Sabtu, 18 Disember 2010

DARAH KELUAR KETIKA MEMASAK

Soalan:
Bismillah. Salam alaik. Ada shbt bertanya, waktu tgh masak ayam kurma, tiba2 darah kuar sikit dari ayam, n bercampur dgn kuah kurma tu. apa hukumnya ye? boleh makan ke tak lagi kuah tu? ayam tu cmne?

Jawapan:
Salam alaik...

Yang diharamkan adalah darah yang mengalir ketika sembelih atau disebut ‘dam masfuh’ seperti yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-An’am :145)

Adapun saki baki darah yang terdapat di dalam daging dan urat-uratnya yang sukar untuk dielakkan maka ia dimaafkan. Ikrimah berkata: “Sekiranya tidak ada ayat ini, nescaya manusia akan menjejaki semua darah yang terdapat di dalam urat-urat sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa Aisyah radhiallahu’anha berpendapat bahawa warna merah dan darah yang terdapat di dalam periuk (ketika memasak) adalah tidak mengapa.

Tafsir Ibn Katsir, jld 1, m.s. 627

Tiada ulasan:

Catat Ulasan