Sabtu, 13 November 2010

Fatwa Negeri-Negeri - Tidak Ada Fidyah Untuk Sembahyang

Program Pembayaran Fidyah Sembahyang Dan Khatam Al-Quran

Keputusan:
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa:

a) Tiada qadha" dan tiada fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam kitab al-Muwatta" daripada Ibn "Umar radhiyallahu "anhuma:

لاَ يَصُوْمُ أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ وَلاَ يُصَلِّىْ أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ .

b) Tidak harus mengambil upah membaca dan mengkhatamkan al-Qur"an bagi orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith:

اِقْرَأُوا الْقُرْآنَ وَلاَ تَغْلُوْا فِيْهِ ، وَلاَ تَجِفُّوْا عَنْهُ ، وَلاَ تَأْكُلُوْا بِهِ ، وَلاَ تَسْتَكْثِرُوْا .

c) Sebarang pemungutan wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat orang Islam oleh mana-mana orang atau kumpulan orang tanpa kebenaran daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka adalah berlawanan dengan seksyen 94, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Oleh yang demikian, ia menjadi suatu kesalahan dan pihak yang menjalankan aktiviti tersebut tanpa kebenaran Majlis boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: * Melaka

Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/program-pembayaran-fidyah-sembahyang-dan-khatam-al-qur
--------------------------------------------------------------------------------

Fidyah Sembahyang Dan Puasa

Huraian Tajuk/Isu:
Hukum mengenai qadha sembahyang dan bayar fidyah puasa bagi si mati.

Keputusan: Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.

Manakala hukum fidyah puasa, sekiranya orang yang mati sedang menanggung puasa fardhu dan berkesempatan untuk menqadhakanya tetapi ia tidak berbuat demikian maka dikenakan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sebanyak 15 tahil beras. Jika puasa itu tidak diqadhakan lewat bertahun maka fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun.

Keterangan/Hujah:
Terdapat 3 pendapat mengenai hukum fidyah sembahyang di dalm mazhab Shafie, antaranya:
i) Tidak diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.
ii) Diqadhakan sembahyang si mati oleh waris atau kerabatnya, boleh di keluarkan harta peninggalan si mati bagi tujuan tersebut tetapi tiada di buat fidyah.
iii) Boleh dibuat fidyah ke atas setiap waktu yang ditinggalkan oleh simati dengan kadar 15 tahil beras setiap sembahyang.

Yang muktamad adalah pendapat pertama.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fidyah-sembahyang-dan-puasa-2
------------------- ------------------------------------

Hukum Fidyah Sembahayang Dan Puasa

* Ibadah

Keputusan:

Hukum Fidyah Sembahyang Dan Puasa.

Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

'Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha. Adapun fidyah puasa adalah seperti yang tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud: 'Barangsiapa keberatan ke atas dirinya berpuasa maka hendaklah ia memberi fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap sehari yang ditinggalkannya)'.

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Negeri: * Perlis

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-fidyah-sembahayang-dan-puasa-0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan