mencari keredhaan ALLAH SWT dengan setulus hati. InsyaALLAH mulalah dari sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan