Jumaat, 17 September 2010

KEUTAMAAN PUASA ENAM

Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:

"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)

Berpuasalah enam hari di dalam bulan Syawal. Walaupun sunat hukumnya, tapi fadhilatnya amat besar. Ia juga berperanan menampung lompang dan cacat puasa Ramadhan kita.

Ia juga mengekalkan tahap kesihatan kita di tahap yang ada kesinambungan (sihat) dengan keadaan semasa Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan