Ahad, 5 Disember 2010

44 Rakaat Sehari Semalam

Solat sunat disyariatkan adalah untuk membangkitkan jiwa kita mempertinggikan mutu ibadat kepada Allah swt disamping memberi kesempatan kepada kita untuk berlumba-lumba memperolehi kebajikan dan kesempurnaan dari sudut pengabdian kepada Allah swt.

Seorang mukmin sejati tidak pernah merasa puas apabila dia hanya berada pada tahap menghampiri diri pada Allah dengan jalan melakukan segala yang fardhu sahaja, tetapi dia mahu naik ke maqam yang lebih tinggi lagi, yakni maqamam mahmudah atau maqam yang terpuji dengan melaksanakan ibadat-ibadat tambahan, yang dalam hal ini ialah solat-solat sunat.

Sekurang-kurang solat bagi orang yang bertaqwa ialah 44 rakaat sehari semalam, dengan perincian seperti berikut :

1.Sepuluh rakaat dilakukan pada waktu Zuhur, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk, 4 rakaat rawatib Zuhur (qabliyah dan ba'diyah) dan empat rakaat sembahyang Zuhur.

2.Enam rakaat pada waktu Asar, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk dan 4 rakaat sembahyang Asar.

3.Tujuh rakaat pada waktu Maghrib, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk, 3 rakaat solat Maghrib dan 2 rakaat solat sunat rawatib Maghrib.

4.Lapan rakaat dilakukan pada waktu Isyak, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk, 4 rakaat solat Isyak dan 2 rakaat solat Rawatib Isyak.

5.Dua rakaat solat Tahajjud.

6.Satu atau tiga rakaat solat Witir dengan 1 salam.

7.Enam rakaat dilakukan pada waktu Subuh, yakni 2 rakaat solat Wuduk, 2 rakaat solat sunat Rawatib Subuh dan 2 rakaat solat Subuh.

8.Dua rakaat solat sunat Dhuha.

Selain itu, ada lagi solat sunat yang termasuk kepada sunat muakkad, iaitu solat sunat Tahiyyatul Masjid, yang dapat kita laksanakan setiap kali memasuki masjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan