Selasa, 21 September 2010

Peperiksaan Dunia & Akhirat

‘Peperiksaan yang hakiki’ yang sedang dan akan terus dilalui oleh setiap hamba Allah pada setiap hari adalah satu peperiksaan yang akan menentukan kedudukannya di akhirat kelak. Sama ada mendapat kebahagiaan yang abadi atau ditimpa kecelakaan yang hakiki. Jika kita gagal dalam ‘peperiksaan’ ini, tiada lagi peluang untuk memperbaiki diri setelah kita kembali menghadap Allah ‘Azza wa Jalla.

“Sesungguhnya Kami lelah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (Al-Insan: 2-3)

Masa yang diberikan

Kalau exam dunia kita tahu masa yang diperuntukkan. Kita tahu berapa jam diperuntukkan dan pukul berapa tamat. Kita boleh merangka strategi untuk menjawab soalan. Lagi hebat,kalu kita menduduki kelas tambahan untuk membaiki kelemahan kita,tapi exam Allah ini tiada siapa yang tahu bila habisnya atau tamatnya exam ini. Sedar-sedar sudah habis masa.,malaikat maut dah mencabut nyawa kita. Kalu kita mampu pergi ke kelas tambahan, semata-mata untuk membuat persediaan menjawab peperiksaan dunia,apalah salahnya kita pergi ke majlis-majlis agama untuk persediaan menghadapi Allah.

Soalan wajib

Semua orang tahu jadual peperiksaan. Hari ini fizik,esok kimia,lusa math. Semua orang dapat soalan yang sama tapi yang membezakan ialah tahap ilmu dan cara kita menjawab soalan peperiksaan itu. Bgitulah juga dengan peperiksaan Allah. Semua orang dapat soalan sama saja, siap sudah dibagikan jawapan dan dibocorkan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Soalan yang Pak Imam selalu ulang dalam talkin, siapa tuhan kamu, siapa imam kamu,apa agama kamu.. Semua orang tahu jawapannya tapi tak ramai yang berusaha nak dapatkan jawapan yang terbaik. Kita semua tahu teorinya, tetapi praktikalnya hilang. Macam mana hendak lulus. Pemeriksa yang dua di dalam kubur itu sudah masak sangat dengan jawapan yang tidak berasas itu tambah lagi dengan keadaan akhir zaman ini.

Bila masa sudah tamat…

Biasalah, masa hendak hujung-hujung inilah orang menggelabah nak minta kertas tambahan, menggelabah semak jawapan, ada yang minta tambah masa. Itu pun masih sempat lagi.Kalau pemeriksa suruh letak pen, faham-faham sajalah. Exam sudah tamat!! Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Siapa yang dapat buat baik, ulangkaji buku mestilah senyum lebar, yang mana buat hentam sahaja sesuka hati saja, mestilah berpeluh, takut, frust. Sudah boleh kita bayangkan result yang bakal keluar melalui cara kita menjawab exam. Tapi kalau peperiksaan Allah,mampukah kita nak curi masa nak buat amalan? “Eh kejap-kejap malaikat..aku tak beramal lagi,tangguh ajal aku kejap ye”. Siapa kita nak menangguh ajal? Malaikat maut tidak akan menangguh ajal kita walaupun sedetik pun. Dengan amalan yang tidak seberapa ini , layakkah kita menghidu bau syuga Allah dan sudah bersediakah nak menghadap Allah, pencipta seluruh alam? Tepuk dada tanya iman.

Jadi sementara exam yang masih berjalan ini, sementara masa belum tamat lagi mari lah kita baca Al-quran, melakukan sunnah Nabi dan arahan Allah. Mana yang silap itu kita padam elok-elok dan betulkan, jangan tunggu hujung-hujung masa. Mati tidak mengenal usia. Exam,exam juga tapi jangan lupa menunaikan kewajipan kepada Allah.

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Ssungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir ayat 60)
-KEPADA PELAJAR YANG MENGHADAPI UPSR/ PMR/ SMRA/ SPM/ STAM/ STPM - SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT-

1 ulasan:

  1. assalamualikum wbt ya ustaz..izinkan ana c0py & sebarkan ye..m0ga ramai yg mndapat manfaat dari artikel ini, insyaALLAH, amin3..

    m0ga kita membuat "lebih" persediaan untk peperiksaan akhirat berbanding peperiksaan dunia..amin3..

    syukran jazilan..

    BalasPadam