Jumaat, 6 Ogos 2010

SIFAT ORANG MUNAFIK DAN HUKUMAN MEREKA

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar, dia telah membaca surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah s.a.w, lalu dia melarikan diri untuk bersama-sama Ahli Kitab. Anas berkata: Ahli Kitab menyanjungnya. Mereka berkata: Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengkaguminya. Setelah beberapa ketika bersama-sama Ahli Kitab, lelaki tersebut meninggal dunia. Ahli Kitab menggali kubur dan mengebumikannya. Bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka menggali lagi dan mengebumikannya semula. Namun bumi tetap memuntahkan lelaki tersebut ke permukaan. Mereka menggali dan mengebumikannya lagi. Bumi tetap memuntahkannya semula ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya di permukaan bumi. (Shahih Muslim)

Kitab : SHAHIH MUSLIM
Bab : KITAB SIFAT ORANG MUNAFIK DAN HUKUM MEREKA
No. Hadis: 4987

Tiada ulasan:

Catat Ulasan